nuffnang ads

Jun 11, 2011

diari 1

selalu aku kesal sebab aku manusia yg paling tak sempurna atas bumi ni, aku tahu dia mahu segala macam perkara seperti perempuan lain tapi susah untuk aku dapatkan semua tu sebab aku manusia paling tak sempuna. aku cuba tapi aku tak ada keupayaan macam orang lain. dan bila dia dah dapatkan apa yg dia nak, aku kena fikir positif, mungkin aku tak mampu hadirkan semua tu tapi sekurang kurangnya ada yg mampu gembirakan dia :)

aku kena gembira dengan apa yg dia dapat dari orang lain, sebab aku tak mampu.

duit ptptn dah masuk

Jun 5, 2011

bau

sejarah diri aku memang tak suka pakai bedak sejak azali lagi, maybe tak pakai bedak nampak lagi maskulin kot. tapi since kenal sorang perempuan ni, dah tak berapa maskulin. bedak yg dulu benci sekarang sayang.

semalam dia bagi bedak grovvy grapeberry botol besar (teka la sendiri brand apa) . sebab kelmarin aku mengadu bedak before ni dah nak habis .gigih la dia pergi guardian beli yg baru. apa yg specialnya? bau kami sama! sebab kami SATU :)


May 30, 2011

huh

blog ni akan bertambah bosan dan jarang update sebab saya dah masuk semester baru. dengan lafaz bismillah saya melancarkan misi untuk mencapai DL bagi semester 5 ni. sekian terima kasih.

*sangat tension memikirkan rumah sewa yg tak kunjung tiba, dah tanya ramai orang semua full. rasa tension mcm nak makan kfc banyak2, biar gemok. huh, dah lama tak mengeluh :(

May 27, 2011

"kita DL sama sama k?".

sepanjang 4 semester aku tak pernah niat dalam hati untuk DL (dean list) walhal orang lain berlumba lumba nakkan DL. kalau dah tak pernah niat korang rasa akan dapat ke? kejayaan bukan datang bergolek macam tu je even orang yg kaya menang nombor ekor pon kena pergi kedai 4D or magnum then beli nombor apa yg dia nk tikam, dia dah niat nak menang. semuanya bermula dengan niat. aku pernah je hampir hampir DL dapat 3.43 tapi tu la maybe sebab niat tak ada, maka tak DL. atas sebab tertentu aku dengan ini berniat untuk DL next sem even ramai cakap part 5 susah. aku kena DL sebab;

1) mak and abah aku tak pernah tahu apa itu makna DL sebab aku tak pernah beritahu dorang.selalunya aku akan cakap result biasa je maintain 3 pointer. tapi next sem aku nk mak aku tahu apa itu makna DL. parents dah hantar kau belajar, dah banyak keluarkan duit tapi kau tak mampu nak bagi parents kau bangga sebab anak dorang dapat anugerah, sijil tanda pengiktirafan.

2) nak merasa macam mana perasaan bergelar seorang pelajar DL, check result then post banyak banyak kat facebook mengatakan yg diri kau DL, canang satu dunia. opps sori, aku takkan buat macam tu, itu riak ye kawan kawan. aku just nak merasa pengalaman tu sendiri.

3) buat pertama kali semester ni my girlfriend DL, mungkin rezeki dia berkat usaha keras. and then she said "next sem kita DL sama sama k?". bukan semua percintaan buat manusia sesat, kadang ia satu motivasi untuk diri kita capai sesuatu yg kita boleh dapat sebenarnya. tiba tiba rasa nak DL tu makin membuak buak bila dia cakap macam tu. btw congrates SAYANG. :)

disebabkan nak DL aku fikir banyak benda, assignment kena berkualiti, test kena score, dah tak boleh main main lagi, kurangkan facebook and blogging maybe. yg penting USAHA kena lebih wan mohamad shaharudin. -.-

**please jangan hangat hangat tahi ayam, cakap tak serupa bikin.

masin mulut abah aku, scotty mccreery menang american idol.


May 24, 2011

dah dapat lupa.

post ni maybe more to lelaki la kot, tapi perempuan pun boleh baca, tiada diskriminasi :) tentang apa yg patut lelaki ingat bila dah ada girlfriend sebab lelaki selalu lupa benda benda ni.

PELUANG: semua orang layak untuk dapat peluang dalam hidup masing masing tak kira apa jenis peluang. normally bila lelaki suka or minat perempuan dia akan mintak peluang dari perempuan tu. peluang yg kadang bagi perempuan tak layak pun sebenarnya lelaki tu dapat tapi disebabkan kesungguhan si lelaki maka si perempuan cuba untuk menanggung risiko dengan berkata 'YA'. dengan harapan peluang yg dia bagi dimanfaatkan oleh lelaki sebaik mungkin sebab si perempuan dah mula mempertaruhkan separuh daripada jiwa dia. semuanya bermula dengan peluang. kan?

BUKTI: dalam kes mahkamah bukti sangat penting untuk tentukan bagaimana perjalanan dan keputusan sesebuah kes sebab tanpa bukti yg bersalah boleh lepas dan yg tak bersalah jadi mangsa. sama dengan cinta, bila perempuan dah bagi peluang means dia mengharap pulak untuk lelaki tu buktikan something. something yg dia rasa patut dia dapat selepas peluang yg dia bagi. kadang time ni lelaki lupa tentang bukti sebab dia dah dapat perempuan yg dia nak,dia perasan yg perempuan akan stick dengan dia sampai bila bila dan bukti yg dia bagi just ala kadar. time ni jugakla perempuan mula rasa peluang yg dia bagi dulu salah.

kecewa tak bila bukti yg kita harapkan tak seindah peluang yg kita bagi?

ingat balik tanpa peluang yg perempuan bagi tak mungkin lelaki dapat buktikan sesuatu. just nak ingatkan balik yg mana dah lupa tu termasuk diri sendiri. terima kaseh ex's girlfriend tak kira la ex masa tadika ke or masa sekolah rendah sebab anda semua dah matangkan aku, tanpa anda semua tak mungkin aku jadi wawan yg hari ni.sebab kita belajar dari pengalaman :)

**i miss my girlfriend. not ex's

aduh saleha


May 22, 2011

belajar ikut kemampuan otak

berkenalan dengan orang yg tak berapa nak betul(gila rasanya) bagi aku satu pengalaman yg tak boleh beli dengan duit. pagi tu abah ajak follow dia pergi kerja, tak perlulah tahu kerja apa yg penting halal tak menyusahkan orang. memang niat aku nak tolong abah so maybe tuhan nak aku dapat something selain just tolong abah, aku dapat something yg boleh dipanggil ilmu dari someone yg kita tak pernah pandang pon.

so aku berbual dengan dia in english sebab dia chinese. ye dia gila tapi aku kagum dengan apa yg dia cerita and based on cerita cerita dia, aku dapat tahu yg dia ni dulu pandai belajar sampai masuk universiti tapi atas sebab sebab tertentu jadi gila. mak dia pon cakap macam tu. imagine lah sendiri macam mana aktiviti orang gila, tak reti dok diam, berjalan ulang alik mulut macam tengah bercakap. bila dia tahu aku boleh speaking, setiap masa follow aku, MATI LA. umur? 50!

tapi satu je. korang pernah aspect orang gila bercakap pasal kimia, biologi, and agama semua tu? dia bercerita pasal atom, neutron dan perkara yg sewaktu denganya, lepas tu bercerita pasal chromosome, and secara tak langsung refresh balik apa yg aku dah belajar dulu masa sekolah. lagi satu benda, improve english aku yg tunggang langgang ni.

tapi paling banyak dia bercerita pasal agama. dia boleh bercerita pasal Nabi Muhammad s.a.w, pasal kaabah, pasal Mekah semua tu. time tu aku la mula kagum dengan dia tapi pada masa yg sama otak ni still fikir kenapa dia jadi macam ni. bila masuk pasal politik dia cakap sekarang perdana menteri malaysia ialah anuar ibrahim, dia cakap tun abdullah slow sebab tu selalu kena tindas. najib plak dia tak kenal.

dah tu sempat lagi bagi motivasi, dia siap cakap dalam hidup ni kita yg tentukan hidup kita, tuhan hanya tentukan takdir kita yg selebihnya kita yg kena usaha sendiri. so aku nak cakap apa lagi? dia tambah lagi, kita kena sayang diri kita dulu baru boleh sayang orang lain.

abah cakap yg dia ni maybe gila sebab masa dia belajar ilmu agama (buddha) dulu dia tak ada guru or someone yg boleh ajar dia. mungkin jugak otak dia tak dapat terima ilmu yg dia belajar sebab tu jadi macam ni. kadang kadang kesian tapi nak buat macam mana dah ini takdir hidup dia. orang ada cakap belajar tanpa guru ibarat belajar dengan syaitan.

**semua ni kisah benar yg aku lalui sendiri selama 2 hari. actually banyak lagi cerita dia tapi tak patut aku tulis semua nanti korang bosan. moral of the story, belajarlah ikut kemampuan otak kita.


May 17, 2011

tak pernah benci.

cuba ingat balik before korang ada gf/bf yg sekarang ni, mesti dulu dulu dah pernah ada kan?tak kesah la penah bercinta 16 kali ke sebelum ni tapi apa apa pon dorang semua tu still bergelar ex's jugak. biasa lah maybe tak ada jodoh dengan yg dulu dulu tu, yela umur 13 tahun dah bercinta memang tak tahu apa la kan, apa makna "sayang" pun tak tahu, main cakap je time tu. dulu masa bercinta bukan main lagi sayang tapi bila clash wajar ke untuk membenci satu sama lain? so antara sebab anda tak patut benci ex anda:

1. jangan penah lupa yg dulu dia lah orang yg paling ambil berat tentang kita, kalau boleh semua benda nak korbankan untuk kita. dia jugaklah yg selalu melayan kerenah kita yg kadang kadang tak masuk akal.

2. manusia berubah. kena terima benda ni sebab manusia punya perasaan yg boleh berubah ubah mengikut keadaan. kalau dulu dia janji nak sehidup sehati tapi alih alih dia ada orang lain means dia dah berubah. bercinta lah dengan tiang lampu kalau nak kekal macam tu sampai bila bila.

3. sampai bila nak benci sesama sendiri? bayangkan tiba tiba terjumpa dekat pasar malam or yg sewaktu denganya then mula tarik muka, dalam hati tak payah cakap la dok sumpah seranah. cuba kalau rasa benci tu tak ada, terserempak je senyum, kan dah dapat pahala sebab senyum tu sedekah.

4. sebab ex kau tu dah membuktikan dia bukanlah yg terbaik untuk diri kau, secara tak langsung dia bagi peluang untuk kau cari someone yg lagi better, yg lagi ok daripada dia. normally tuhan akan temukan kita dengan orang yg salah dulu then baru yg betul sebab Dia nak kita belajar dari kesilapan dan pengalaman.


**tapi bagi ex yg memang sengaja jahat, selalu sakitkan diri kita, yela saja nak tengok diri ni sengsara, aku sarankan potong je 14 then bagi je anjing ni makan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...