SHAH ALAM, 26 November – Seorang pelajar
perempuan dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diragut sejurus keluar
dari rumahnya. Kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 petang di Jalan Seroja 2,
Taman Intekma, Seksyen 2 semalam. Mangsa merupakan seorang pelajar jurusan
Undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dikatakan dalam
perjalanan ke perhentian bas Seksyen 2.
Mangsa, Nur Atirah Hanim Binti Ahmad Tarmizi,
21, didatangi oleh oleh dua lelaki yang menaiki motosikal lalu meragut beg tangan
miliknya. Mangsa yang dikatakan ketika itu panik lalu menjerit meminta
pertolongan dan mengambil tindakan untuk mempertahankan diri dengan menarik
kembali beg tangan miliknya.
Mangsa sedang ditemuramah oleh wartawan |
Suspek yang berang dengan tindakan mangsa lalu menendang
mangsa hingga jatuh di bahu jalan dan bergerak laju meninggalkan mangsa. Nasib
masih menyebelahi Nur Atirah Hanim apabila jeritannya didengari oleh orang
ramai yang berada di sekitar tempat kejadian dan bergegas memberikan
pertolongan. Percubaan suspek melarikan diri gagal apabila orang ramai mula
menahan motosikal yang dinaiki suspek terbabit.
Nur Atirah Hanim Binti Ahmad Tarmizi, berkata;
“Saya baru saja keluar dari pintu pagar rumah
dan berjalan bersendirian menuju ke perhentian bas berdekatan. Tiba-tiba beg
saya diragut dari arah belakang dan kejadian itu berlaku terlalu pantas.
Tambahan pula waktu itu jalan agak sunyi dan saya terus menjerit meminta
pertolongan.”
Menurut saksi kejadian, Muhammad Amirul Hadi Bin
Muhammad, 22, berkata;
Saksi sedang ditemuramah oleh wartawan |
“Saya mendengar suara wanita menjerit meminta
pertolongan dan melihat berlaku pergelutan antara mereka. Saya dan rakan-rakan
bergegas mendapatkan wanita tersenut dan mengejar lalu menahan suspek.”
Sejurus penahanan suspek berkenaan, orang ramai
membawa dua suspek terbabit ke balai polis untuk siasatan lanjut. Manakala
mangsa pula membuat laporan berhubung kes tersebut. Tiada kemalangan jiwa
dilaporkan.
No comments:
Post a Comment