nuffnang ads

Jun 29, 2010

Nabi Sulaiman


Hari 2 ada la belek2 tafsif quran saja nak baca maksud. (*tafsir jela,yang jawi belom tentu lagi). Antara cerita menarik yang aku baca ialah cara Allah s.w.t gunakan untuk tunjuk bahawa Nabi Sulaiman dah wafat@meninggal. Diceritakan bahawa nabi Sulaiman meninggal dalam keadaan berdiri dan ketika tu 1 makhluk pon tak tahu yang nabi Sulaiman dah meninggal sehinggalah tongkat yang dipegang oleh nabi Sulaiman dimakan oleh anai2 dan lama kelamaan Nabi Sulaiman pon jatuh. Betapa besarnya kekuasaan Allah dan betapa tingginya pangkat nabi Sulaiman disisi Allah s.w.t.

*****************************

(tambahan kepada story nabi Sulaiman kat atas tapi yang ni ayah aku yang cerita)

If korang tahu la Nabi Sulaiman pada zaman dahulu memang ditakuti oleh semua makhluk termasuk jin dan syaitan, semua makhluk memang patuh dengan arahan nabi Sulaiman kecuali ada 1 benda yang tak takot. Tahu x apa? Angin ahmar…..yela penyakit 2. Dalam dunia sains and alam nyata memang kita tahu penyakit2 ni kebanyakan sebab kuman, jangkitan or whatever la tapi menurut alam yang kita tak nampak, pnyakit2 ni tak ubah macam makhluk.

*******************************

Tahu tak bahawa syaitan boleh bergerak dalam saluran darah manusia? Ngeri je bunyi. selain 2 syaitan juga boleh stay kat hati kita. Lagi la dasyat. Tah kat mana2 je lagi si syaitan lahanat 2 boleh duduk kat badan kita. Walaubagaimanapun(*ayt takleh blah) tiada siapa dapat menandingi kekuasaan Allah s.w.t. So kepada yang baca entry kali ni rajin2 la bukak tafsir quran, tak rugi pape pon. Takde tafsir? Apa susah download je software kat internet macam aku punya ni lepas 2 simpan kat laptop……Nak seribu daya,tak nak seribu dalih!

Jun 26, 2010

Semester 3 dan World cup

Lebih kurang seminggu lagi dah kena masuk uitm semula,part 3 katanya. Kira dah melangkah ke alam senior la jugak kan. Org lain semua dah beli camera tapi aku? Hm belum ada rezeki lagi kot. One day nanti dapat la. Sabar, sabar, sabar dan terus bersabar. Tak lari gunung dikejar. Hidup ni kalau kita bersabar mesti keadilan,kemenangan atau apa2 jela yang positif mesti berpihak pada yang benar.

Result semester dua ni kira ada peningkatan sikit berkat usaha yang tak berapa gigih dan cekal tapi Insyaallah aku akan cuba buat yang terbaik lagi untuk maintain pointer. Hope semester tiga ni berjalan dengan lancar. Kepada rakan2 DMC3E, tolong la diri korg untuk berfikiran matang ok J.

Dah sebulan lebih terperap kat rumah rasa malas pulak nak masuk kampus semula, ada tak siapa2 yang boleh jemput aku? Haish macam ko anak raja je! Yup sekarang ni demam world cup so my prediction brazil or Portugal will win this tournament tapi aku tetap sokong Netherland.. *mentang2 la ade jersy netherland.


Lagu Wavin flag memang best! Kalau korg perasan lagu yang iklan coca cola 2….sempena world cup 2010

OOOOOoooooOOOOOoooooOOOOOOooooooOOOOOOOoooo

Give me freedom give me fire

Give me reason take me higher

See the champion…………klik link ni kalau nak dengar sambungan dia…. WAVIN FLAG




Selamat Hari Bapa


Apa yang berlegar mengusik ruang mindanya ketika ini…….

Sesekali jelas terpancar raut penyesalan………….

Tulang 4 kerat itu tidak lagi segagah dahulu………..

Tetapi kudratnya masih ditagih insan yang memerlukan…….

Tatkala yang lain puas akan kehidupan mereka……

Dia masih mencari erti kesenangan…….

Kau pandai menyembunyikan derita tapi bukan pada aku……..

Jangan kau penah sesali apa yang terjadi……..

Jangan kau titiskan airmata itu walau setitik….

Sesuci embun pagi tidak mampu menandingi secuci peluh kudratmu….

Ketahuilah diri ini sangat menyanjungi mu…….

Penat lelah serta pengorbanan itu akan ku jadikan azimat………

Akan aku jadikan pembakar semangat….

Segalanya pasti milik kita suatu hari nanti…….

Ini janjiku padamu….

Selamat Hari bapa,Abah!

Jun 14, 2010

ukiran


Anak seorang tukang ukir hairan mengapa bapanya terus mengkritik hasil kerjanya. Padahal hasil ukirannya sudah terjual dengan harga yang lebih mahal daripada hasil ukiran bapanya.
“ Ayah, dahulu ketika hasil ukiran saya dijual dengan harga RM40, ayah menegur hasil kerja saya. Mengapa?” Tanya si anak.
“Memanglah kerana pada waktu itu hasil kerja kamu cuma menyamai hasil kerja ayah. Itu belum boleh dianggap satu kejayaan besar.”
Anaknya tidak puas hati.
“Nah, semalam hasil ukiran saya berjaya dijual dengan harga RM60! Sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah itu satu kejayaan besar? Tetapi ayah terus mengkritik hasil kerja saya.”
“Nak. Sejak sekian lama pernah kau lihat hasil ukiran ayah terjual lebih atau kurang daripada RM50?” Tanya si ayah.
Si anak terdiam sebentar.
“Sepanjang ingatan saya tak pernah.”
“Mengapa agaknya?”
“Saya tidak tahu ayah!”
“Fikirkan, tekan si ayah.”
Anaknya terus terdiam.
“Kamu tahu kenapa hasil ukiran ayah tidak bertambah baik mutunya?”
“Saya tidak tahu ayah.”
“Sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran ayah. Dia diam dan selamba saja. Jadi ayah tidak mahu mengulangi kesilapan datuk kamu. Sekarang ayah akan terus mengkritik hasil kerja kamu supaya ia terus meningkat dan meningkat. Jika tidak, harga ukiran kamu akan terus ditakuk lama seperti hasil ukiran ayah sekarang!


***kritikan itu perlu....

Jun 4, 2010

Islam

nak kata jauh,takde la jauh sangat....
nak kata dekat,takde la dekat sangat....
tapi 2la tak terjangkau dek akal fikiran....
wallahualam....




***Islam itu indah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...