nuffnang ads

May 15, 2011

kawan jadi kekasih?

orang selalu kata berkawan biarlah berjuta juta tapi berkasih biarlah satu. bukan pasal kekasih yg aku nk tekankan tapi pasal kawan yg boleh terdedah dan berisiko untuk menjadi kekasih kalau tak jaga limit. ramai yg berhadapan dengan situasi macam ni even diri sendiri pon dah alami. kadang kita tak sedar yg cara kita layan kawan kita buat dia tertarik, then mula la luahkan semua dekat blog. bagi mereka yg nak elakkan semua ni dari terus berlaku, tak ada kesudahan, sila habiskan bacaan anda :)


1. normally orang perempuan (bagi yg single) mudah jatuh hati lagi lagi bila kawan lelaki selalu layankan dia, selalu buat lawak dengan, mula la dia tangkap cintan, rasa selesa then bertitik tolak dari tu la mula nk convert daripada kawan ke kekasih. yg tak ok bila kawan lelaki tu dah berpunya, siapa yg sakit? diri sendiri jugak.

2. bagi yg lelaki, sila jaga limit anda. nak melawak ke apa boleh tapi jangan sampai melibatkan perasaan. macam mana? tak perlu rasanya bergurau senda dengan menggunakan perkataan sayang or yg sewaktu denganya. yela perempuan bila kita dah selalu panggil sayang macam tu, nanti dia yg fikir macam2 plak.

3. bagi perempuan yg dah berpunya, boleh berkawan dengan lelaki macam dulu dulu tetapi macam biasa, LIMIT. ini bukan soal bf nk mengongkong atau dikongkong tapi takut, takut bila layanan yg maybe kita rasa biasa je tapi bagi kawan lelaki tu special.

4. sentiasa ingat dalam kepala otak yg dia hanya sekadar kawan, tak boleh lebih dari tu. niat kena penting. kalau tiba tiba terlintas nak lebih dari tu cepat cepat istighfar.

5. kurangkan atau buang terus perkataan2 yg korang rasa boleh buat perasaan cinta tu membuak buak. contohnya "miss u" dan perkataan yg sewaktu dengannya. kalau dah setiap masa "aku rindu kau la" memang makin menjadi jadi la kan.

6. dah tahu kawan kita tu suka kita janganlah still bagi harapan palsu. layan macam biasa tapi pada masa yg sama elakkan untuk berbual pasal cinta dan kemungkinan untuk korang bercinta. yg pelik bila still texting banyak2 even dah tahu semua ni akan buat sendiri makan hati dan pada masa yg sama bagi lagi harapan.

7. yg ni paling afdal la kot, face to face slow talk baik baik. beritahu yg diri dah berpunya dan kalau boleh taknak benda ni jadi penghalang untuk terus berkawan. jujur dengan diri sendiri dan kawan kita tu. daripada terus buat dia tertanya tertanya dan tertunggu tunggu, kejam sangat kan?

bagi situasi dua dua single aku rasa tak ada masalah kot. yg jadi masalah bila salah sorang dah ada someone special. seriously rasa lain bila nak menghadapi kawan yg kita tahu dia suka kita then kita reject cinta dia. tak pon dia yg reject cinta kita. tak gitu? lepas tu mula la nak jauhkan diri, sebab? segan. so kesimpulannya cara layanan tu penting. tak sama macam korang layan bf or gf. selamat mencuba!


May 11, 2011

6 dalam 1

sepanjang final exam hari tu aku puasa lebih kurang 10 jugak . banyak sebab sebenarnya aku puasa, cuba kau google kebaikan kebaikan berpuasa even bukan bulan puasa. banyak kan? benda ni lebih kurang macam sembahyang jugak, nombor 1 wajib then dia ada kebaikan kebaikan dia yg lain mcm untuk bersihkan diri, baik utk kesihatan dan lain lain. so bila bila fikir balik banyak manfaat kalau aku puasa.antaranya:

1. ofcos la untuk kutip pahala pahala yg mana tahu boleh tolong aku nak masuk syurga nanti, melainkan kau dah tahu kau memang confirm masuk syurga. even yg wajib tunggang terbalik tapi at least ada jugak effort untuk kutip pahala sunat ni. ok la kan dari tak ada langsung?

2. bagus untuk ingatan terutamanya untuk yg tengah final, nak menghafal tu senang gila, benda ni aku akui berkesan. tak percaya nanti kau try sendiri.

3. seperti biasa hujung semester duit pun dah kering, disebabkan malas nak menyusahkan ibu bapa serta kaum keluarga, jadi puasa la. betul betul saving sebab makan sekali sehari. yg sebenarnya tak mati pon makan sekali sehari je.

4. perut pun dah membesar so sesuai sangat la kalau aku berpuasa. sumpah rasa kurus sebab dalam pukul 5 or 6 petang sebelum berbuka aku akan tengok perut, peh kempis. 2 pack! (bukan six)

5. yg ni paling ketara sekali, dapat mengawal nafsu. hadis pon ada beritahu dengan berpuasa dapat mengawal segala macam nafsu so macam tu jugak la aku. tak ada rasa nak marah marah rileks je sepanjang hari. hati pun rasa tenang je.

bila mak aku tahu je aku puasa dia dah menggelabah dah ingat aku tak ada duit ke apa, ada mak tapi nak saving. so peringatan untuk diri sendiri, duit ptptn gunakan lah dengan sewajarnya, rancang kewangan anda. btw ada hikmah semua ni jadi.

**opss! nombor 6, teman orang yg tersayang berbuka. :)



May 9, 2011

terima kasih saya tahu saya femes.

tetiba rasa nak blogwalking then nak dijadikan cerita terjumpa blog blog ni, apa yg menarik? dorang copy ayat aku! ok jangan cepat melatah. actually aku penah kenal n sangat kenal orang yg copy paste ayat aku ni. tapi takpela, chill sudah. (click image untuk besarkan)

blog 1: tak baik aibkan orang so aku dah blurkan nama blog dia, btw nice blog! keep it up!

blog 2: yg ni plak aku dah cut gambar2 dorang, nama pon dah bagi blur. nice blog too!

kau mampu orang copy paste ayat kau then letak dekat blog dia? TAK MAMPU! simple, bila orang buat macam ni means ayat kau tu not bad la.



May 8, 2011

tak ada benda yg kekal

Menyedari diri dah gemuk adalah satu perkara yg sangat menakutkan. Entah kenapa lately ni banyak sgt benda yg tetiba baru nak sedar, maybe sebab terperap je dekat rumah macam anak dara yg dalam proses nak putihkan kembali kulit. Dalam dunia ni tak ada benda yang kekal, manusia pun berubah, so biasa la tu kalau dulu kurus tetiba gemuk, dulu handsome sekarang tetiba macho. tettt!

so gambar dekat agak latest la jugak, yg biasa korang tengok hari hari dekat lendu, bagi yg dah lama tak tengok, inilah wan mohamad shaharudin. see, tak nak gemuk plak kan? dalam proses membina six pack tapi tinggal harapan jela bila dah cuti sem, makan makan makan dan makan.

ini sebelum masuk uitm, lebih kurang 2 tahun lepas. time ni berat aroud 60 la kot but now? rahsia kerajaan. orang selalu cakap badan makin berisi sebab bahagia la konon tapi baru je dua bulan aku bahagia so? tak ada benda yg kekal dalam dunia ni.

kadang kadang aku keliru bila ada yg cakap "kau makin gemuk la", lepas tu ada yg tambah "kau makin taff", "kau kurus la", "kau tak gemuk pun,biasa biasa je". yang mana satu sebenarnya ni? tolong comment sikit!

*BELOG BURUK LAGI USANG HANYA ADA JIWA *tak sangka ada orang guna aku punya ayat then letak kat header blog dia. terima kasih saya tahu saya femes.

kata orang melayu..

kenapa selalunya dalam movie or drama melayu, bila tak puas hati dengan someone tu mesti pergi jumpa bomoh then mintak tok bomoh jampi, hantar setan? even kau duduk kat bandar sekali pun tapi still gigih pergi cari bomoh dekat kampung. kalau bomoh tu tinggal dekat bulgaria pun dorang still pergi cari kan? yela dengki punya pasal sanggup buat apa saja, eh kita kan orang melayu so memang basic la dengki dengki ni. dah jadi macam darah daging kot.

pengarah yg buat cerita ada unsur unsur bomoh ni bukan dorang pakai tangkap muat je, dorang buat based on realiti sebenar orang melayu yg tak boleh terima hakikat bila kalah or tak dapat something yg dia nak. aku tak tahu la apa yg mak dorang bagi makan masa kecik dulu sampai sanggup nak bomoh bomoh orang, sanggup tengok orang menderita.

sakit kot kena cucuk cucuk macam ni

dengan kes buang bayi yg tak penah settle, kes rogol yg makin hari makin banyak, isu sosial libatkan remajanya lagi, cukup cukup la berbomoh bomoh. biar datuk nenek kita dulu dulu je amalkan semua ni tak payah bawak ke zaman moden. banyak cara lagi nak berjaya or nak dapatkan something yg kita nak.

sesama melayu pun nak dengki dengki ke? eh, kata orang melayu. basic la.

**tadi sempat luangkan masa tengok cekerama dekat tv3, ada satu scene tok bomoh sedang melayan customer dia. tok bomoh tu tanye, "kau dah bersedia nak tanggung dosa untuk perbuatan kau ni?" si customer lantas menjawab, "ye saya sedia tanggung tok!" apa motif tok bomoh tu tanye macam tu? dia bodoh ke bangang yg dia berdosa jugak sebab dah tolong orang buat jahat. moral of the story: penulis skrip tu tolong la cerdik sikit.


May 7, 2011

biaq pi la..

menyedari diri sendiri sudah berpunya adalah satu perkara yg sukar untuk percaya. benda ni datang tiba tiba, kadang kadang tengah makan nasi dengan tomyam time tu jugak boleh terfikir, "aku dah ade girlfriend rupanya". tak cukup dengan tu, ni tengah bawak bola ni tinggal nak score je tapi tiba tiba pause "aku dah ada girlfriend". so any idea?

im ur M.I.C.A. rite? :)

kadang otak ni terfikir, over sangat ke aku ni? peduli la apa orang nak kata as long tak salah, bapak aku pun tak pernah marah. biaq pi la orang nak kata apa.

*a short post but take a long time to finish. imy.

May 5, 2011

saya bukan gay, saya okay

sekarang ni sibuk kes video seks anuar, kes liwat si saiful pun tak settle lagi. cuba fikir logik akal, kenapa lepas kes liwat timbul kes video seks? sebab dia nak buktikan yang dia tu straight. see, ni semua mainan politik, budak budak apa tahu..

masalah sekarang ialah bukan pasal anuar, bukan juga saiful. tapi lelaki yg secara zahirnya straight, kat mata orang wah kacaknya kau, macho gila sial, siap ada awek cun melecun tapi hakikat yg orang tak tahu kau bengkok.aku just imagine macam mana la respon girlfriend mereka yg tak berapa nk straight ni bila tahu badan yg dia peluk tu dikongsi oleh LELAKI lain.

kejap, kes macam ni boleh diklasifikasikan sebagai curang ke? kalau pencegah maksiat datang ketuk pintu bilik hotel then kat dalam tu ada dua orang lelaki je, tak kena tangkap kan? tak kena tangkap sebab pada zahir semuanya okay, tak ada orang nampak. *bodoh, buat apa sewa hotel, kat rumah pon boleh, kata sama jantina.

ni boyfriend kau?

SEKALI LAGI DIINGATKAN NI CERITA LELAKI STRAIGHT YG ADA GIRLFRIEND TAPI PADA MASA YG LAYAN LELAKI, GAY KOT. TAK ADA KENA MENGENA DENGAN PONDAN, NYAH OR SEBAGAINYA. *takut misunderstanding..

"ala rileks la bro bukan haram pun lelaki dengan lelaki sentuh sentuh, sama jantina apa." memang la tak haram tapi kalau dah pegang tu pegang ni, berbalas lovebites, tu kira tak ada apa apa? tak nak cakap pasal halal haram? okay ketepikan.. yg penting tak kesian ke kat girlfriend kau tu.

hanya jauhari yang mengenal manikam. jangan judge buku based on kulit dia. kepada perempuan perempuan kat luar sana, nak cari boyfriend bukak mata luas luas melainkan korang SUDI berkongsi kasih dengan partner GAY boyfriend kau tu. macam mana nak detect gay ke tak? tunggu next post..

sekali lagi,
saya bukan gay, saya okay.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...