nuffnang ads

Aug 22, 2010

posto

dingin pagi sudah tiada erti
embun jadi teman
basikal tua merah lampu dynamo siap sedia terangi gelap subuh
kayuh.....kayuh......kayuh........terus kayuh
jiwa usang itu gagah

mahu disuap apa anak anak kecil jika tiadanya dia?
harap pada ehsan?
600 kali hidup belum pasti
tahu apa mereka tentang perit

"wak, surat untuk saya ada tak?"

jerit manusia
harapan tinggi pada tang tua ini meski suatu hari pasti sunyi jua
ya nama simpolan bin simpolan untuk kamu!
ramai yang berjaya kerana surat itu
ramai yang senyum
ramai yang kecewa
ramai yang kecundang
jadi apa lagi?
punya dia semua

hari ini cukup indah
perkhabaran yang bakal mengubah hidup
hati ayah gembira
seakan mahu teriak
dikayuhnya laju pulang petang
seakan nafas muda dulu kembali

tapi.....

dunia ini kejam!
mengapa perlu begini rupa
biarlah dia bersenang dahulu
tak cukup derita yang selama ini ditanggung dia?!
anak di rumah itu, apa jadinya nanti?
bersabar sabar lah
tuhan tolong
jangan biar dia pergi

"surat ini untuk anakku"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...