nuffnang ads

Apr 22, 2011

kesian kau.

jangan view blog ini kalau kau just nak kutuk kutuk. kadang2 kesian tapi nak buat macam mana kau pun manusia, tak sempurna. tapi satu je, memang la kita tak sempurna tapi simpan2 lah bodoh tu buat apa tunjuk dekat orang.

budi bahasa budaya kita
kalau berani tunjuk la muka.

kesian, kesian, kesian....betul betul simpati ni.


Apr 16, 2011

no trust no love

aku tak persoalkan segala macam benda yg rutin bagi dia sebab aku percaya,
aku percaya dia sudah cukup matang untuk menilai yg mana baik untuk dirinya.

aku pertaruhkan semua hati, jiwa, perasaan atas dasar kepercayaan,
aku percaya dia juga seperti perempuan lain, impikan hanya seorang lelaki yg mutlak miliknya.

aku biarkan dia ketawa seharian sebab aku selalu percaya,
aku percaya dia berhak untuk selalu gembira selepas banyak rintangan yg terpaksa dia lalui.

aku yakinkan dia tentang apa yg sedang dan bakal kita lalui sebab aku sangat percaya,
aku percaya dia faham betapa aku tak pernah berniat buruk dalam hubungan ini.

aku pekakkan telinga bila ada yg bercerita itu ini tentang dia sebab aku percaya dia,
aku percaya dia seperti yg aku kenal, bukan dari mereka yg kenal hanya pada nama.

aku benarkan dia pasang angan tentang masa depan kami sebab aku percaya,
aku percaya dia untuk aku.


Apr 8, 2011

sebab kenapa anda tak perlu single.

hari ini hari yg paling lembab sekali dalam dunia, masa seolah tak nak bergerak. menunggu sesuatu yg tak kunjung tiba membuatkan otak jadi dungu, semua benda tak kena. satu benda buat aku terfikir.

kenapa kalau sebelum kau boleh survive hidup sorang sorang, bangun pukul berapa tak ada yg kesah, dah makan ke belum orang tak kesah, sihat ke sakit tak ada yg peduli tapi kenapa sekarang kau gelisah bila dalam 1 hari tak ada yg text, tak ada yg call? sebab aku tak single...

bukan senang sebenarnya nak convert dari status 'single' ke 'in relationship' . kalau dulu kau boleh melayan segala jenis makhluk kat dunia ni tapi sekarang tak ada masa untuk semua tu. yg mana boleh memudaratkan relation aku, aku akan buang jauh jauh. kenapa? sebab aku tak single...

once kita dah cakap 'i love u' means kita dah heret diri kita ke dalam satu lagi masalah yg mana melibatkan hati dan perasaan. semua benda kena consider,yela tak nak bagi ada mana mana hati yg terluka. kalau dulu kau boleh buat segala macam benda tanpa hiraukan orang lain, tanpa beritahu orang lain. tapi kenapa sekarang perlu beritahu at least dua tiga patah perkataan? sebab aku tak single...

apa yg ada pada single sebenarnya..couple lebih melengkapkan aku.. sometime.


Mar 30, 2011

touch n go...

kawan,
untuk waktu yg genting macam ni, kau tak perlu tunggu masa datang sembah depan kau, kau yg kena pergi cari masa, kenal masa tu apa, manfaatkan sebelum terlambat. susah kalau semua benda orang kena hulur, orang kena suap. kita hidup bukan untuk orang tapi untuk diri sendiri. kau fikir orang lain sehari ada 38 jam, 45 jam, 56 jam?

kawan,
kau dah hidup lama dekat dunia ni, dah cukup lama untuk matangkan otak, dah cukup lama untuk pandai bezakan yg mana baik buruk. kadang kau rasa kau dah cukup baik tapi dari dimensi yg lain, ramai sebenarnya yg tak suka kau. sebab? sama ada memang kau salah atau memang sifat manusia suka dengki. jadi yg mana satu kau?

kawan,
kau pernah jatuh tersungkur, pernah sakit. masa tu mungkin takkan berulang lagi tapi kau jangan lupa, siapa yg sibuk sibuk nak gembirakan kau? siapa yg sibuk sibuk nak selesaikan semua masalah kau? KAWAN! adat manusia orang berbudi kita berbahasa. orang dah berjasa kau nak dia binasa?

kawan,
kau kata kita di sini sama rasa, sama tujuan. kau kata juga kita bakal berjaya sama sama. tapi bila di sana kau belot, kau buang semua kenangan, kau hina, kau berpaling demi maruah kau yg hanya tercalit sedikit tu sedangkan kawan kau bermatian matian percaya kau lah kawan sejati. bodohnya manusia sebab selalu kena tipu termasuk kau?

kau pergi beli kamus dewan, cari maksud apa itu kawan dan cuba faham. nescaya kau tak kan pernah faham. sebab? kau bukan seorang kawan........


Mar 25, 2011

20 tahun, cerita baru.


terima kasih mak sebab 20 tahun lepas sudi bertarung nyawa kat hospital sultanah aminah johor bahru untuk lahirkan orang. terima kasih jugak abah sebab masa tu sudi azan kat telinga orang. terima kasih tak terhingga jugak kat kaklong, kak fidah, kak lina sebab terima aku seadanya time tu even aku tahu korang jeles sebab aku anak lelaki first..haha.


genap umur aku 20, tak ada lagi belas belas. kadang kadang aku rasa yg hidup ni cepat sangat berlalu. lebih kurang 2 tahun yg lepas masuk UITM, lebih kurang 3 tahun yg lepas tinggalkan zaman sekolah. hari ini umur dah 20, tahun depan dah 21, entah 4 5 tahun lagi korang dapat tahu yg aku dah kahwin.

syukur alhamdulillah, aku masih hidup.
buat mereka mereka disekeliling aku, terima kasih.


Mar 19, 2011

second stage

alhamdulillah masih lagi dibangunkan dari tidur seperti biasa disamping orang yg tersayang, family tercinta serta rakan taulan.

sebelum tu,maaf if apa yg aku tulis ni buat korang jeles, makan hati, or apa apa yg sewaktu dengannya. wawan memang jiwang.

kalau sebelum ni dia selalu tanya awak sayang saya ke tak, kenapa awak nak saya dan sebagainya, kali ni kami sedang melalui stage yg kedua. stage dimana untuk mendapatkan kepercayaan serta percaya antara satu sama lain. selalu aku pesan, "as long awak percaya saya, awak jujur dengan saya and macam tu la jugak saya, insyallah apa yg kita harapkan, apa yg kita buat sekarang ni tak sia sia".

even kami dah lulus dengan cemerlang stage yg pertama, korang ingat dia akan diamkan diri? tidak sama sekali. akan wujud soalan soalan yg baru yg memang ada kewajaran untuk dia tanya. sebagai contoh:
bila aku cakap nak pergi lunch then selaju yg mungkin akan ada soalan, "lunch dengan siapa. dekat mana?".

dan time bila aku ke library (pergi baca suratkhabar je pon), selaju yg mungkin jugak akan ada text masuk, "pergi library dengan siapa, buat apa?".

bila ke kelas dia akan tanya jugak, " pergi kelas dengan siapa?". so aku akan cakap pergi dengan simpolan bin simpolan. *lately ni dah tak tanya soalan ni sebab dia dah tahu aku akan pergi kelas dengan siapa. tak pon sorang sorang.

seperti sedia maklum uitm baik hati sediakan pasar malam dekat dalam area uitm ni, so bila kelas habis destinasi yg dituju ialah pasar malam. sepantas kilat tett..tett..tett.. "awak pergi pasar dengan siapa?"

dan bila dia tanya, "awak buat apa tu?", aku jawab "tengah on9". cuba teka soalan apa yg dia akan tanya..
"on9 dengan siapa je?".

aku tak pernah meluat dan bosan dengan soalan soalan dia sebab dia berhak tanya dan itu fitrah manusia. bila kita sayang someone, kita akan ambil berat pasal orang tu, dan kalau boleh nak tahu semua. alhamdulillah dia dah kenal mcm mana aku.

"as long kita saling percaya satu sama lain"

*okay from now wan mohamad shaharudin dah ada girlfriend yg sah! :) GIRLFRIEND! sila hapuskan segala perasaan anda terhadap saya sebab saya ada dia.



Mar 18, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...