berkenalan dengan orang yg tak berapa nak betul(gila rasanya) bagi aku satu pengalaman yg tak boleh beli dengan duit. pagi tu abah ajak follow dia pergi kerja, tak perlulah tahu kerja apa yg penting halal tak menyusahkan orang. memang niat aku nak tolong abah so maybe tuhan nak aku dapat something selain just tolong abah, aku dapat something yg boleh dipanggil ilmu dari someone yg kita tak pernah pandang pon.
so aku berbual dengan dia in english sebab dia chinese. ye dia gila tapi aku kagum dengan apa yg dia cerita and based on cerita cerita dia, aku dapat tahu yg dia ni dulu pandai belajar sampai masuk universiti tapi atas sebab sebab tertentu jadi gila. mak dia pon cakap macam tu. imagine lah sendiri macam mana aktiviti orang gila, tak reti dok diam, berjalan ulang alik mulut macam tengah bercakap. bila dia tahu aku boleh speaking, setiap masa follow aku, MATI LA. umur? 50!
tapi satu je. korang pernah aspect orang gila bercakap pasal kimia, biologi, and agama semua tu? dia bercerita pasal atom, neutron dan perkara yg sewaktu denganya, lepas tu bercerita pasal chromosome, and secara tak langsung refresh balik apa yg aku dah belajar dulu masa sekolah. lagi satu benda, improve english aku yg tunggang langgang ni.
tapi paling banyak dia bercerita pasal agama. dia boleh bercerita pasal Nabi Muhammad s.a.w, pasal kaabah, pasal Mekah semua tu. time tu aku la mula kagum dengan dia tapi pada masa yg sama otak ni still fikir kenapa dia jadi macam ni. bila masuk pasal politik dia cakap sekarang perdana menteri malaysia ialah anuar ibrahim, dia cakap tun abdullah slow sebab tu selalu kena tindas. najib plak dia tak kenal.
dah tu sempat lagi bagi motivasi, dia siap cakap dalam hidup ni kita yg tentukan hidup kita, tuhan hanya tentukan takdir kita yg selebihnya kita yg kena usaha sendiri. so aku nak cakap apa lagi? dia tambah lagi, kita kena sayang diri kita dulu baru boleh sayang orang lain.
abah cakap yg dia ni maybe gila sebab masa dia belajar ilmu agama (buddha) dulu dia tak ada guru or someone yg boleh ajar dia. mungkin jugak otak dia tak dapat terima ilmu yg dia belajar sebab tu jadi macam ni. kadang kadang kesian tapi nak buat macam mana dah ini takdir hidup dia. orang ada cakap belajar tanpa guru ibarat belajar dengan syaitan.
**semua ni kisah benar yg aku lalui sendiri selama 2 hari. actually banyak lagi cerita dia tapi tak patut aku tulis semua nanti korang bosan. moral of the story, belajarlah ikut kemampuan otak kita.
anuar ibrahim PM?? err..simpang malaikat 44...
ReplyDelete:D
dia yg kata, bukan aku..haha
ReplyDelete