dulu masa dekat sekolah memang aku main sport. aku wakil sekolah sukan bola sepak, aku wakil sekolah dalam acara trek. agak agak la kan kalau sekarang aku still main sport, dapat tak aku kahwin dengan diana daniel, lisa surihani? agak agak ada tak kerabat diraja yg datang meminang? aku tak nak biarkan 'isu' ni berlalu macam tu je. post motem kena dilakukan, kenapa artis taste sangat dekat abg abg sport ni? :
1. menjaga standard keglamouran mereka sebagai seorang artis. dah sah sah footbal player macam zaquan tu famous, so memang taste dorang la yg famous2 ni. kalau masuk paper pon sama sama. bayangkan kalau satu hari nanti market artis artis ni dah jatuh, dah tak famous, macam mana? jawapannya ialah tumpang populariti husband dorang yg sedia maklum famous ni. long term punya planning kot.
2. gemar akan lelaki yg mempunyai badan taf, six pack, pendek kata menggiurkan. kita sedia maklum abg abg sport ni hari hari turun gym, so automatik badan pon mantop. perempuan mana yg tak nak lelaki macam ni?
3. abg abg sport ni mudah didekati dan mudah terpedaya dengan kecantikan artis perempuan. korang rasa la kan dalam kes cinta artis dengan abg sport ni kan, siapa yang cari siapa? siapa yg contact siapa dulu? siapa yg menggedik? just fikir secara logik , normally artis ni akan keluarkan statement dekat paper, "SAYA SUKA LIHAT @%#%%^^%$# BERAKSI DI PADANG." time ni si abg sport ni dah mula cair..
4. sebab cinta? yg ni sebab yg terakhir selepas melalui semua stage stage yg kat atas tu. *baca balik kalau tak faham.
so concusion nya korang buat la sendiri. apa yg aku tulis kat atas ni merupakan apa yg aku nampak. tak betul? suka hati la ni belog wawan, beliau bebas untuk tulis apa saja..hahaha,,
*thanks kepada mereka mereka yg support blog ni, x lupa jugak pada yg benci blog ni, tanpa anda siapalah saya.
No comments:
Post a Comment