Anak seorang tukang ukir hairan mengapa bapanya terus mengkritik hasil kerjanya. Padahal hasil ukirannya sudah terjual dengan harga yang lebih mahal daripada hasil ukiran bapanya.
“ Ayah, dahulu ketika hasil ukiran saya dijual dengan harga RM40, ayah menegur hasil kerja saya. Mengapa?” Tanya si anak.
“Memanglah kerana pada waktu itu hasil kerja kamu cuma menyamai hasil kerja ayah. Itu belum boleh dianggap satu kejayaan besar.”
Anaknya tidak puas hati.
“Nah, semalam hasil ukiran saya berjaya dijual dengan harga RM60! Sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah itu satu kejayaan besar? Tetapi ayah terus mengkritik hasil kerja saya.”
“Nak. Sejak sekian lama pernah kau lihat hasil ukiran ayah terjual lebih atau kurang daripada RM50?” Tanya si ayah.
Si anak terdiam sebentar.
“Sepanjang ingatan saya tak pernah.”
“Mengapa agaknya?”
“Saya tidak tahu ayah!”
“Fikirkan, tekan si ayah.”
Anaknya terus terdiam.
“Kamu tahu kenapa hasil ukiran ayah tidak bertambah baik mutunya?”
“Saya tidak tahu ayah.”
“Sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran ayah. Dia diam dan selamba saja. Jadi ayah tidak mahu mengulangi kesilapan datuk kamu. Sekarang ayah akan terus mengkritik hasil kerja kamu supaya ia terus meningkat dan meningkat. Jika tidak, harga ukiran kamu akan terus ditakuk lama seperti hasil ukiran ayah sekarang!
***kritikan itu perlu....
No comments:
Post a Comment