kadang aku fikirapa wajar manusia sengketa, dengki, hati busuk
kenapa yang baik, yang lemah ditentang, ditindas sama yang jahat..mahu bukti? nah tonton drama televisyen sekarang.. dua konklusi aku simpulkan.
1. yang baik sudah tentu lah ramai yang akan benci, akan dendam. mengapa nabi Yusuf dibenci oleh abangnya? kerana nabi Yusuf itu molek budi pekerti. hari ini manusia gemar lihat sesama mereka jatuh! di satu sudut syaitan ketawa riang, tepuk tangan. "bagus manusia, bagus".
2. yang lemah umpama mainan, boleh dimain, boleh dipijak pijak, dibaling baling. kerana apa? tiada yang mahu tegur, tiada yang mahu bela. kau sama hidup kau, aku sama hidup aku. dulu sebelum kau di atas, pujuk rayu minta simpati. sekarang yang lemah kau caci. mana para pembela?
kadang aku fikir
kenapa perlu ada yang jahat dalam dunia ni
aku manusia, pernah aku jahat. manusia akan sampai satu tahap dia matang. terima kasih abah.