nuffnang ads

Sep 4, 2012

di mata mungkin dekat tapi jauh di hati

:)

dalam hidup ni bila kita terlalu sayang akan seseorang, terlalu mengambil berat akan seseorang, terlalu mencintai seseorang, sampai satu masa orang yg kita sayang itu akan berada dalam zon selesa.
dia mula rasa yg pasangan dia akan selalu cinta dan sayang dia sampai bila bila. tapi dia lupa bila berada di zon selesa, kadang2 dia dah menyinggung hati pasangan dia baik dari segi layanan mahupun perasaan.
tapi dia masih lagi selesa, masih lagi rasa selamat.

dia tak sedar keselesaan dia telah menjauhkan hati orang yg mencintai dia.

maka si pencinta sedar yg diri dia dilayan sebegini tapi kerana sayang yg melebihi diri sendiri, si pencinta teruskan seperti biasa. si pencinta cuba me'neutral'kan dirinya dgn berbisik ke dalam hati sendirian, "tak apa dia tetap mencintaimu sampai bila bila, mungkin dia tak berniat berbuat begitu."

hanya senyum yg mampu diukir.si pencinta berbisik lagi, "usah terlalu mengharap, bila yg diharapkan tu tak menjadi kenyataan kelak diri yg sengsara. maka si pencinta cuba me'neutral'kan dirinya kembali. kalau ada, ada la. jika tiada, usah mengeluh.

#7 bulan tanpa blog, sangat membahagiakan. tapi hari ini tidak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...