nuffnang ads

Dec 31, 2010

2011


awak sebenarnya tak perlukan saya pon. betul.
saya yg sibuk sibuk nak jaga awak, ambil berat pasal awak.
awak,
saya pun manusia.

~happy new year~


Dec 29, 2010

marry you-bruno mars


it's a beautiful night,
we're looking for something dumb to do,
hey baby,
i think i wanna marry you.


Dec 26, 2010

5 sifat kebodohan diri.

berikut ialah senarai kebodohan aku:

aku paling bodoh sekali tentang meminta minta. tiga semester di lendu tak pernah aku telefon parents semata mata, "mak, nak duit nak beli tu. " abah, duit da habis, tolong bank in." sama sekali tak pernah. biarlah susah sakit kita yg rasa sendiri. nak apa apa usaha sendiri.

aku paling bodoh sekali tentang marah. biar perit mana aku simpan, even dah sah sah kau kutuk aku depan depan mata, aku dungu, diam, senyum seolah tiada apa apa. dan bila aku marah, seumur hidup aku menyesal dengan marah tu tadi. sungguh.

aku paling bodoh sekali tentang memaafkan. macam mana pon salah orang aku senang memaafkan. niat untuk berdendam, tarik muka atau lawan balik memang aku tak pernah amalkan.

aku paling bodoh sekali tentang berkorban. kau tak suka cara aku? aku pergi. kau nak dia? kau ambil. sebab aku tak pernah fikir kebahagiaan diri sendiri, tengok orang sekeliling aku bahagia tu dah cukup.

dan aku paling bodoh sekali tentang mengadu. sedih ni, kecewa ni tak pernah menyusahkan orang lain. tapi mana mana manusia yang pernah aku mengadu, pernah aku luahkan sedikit rasa ini, kalian sangat istimewa.

aku bukan nak mengangkat konon aku lah rasul, aku lah malaikat, aku lah dewa, aku cuma manusia bodoh. cukup bodoh. kalau badan ni lutsinar nescaya kau boleh tengok hati aku, betapa remuk, renyuk, hidup hanya atas ehsan tuhan semata mata.

aku manusia biasa, ada perasaan yg kadang mati disebabkan keadaan.

buruk sebenarnya lelaki kalau menangis


Dec 24, 2010

putus-melda ahmad

aku duduk sendirian di kamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yang lain,
tergamakmu merobek hatiku.

tapi setelah kau pergi aku,
mendapat lebih baik darimu,
dia hargai aku,
dia sayangi aku,
lebih daripadamu,
aku ingin kau tahu betapa aku gembira,
tidak lagi bersamamu,
namun pastinya nanti kau akan sedari,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku.


*btw tak ada siapa tinggalkan siapa. rindu awak. :'(
buruk kan perangai saya?



Dec 22, 2010

harap akan esok

bila adik tinggikan suara dengan mak, cepat aku cantas
"kau dah besar sangat nk lawan ckp orang tua?"

bila mak suruh beli itu ini tapi adik malas, aku tegur
"pergi la kejap bukan jauh pon, jangan jadi pemalas sangat boleh tak?"

bila adik mintak macam macam pada mak, aku jawab
"ye nanti ada duit lebih orang belikan la, cuba bersyukur dengan apa yang ada sekarang, faham?"

dan bila adik buat muka, aku senyum
"kalau kita ni kaya, kita takkan rasa semua ni, esok lusa mungkin hari kita."

bahu aku mula berat
kadang hati tak larat
tapi bila fikit akibat
aku kena kuat


Dec 21, 2010

Dec 19, 2010

awak perlukan saya tak?

entry kali ni dinukil di temani oleh lagu lagu saleem. abah aku borong sekali 3 cd tadi. percaya la yg saleem ni ada pakai hantu sebab tu lagu lagu dia best. tak percaya? tanya bomoh paling handal kat kampung korang tu betul ke tak. ouh lupa kalian semua hidup kat bandar. saleem bukan la cerita aku malam ni, hanya pendahuluan. cikgu bm aku dulu penah cakap kalau nak orang baca karangan kita make sure pendahuluan tu menarik. ye cikgu sy still amalkan petua cikgu tu sampai sekarang even tak ada kena mengena pon dengan cerita nanti.

apa yang aku nk cerita malam ni ialah tentang kenapa aku hidup dekat dunia ni sedangkan berjuta juta sperma lagi yg cuba bersaing. yang ni pulak kata kata aku petik dari cikgu biologi masa belajar bab 4 chapter reproductive dulu. saya ulangi, KENAPA AKU HIDUP DEKAT DUNIA NI.

sebelum keluar dari rahim mak aku lagi tuhan dah bagi sebab yang pertama kenapa aku diberi peluang hidup dekat dunia ni. sebab roh aku dah berjanji untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah dekat bumi Allah ni. tapi bila saat mak kita bersalin syaitan dah tunggu awal awal, dah bersedia nak sesatkan cucu cucu Adam. saat tu jugak lah roh kita tadi tu dah goyah. kesannya tengok manusia manusia sekarang ni, yang haram berdosa tu jugak lah dia nak buat. alhamdulillah dulu abah azan dekat telinga aku dengan penuh rasa kasih sayang.

sebab kedua ialah tuhan tahu aku lah yg bakal bahagiakan kedua ibu bapa aku nanti, aku lah yang akan jaga dorang bila dorang sakit nanti, itu ini aku. besarkan tanggungjwab sebagai seorang anak? tak! nk dibandingkan dengan apa yg mak bapa korang dah korbankan selama ni? tak terbalas. cikgu agama ada ckp imam shafie penah berpesan berbuat baik lah kepada ibubapa even dorang dah tak ada. so kita yang still ada ni buktikan kenapa kita hidup dekat dunia ni. apa? BERBAKTI kepada ibu bapa.

dan kenapa aku still hidup dekat dunia ni ialah sebab orang orang sekeliling memang perlukan aku, ini cerita tentang harapan. harapan yg kalian kalian bagi buat aku terus hidup. kalau mak bapa aku tak perlukan aku dari dulu lagi dorang dah bunuh aku, kalau kakak kakak aku tak perlukan aku dah lama dorang bakar je aku, kalau kawan kawan aku tak perlukan aku dah lama dorang sepak terajang aku. tapi tak!

hidup mati kita atas dasar tanggungjawab dan keperluan, sama lah kalau kita mati maknanya tuhan lagi perlukan kita, dia lagi sayangkan kita :)


Dec 18, 2010

blog wawan bosan

aku tahu blog aku ni bosan. nak something yg gila gila? hardcore? nah ambil ni blog 6belas9. jangan terkejut bila baca entry entry dia yg kontroversi tu.

selamat menambah dosa! haha!


Dec 15, 2010

baik abah

ABAH: walau buruk atau jahat macam mana pon perangai makcik or pakcik kau, kau tetap kena hormat.

AKU: baik abah -__-

*aku dah maafkan apa yang kalian penah buat dekat parent aku. dendam sial ni tak kemana pon kalau simpan.


Dec 13, 2010

jodoh

orang cakap kalau mimpi ular tu maknanya jodoh kita dah nak dekat.dekat sangat ke? yang peliknya selalu je aku mimpi ular, maknanya jodoh aku dah lama dekat cuma tak sampai je lagi. hope esok lusa sampai la ye kesian saya dah lama tunggu :)

muka jodoh aku macam ni la kot, ada iras iras sikit pon tak apa. lesung pipit tu penting! haha!

bila aku search dekat google ni, mimpi ular kebanyakan nya mempunyai maksud yang baik selain jodoh tu. betul la cakap ayahanda selama ni. kadang kadang mimpi ni mainan tidur je tapi kadang kadang juga petunjuk dalam kehidupan kita. nak percaya ke tak, terpulang. okay tu je!

**dia dah mula tegur kenapa aku rajin sangat update blog.



Dec 12, 2010

macam ni pon boleh ke?

AMARAN! entry kali ni MUNGKIN terdapat unsur unsur riak, bongkak dan sebagainya tetapi percayalah penulis tak berniat pun untuk membangga diri. sekadar berkongsi cerita.

disukai oleh "lelaki" atau dalam bahasa org putih 'taste' bukanlah sesuatu yang baru dalam hidup aku, dah 3 sem! mula mula sorang lepas tu dua, tiga dan seterusnya. dulu memang geli geleman bila dengar, naik bulu roma tapi sekarang ni suka hati kau la nak suka ke tak. yg penting mak straight nok!! haha.. so sampai sekarang aku still fikir lagi apa sebab dorang ni taste. mesti ada yang tak kena dengan diri aku ni. antaranya:

1. aku ni handsome ke? yela takkan suka suka hati dia je nak taste, kalau macam tu semua lelaki dia boleh taste. korang tak yah la jawab soalan aku ni, tak dapat hadiah pon, aku just tertanya tanya. nak kata handsome girlfriend pon tak ada. so tang mana yg hangpa dok suka sangat ni?

kalau la muka aku macam paul wesley ni, agaknya makin ramai "lelaki" yg taste agaknya -.-

2. muka aku ni macam perempuan ke? if dorang lelaki mesti naluri untuk bercinta tu kearah kaum yg berlawanan iaitu perempuan tapi aku ni LELAKI! jambu sangat ke muka aku ni? tak cukup jantan lagi ke aku ni? so aku mula fikir sebenarnya siapa yang confused? dorang ke aku?

*saya mungkin tak ada girlfriend tapi seriously i'm taken. PEREMPUAN okay bukan "lelaki" !!!!

Dec 11, 2010

motivasi 1

hari ni aku dapat fikir satu benda yang aku rasa tak semua orang dapat fikir. tak ada la menarik sangat tapi renung renungkan. aku bukan la pakar motivasi or pakar perunding imej ke apa, yg mana baik kau ambil, yg mana buruk kau buang okay?

HADIRKAN KEJAYAAN DALAM SETIAP PERKARA YANG KITA LAKUKAN. maksudnya? bila kita buat apa apa make sure benda tu disudahi dengan kejayaan, lebih kurang macam tu la kot. setuju?

*tak ada mood nak ulas dengan lebih lanjut lagi, sendiri fikir la ye tak kan setiap masa nak kena suap je, kadang kadang kena juga berdikari.




Dec 7, 2010

target

aku ni dah besar rupanya. dah cukup besar untuk fikir pasal masa depan. tahun depan umur wan mohamad shaharudin akan genap 20 tahun, tak ada lagi belas belas so dalam kepala otak ni dah fikir macam macam pasal masa depan. apa kerja yg sesuai untuk aku nanti, rumah jenis apa patut aku beli, patut ke aku pakai proton inspira atau mercedes je, and yang sangat paling penting siapa jodoh aku nanti. oh time tu lisa surihani dah tua, aku takkan tunggu dia lagi. -..-

fikir punya fikir aku dah tetapkan target yg wajib aku capai. umur ni aku kena dapatkan ni, umur ni aku kena dapatkan tu, serius! aku tak nak jadi loser.

study punya study insyallah pada umur 23 tahun aku kena selesaikan semua, tak boleh repeat paper or apa apa jela yg sewaktu dengan nya. MASA memang kejam dia tak pernah kesiankan kita, merayu lah sampai air mata darah sekali pun, yg lepas tetap berlalu. nak reverse balik? kau pergi duduk planet marikh, maybe kat sana boleh.

umur dah 24 kena cepat cepat cari kerja. kalau boleh aku nak buat dua kerja sekaligus, 1 kerja tetap 1 lagi bisnes mayb. susah? okay sekadar nk recall balik, dulu umur 15 tahun lepas pmr aku jadi pak guard dekat kondominium, 12 jam kerja dapatlah rm30, kerja memang senang tercongok macam tunggu durian jatuh. umur 16 tahun masa cuti sekolah tu aku kerja dengan pakcik aku, tercegat kat tengah tengah panas angkat tu angkat ni ketuk tu ketuk ni, kerja apa? buruh binaan! selang berapa hari lepas paper spm habis aku terus cari kerja, kali ni cashier dekat carrefour sampai la sekarang even study aku buat part time. susah lagi ke? melayu jangan lembik sangat boleh tak?

umur 25 dan keatas hidup dah bertambah rumit. so guys jom pasang target dalam hidup kita! yg mana tengah mimpi tu bangun pls. usaha dulu lepas tu baru boleh tawakal.

aku tak sentuh lagi pasal jodoh and apa yg aku nak sumbangkan pada mak bapa. bersambung...........

*okay esok, lusa dan tulat aku kerja! jangan lupa rindu :)


Dec 1, 2010

jujur

baru nk berangan angan macam dalam cerita cerita melayu yg berkisahkan tentang student university or college yg bercinta. pergi kelas sama sama then lunch sama sama dekat cafe. study pon sama sama dekat library. petang lepak dekat tasek tun fatimah tengok sunset. semua yg indah indah. tapi... angan tu mungkin tak kan penah muncul dalam dunia nyata..susah. betul la cinta tak semestinya memiliki, klise sgt ke?

bukan aku tak try, aku try! memang orang selalu ckp susah nak dapat sesuatu yg berharga, or bernilai. kita kena usaha lebih, usaha, usaha, usaha biar lah penat ke, sakit ke, demi nak dapatkan yg satu tu. tak apa aku suka dengan semua tu. aku cuba semua. aku cuba jugak baiki kelemahan aku demi yg satu tu.

bukan bermakna aku give up. tapi percayalah wan mohamad shaharudin ni manusia biasa. bila dibanding bandingkan aku dgn yg lain, aku jadi lemah, ye aku kalah, ye aku tak ada semua tu, ye aku tak perfect. mereka lagi layak. aku apa yg ada? *huh.......
tapi aku tak pernah lupa untuk bersyukur dengan apa adanya aku hari ni.

kalau diberi peluang untuk bersua muka, tatap la dua mata buruk ni dalam dalam. tengok apa ada. keikhlasan atau pembohongan?

jujur, jika kamu masih sayang dia, teruskan dengan niat tu. apa apa yg terbaik untuk kamu, itu jugak la yg terbaik untuk aku. mungkin saat ni aku patut dengar lagu samson~tak bisa memiliki. yg pasti jauh dalam hati ini inginkan kamu.

whether u love me or you dont, life keeps going on. suatu hari nanti pasti bahagia tu milik aku jua. :)

monolog sangat dalam tapi tulus


Nov 30, 2010

okay tak?

finally blog yg tak seberapa ni berubah wajah. i make it simple and colourfull. lagu pun kena tukar so SEMPURNA jadi pilihan. teruskan membaca entry entry yang seterusnya.

*rindu si comot yg bucuk, siapa? awk la! :)


Nov 29, 2010

cerita kanak kanak 1

bila dikenang semula waktu tu, aku lah jaguh, aku yg paling hebat, aku yg paling menyerlah. timetable aku memang padat waktu tu, pagi petang siang malam sibuk. haha. *sungguh aku rindu!
waktu tu memang semua benda nk cuba,bila pagi sekolah monyok, tak ada yg best langsung, kalau boleh hari hari nk ponteng tapi bila petang jom kawan kawan kita buat itu buat ini.

pukul 3 petang seluar masing masing berbunyi bunyi, ting ting. okay hari ini bawa 10 je. *confident habis ni. pung pang pung pang, guli dah penuh poket. tengok aku punya, paling banyak taw. eh jam dah pukul 5 jom pergi padang.

"okay siapa sampai padang dulu dia menang," maka berlumba lumba lah. kereta saga pon kalah bila kami lumba basikal. bila nk main bola, semua akan ckp macam ni, "eh wan aku nk team kau, wan kau masuk team aku jom," *dengan bangganya aku akan akan jawab ye, ye..haha

bila maghrib, semua 1 saf panjang barisan paling belakang sekali dekat masjid tu, siap main cuit cuit lagi, ada yg terkentut. kami pergi masjid tu pon alasan je sebenarnya, yela lepas dah habis maghrib kami dah plan nk merayap rayap. sorry mak abah, kami kan budak budak lagi :)

"malam ni main polis entry jom," lari lintang pukang 1 kampung kecoh. memang waktu tu kami lah penyeri malam malam penduduk kampung tu. orang ckp malam malam jgn main dekat pokok pisang ada hantu tapi kami apa peduli. kalau ada pokok strawbery pon kami redah je.

balik rumah dah pukul 10, baju tu dah tak macam baju, dengan kotornya, bau peluhnya, yela masa umur 10, 11 tahun kami mana pakai deodorant ke apa. masuk rumah je cepat cepat tukar baju. selamba buat muka tak bersalah. buku tak susun lagi? ah bawak je semua buku pergi sekolah, macam lah belajar sangat. balik balik tambah tolak bahagi darab. kadang kadang buat karangan. benci kot.

*kan indah kalau macam ni je selalu tak payah fikir pasal orang lain, girlfriend pon tak ada lagi. kat dalam otak ni tahu 1 benda je "HAPPY"

bersambung....................................

p/s: awk mungkin milik saya dan sy juga mungkin milik awk, sama sama lah kita berdoa ye :)

Nov 25, 2010

sempurna


belakangan ni semua bicara tentang sempurna, kalau boleh semua mahu kejar yg sempurna. itu ini sempurna. bagi mereka sempurna itu menjamin kehidupan yang sempurna. tapi ada ke manusia yang sempurna? pergi lah ke langit ke tujuh atau ke dasar bumi paling dalam sekalipun, sempurna itu takkan muncul. mungkin 1 dalam sejuta. itu pun kalau kita temukan yg 1 itu. kalau tak jumpa juga? masih mahu cari atau tunggu lagi sampai bila? cukuplah dia sempurnakan hidup kita dan kita sempurnakan hidup dia. jangan pernah tamak. syukur dengan apa yg ada. sempurna tu hanya milik Allah.

Nov 23, 2010

its complicated.

sy tunggu awk selagi awk bagi harapan. tak ada manusia yang sempurna. macam mana pon awk, saya terima. banyak yg sama tentang kita kan? :)


p/s: mata sy hanya untuk awk je. tiada dua, tiga, jauh sekali 4.

Nov 15, 2010

i hate loving u

We may love the wrong person, cry for the wrong reason. But one thing is sure, mistakes help us find the right person.

Nov 13, 2010

jangan besar okay


tiba di klang, hati gembira sebab aku tahu budak budak ni akan selalu follow aku and kalau boleh nak usha semua yg aku buat kat laptop ni. mungkin dorang nak tolong aku pilih mak uda yg sesuai untuk dorang kot! haha sabar ye anak anak buah ku sekalian. time ni aku tgh facebook, ha sekali 4 org datang nak ni la, nak tu la.. ok jom kita bergambar.

dari kiri: khairiah, haiqal, aqil n luqman(paling pemalu)

say keju! :)

semua buat muka bila pak uda join..*sigh

kami comel kan?

aqil(baju oren) ni memang suka posing, tengok la semua gambar dia.

:)

bye bye semua..thanks sebab layan kami :)

*korang jangan besar cepat sangat okay.

salam sayang
pak uda

Nov 11, 2010

kita sama


kalau lah kita dilahirkan sebagai OKU, apa agaknya perasaan anda anda sekalian?

semalam aku ada usha gambar kwn aku kat fb. ada sorg mamat ni komen ape tah, sah sah la kawan aku tak faham. then kawan aku tanya "u cakap ape ni tak faham la'. mamat ni jawab, "maaf la saya oku". biar betol mamat ni, aku pon try usha profile dia and sah memang dia oku maybe bisu atau yg lain lain kot. sedih bila baca balik comment dia "maaf la saya oku".

ya Allah ya tuhan ku kau permudahkan la segala urusan hamba hamba mu yg lemah ini terutamanya mereka yg dilahirkan tidak cukup sifat, cekalkan lah hati hati mereka agar terus tabah menempuhi segala dugaan mu ya Allah. lindungi mereka dari segala musibah. amin ya rabbalamin.

*aku dah start belajar bahasa isyarat :)


Nov 8, 2010

betul ke ni?


okay gadis gadis di luar sana, talian aplikasi online untuk mengisi borang kekosongan di hati ku ini telah di buka sekarang. for more detail add saya di facebook, skype, ym dan sebagainya. surat menyurat tidak akan dilayan. tertakhluk kepada terma & syarat. hanya 5 permohonan terawal sahaja akan diproses.

wan mohamad shaharudin


kau dah desperate sangat ke ni?
lebih kurang la!!

hot sangat ke kau ni?
tak langsung -.-

kenapa 5 je?
sebab aku tahu nak dapat 1 pon susah.


Nov 6, 2010

pondan

cerita yg pertama:
ish kau ni benda kecik pon nak kecoh. kan bagus kalau berjaya sama sama
cerita yg kedua:
tak kira sampai mana kita belajar dan apa taraf kita sekarang, jangan lupa asal usul.

*muhasabah, pesanan untuk diri sendiri jugak :)

apasal tajuk pondan? tah -.-

Nov 3, 2010

kekasih imaginasi


walau cintaku tak terbalas namun aku ikhlas, walau anganku takkan pernah nyata aku tetap cinta. oh kekasih imaginasiku, aku sayang kamu

syeera sanders.

Nov 2, 2010

masih

kau adalah milikku, tapi itu dulu
aku telah pergi meninggalkan dirimu
kerna aku tak tahan dengan sikapmu
yang tak pernah memikirkan rasa di dadaku

tapi kini ku sadar
aku masih perlukanmu
aku sesal akan semua
kini aku berharap
kau bisa kembali padaku

memang aku yang bersalah
dalam percintaan kita
oh kau, kekasih hatiku
maafkanlah aku
ku tahu ku yang bersalah
dalam percintaan kita
oh kau, kekasih hatiku
maafkan aku atas semua

syeera sander :)

Oct 31, 2010

exam


semalam carefour call aku,

"hye wan deepavali nanti u nak kerja tak? 3 hari".

dengan hampa nya aku jawab,

"saya tengah final"

peh melepas cam tu je rm300. huh! pokai sudah............


Oct 28, 2010

percaya setiap baik buruk ada hikmah


sekali lagi aku percaya akan hikmah
biar pahit, remuk, sakit tapi itu lah dunia. hari ini dia datang esok dia pergi.

takdir sama hikmah saling bergantungan
hari ini kita sedih kerana takdir sudah tertulis ye hari ini hari duka tapi esok hari kita gembira.kerana apa? kerana itulah hikmah sebalik kesedihan semalam.

tapi bagaimana jika hari ini gembira esok sedih?
itu lah dunia. bumi berputar keliling matahari. siang kita terang malam kita gelap. aku sudah menjawab soalan bukan?

SENTIASA PERCAYA AKAN HIKMAH. pegang kata aku.

*terima kasih pada 11 org kawan yg setuju akan tajuk entry kali ini :)


Oct 24, 2010

jahat


kadang aku fikir
apa wajar manusia sengketa, dengki, hati busuk

kenapa yang baik, yang lemah ditentang, ditindas sama yang jahat..mahu bukti? nah tonton drama televisyen sekarang.. dua konklusi aku simpulkan.

1. yang baik sudah tentu lah ramai yang akan benci, akan dendam. mengapa nabi Yusuf dibenci oleh abangnya? kerana nabi Yusuf itu molek budi pekerti. hari ini manusia gemar lihat sesama mereka jatuh! di satu sudut syaitan ketawa riang, tepuk tangan. "bagus manusia, bagus".

2. yang lemah umpama mainan, boleh dimain, boleh dipijak pijak, dibaling baling. kerana apa? tiada yang mahu tegur, tiada yang mahu bela. kau sama hidup kau, aku sama hidup aku. dulu sebelum kau di atas, pujuk rayu minta simpati. sekarang yang lemah kau caci. mana para pembela?

kadang aku fikir
kenapa perlu ada yang jahat dalam dunia ni

aku manusia, pernah aku jahat. manusia akan sampai satu tahap dia matang. terima kasih abah.





Oct 14, 2010

santai di pantai

since jadi owner DSLR ni aku jadi kaya. kaya dengan gambar gambar. sana sini gambar. tak pe la bak kata orang 'learning process'. layankan gambar gambar ni plak. daripada aku simpan je baik aku bagi korang tengok. sekitar proses shoot untuk kami punya assignment!


digandingkan dengan odah untuk storyboard..woot woot :)

macho x? pls la wei.

dalam air tu.

Ratu bollywood kelas kami

ceh!

produser jeritan batinku..haha..

setelah 2 jam lebih menggedik di pantai, balik la apa lagi!


*assignment semua dah setel! menunggu detik final exam. ya Allah, aku mohon permudahkan segala urusan ku. amin.

Oct 9, 2010

angkasapuri


again, terlampau banyak sangat gambar! so layan jela gamba rombongan cik kiah ke angkasapuri ni ye! btw dorg ni group aku untuk journalism.

dari kiri: tension, suka hati, marah


ni la tandas angkasapuri! haha


smart tak yg belah kanan tu? auuwww! kacak! taf nya badan awk!


mana la akak ni tak dtg2 lagi.

ku pandang kiri, ku pandang kanan, di kau tiada..


even tujuan kita dah tersasar sikit tapi tak pe kita goreng je dalam report nanti,,bagi kaw kaw! kami tak salah encik latip :D

Oct 2, 2010

selalu ada


dah genap 2 bulan u pergi. entah kenapa malam ni i rasa nak sangat contact u, nak tnya u sihat ke tak, ada dekat mana, dah makan ke belum, kalau boleh semua i nak tnya. thanks sebab u reply. alhamdulillah u sihat. i masih simpan lagi gambar gambar u sebab tak ada sebab i nak buang semua tu. sejak u pergi i dah tak macam dulu, dah tak banyak cakap, dah tak seceria dulu. u pon dah tak tnya i sihat ke tak, da makan ke belum, tak apa maybe u bz, u dah lupa i? jangan k. kadang kadang bila i tengah stress, i ada masalah, i ingat u. kenapa? sebab dulu u selalu teman i, dengar masalah i, cuba untuk tolong i. itu semua dulu kan. sekarang ni bila ada masalah i sorang2 selesaikan. tak apa la maybe ini akan buat i lebih berdikari. tuhan dah aturkan semua ni untuk kita. esok, lusa, tulat, jaga diri u baik baik walaupun bukan untuk i.

u sebenarnya tak pernah pergi. selalu ada.

Sep 23, 2010

saya amatur

saya tak pandai edit gambar. setakat text tu boleh la..disebabkan gambar gambar semakin banyak kat laptop ni, da tak tahu nak campak mana so terimalah persembahan daripada saya.. enjoy it!

ni gambar favourite aku..hope sir kimi approve.

batu

lapang je bila tengok gamba ni

nak mandi laut!
*baru sedar yang aku dgn ammar ada hobi sama; mata memandang perempuan berjalan di luar kelas tatkala lecturer sedang mengajar! chow~~


Sep 22, 2010

Paksu

ini paksu, adik bongsu aku merangkap pak cik kepada anak anak buah beliau yang lebih kurang sebaya je semua. 1st time dia makan steambot.

aiskrim cempedak

apsal liat sangat ayam ni.amek kau!


kalau bab makan bagi dia


makan ayam guna penyepit?

wei apa tengok tengok lagi? suka hati aku la nk makan mcm mana..sebok!

*tengok perut dia macam perut aku tak? haha gemok..

Sep 16, 2010

Sep 14, 2010

raya sengsara

dear diary,
(ala ala cerita the vampire diaries)

Setelah berkurun lamanya tak menyumbangkan suara untuk me'sumbang'kan lagi lagu,at last sumbang semua lagu lagu yang aku karaoke tadi. 1st song suara merdu la jugak, jangan pernah berubah by st12, 2nd song merdu serta lunak, selamat malam by faizal tahir, last song hancur! tinggal kenangan by saleem.. si safwan sengal tu tak habis habis suruh aku jgn sedih..gila!
Idea asal nk lepak mamak je tapi tu la bosan plak tengok muka baiya yang sepesen tu, mee goreng aku dah la tawar. mahal! apa lagi pergi karaoke pekena dua tiga lagu. sampai je tengok pondan tengah menjaja kat situ,maksiat la gila! masyallah...
Okay jadual untuk esok dijangka pack, tentatif program seawal jam 9 pagi. nama program ni ialah BERAYA TAK INGAT DUNIA. dijangka dalam 10 rumah akan kami lawati, jangkaan sahaja.
Lusa pulak mendapat undangan oleh cik eika untuk menonton wayang bersama beliau dan rakan rakan, turut mendapat pelawaan cik honey untuk lepaking bersama beliau, rindu barangkali??
Alamak inas! tengokla kalau sempat esok aku pergi rumah kau dgn aizat, sumpah lupa!
Assignment entah kemana. wawan wawan.

*menyampah dengan wawan ni, selalu tangguh kerja. bodo tu aku la!

Sep 13, 2010

ending yang buruk

3 hari dapat rm270? bukan duit raya tapi duit aku kerja ye. orang lain gigih beraya aku gigih bekerja. raya tetap raya. ada la dalam 3 bulan aku tak kerja so boleh tahan penat, berdiri 9 jam scan barang tak berhenti henti, jumpa macam macam jenis manusia yang baek mahupun lahanat n paling penting, yang amat penting sekali and yang sangat penting, cun gila cashier baru ni! puteh tak ingat dunia. tak leh concentrate aku kat kaunter. cepatlah approve aku puteri! *gedik nk mati... sebab: single memang macam ni
ok raya tetap raya so ade la buah tangan sikit, apa dia? ni ha gambar gambar kanak riang abad ini. sementara tunggu gambar upload, storyboard? wow terbaik kot tapi tak start lagi,huh. idea dah ada. kena cari rumah banglo buruk, tak kesah la banglo ke tak janji BURUK, sorang gurl free hair and boy,tilam, kipas. okay tu je! cerita ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat, kau ingat aku buat cerita 18sx ke siap ada tilam bagai? haish yang penting excited sial....yang laen kena tunggu ok.
esok nak gi bank aku nk bank in semua duit tu, simpan untuk kemudian hari. agak berwawasan disitu. untung siapa dapat aku ni, akan ku belikan sebuah banglo besar, kereta besar, semua besar tapi for sure wife aku tu kecik orangnya. ni bukan angan angan tapi perancangan masa hadapan,dia layak dapat apa yang patut dia dapat. ada faham? bagus sebab layankan aku.. sebab apa aku single skrg? sebab
"AKU RASA AKU TAK DAPAT BAGI APA YANG PATUT DIA DAPAT"
takpe aku akan usahakan untuk dapat semua tu! bodo apa aku merepek melalut ni macam orang ilang bini je. weyh awk tu single. suka hati aku la kan.haha sumpah bangang post aku kali ni...nampak sangat desperate. atas sebab sebab yang tertentu ganbar tak dapat di upload.. gila, tidur -_-

happy but need someone. weird!

Sep 10, 2010

hilang


"mungkin aku tidaklah sempurna tetapi hatiku memiliki mu sepanjang umurku,mungkin aku tak bisa memiliki dirimu seumur hidupku"

percaya lah hati ini
masih ada awak.

Sep 9, 2010

diam

Diam sebenarnya bukan bererti setuju, bukan pula tanda gembira mahupun mengiyakan,

diam ini dalam diri,

diam yang tahu mana baik buruk, tahu sebab dan akibat, tahu hujung pangkal,

dan diam ini juga,

diam yang mungkin sampai mati hanya Dia yang tahu,

diam itu indah jika manusia mengerti,

aku diam.

Tetapi,

kenapa ada mulut mulut bagai murai, kenapa ada mata mata yang sinis, kenapa ada tangan tangan gatal,mengapa perlu ada hati hati yang dusta!

kenapa?

apa memang tinggi seseorang manusia berdasarkan pangkat?

kau tuan director, kau kaya, kau petah berkata, kau disegani, itu kau ini kau segala gala nya kau. begitu takrifan tingginya pangkat manusia?!

habis yang lain bagaimana kawan…

kita memang manusia, semua ini manusia,

pada zahir kita mungkin serupa tetapi batinnya jauh berbeza,

yang membezakan kita ini, dalam hati,

hari ini aku berpesan,

pesan tanda sayang.


Jangan dijolok sarang tebuan.

Kelak diri jadi taruhan.

Aug 28, 2010

bosan barangkali

aku rasa dalam bilik ini aku la yg paling banyak habiskan masa terperap je. Yang sorang tu YDP komed ofkos la bz memanjang je kuar pagi then malam baru balik, lagi sorg ada komitmen besar jugak maklum la ada awek 24 jam i miss u, miss u 2, biar la janji kau bahagia aku pun tumpang bahagia and lagi sorang tak tahu nak explain camne. jap ada jap tak. lastly aku sorang la mengadap laptop ni sambil perhatikan bulan kat luar. cantik sungguh bulan malam ni. susah nak tengok semua ada dalam bilik pada masa yang sama melainkan masa tidur. entah kenapa lately aku rasa sunyi gila macam aku sorg je hidup kat dunia ni, on facebook pon macam tak ada function and start hari ni aku tak kan main myspace lagi. sebab? aku dah besar untuk semua tu. apa yang penting sekarang ni aku rasa aku dah berubah jadi orang lain bukan yang dulu lagi. apa yang berubah pun aku tak tahu maybe cara aku melihat dunia ni kot. buat baik dengan orang then orang akan buat baik dengan kita. jangan bongkak.



mana tumpah kuah kalau tak ke nasi, yang ni paling ketara sekali, aku rasa aku dah sama macam abah aku (gambar *gangster tak ayahanda?). masa aku mention pasal abah aku ni tetiba bau dia datang tah dari mana. mungkin angin sampaikan semua ni. terima kasih angin. abah aku sebenarnya banyak cerita. pasal nabi2, pasal para wali dan something yang mistik. dah ditakdirkan tuhan dia belajar semua ni. hari tu tah kenapa aku bukak cerita pasal nenek moyang, abah pun cerita la kami ni keturunan siapa dan datang dari mana. nenek moyang aku semua hebat hebat dan berketurunan jawa. apa yang aku maksudkan hebat tu ialah ilmu yang dorg ada. semoga roh mereka aman kat sana. amin.

masa aku baru masuk uitm dulu aku penah kene tindih masa tidur, bukan orang yang tindih tapi benda yang tak nampak. aku sedar sedar je x boleh gerak. lama la jugak dalam 5 minit. apa yang seram 'benda' tu siap berbisik lagi kat aku apa benda tah, suara mendayu dayu je macam orang baca syair. yang paling clear aku dengar benda 2 cakap nak jaga aku. entah. mimpi memang mainan tidur tapi tak bagi aku. dulu aku selalu mimpi pasal ular sawa putih. ular tu selalu datang dalam mimpi aku then aku cerita la kat abah aku, dia cakap mungkin ular tu nak berkawan atau dia nak jaga aku. lagi sekali, entah. pernah satu malam aku lalu kat tasik uitm tetiba bau wangi gila tapi sekejap je, aku toleh tepi patut la pokok besar tu. so hati2 la warga uitm melaka especially perempuan. kita sebenarnya berkongsi dunia ni dengan ramai lagi makhluk.

tah apa yang buat aku nak cerita semua ni, bosan barangkali?

gila


malam tu dia datang lagi dalam mimpi aku, entah kenapa aku buntu sekarang ni. memori dulu datang tapi aku mesti kuat. tapi aku gila. gila! masih tergila gila cari dia, dgn harapan dia baik selalu. aku salah. sepi. takkan terganti.
I LOVE U.. just 3 words, nothing...anybody can say it to everybody..stop pretend that u want me but in fact u know that u wont love me, u doesn't need me as much as i need u..as much as i love u.
*saya still simpan mesej ni.

Aug 27, 2010

puasa hati


menu berbuka hari ini ialah bihun pama.
tu dah kira cukup, ada juga makanan.
mereka kat sana susah, kebulur.

syukur alhamdulillah :D

Aug 26, 2010


i'm done with YOU!
and i can't wait for another YOU! seriously......

The Vampire Diaries
9 September 2010
Season 2


Aug 24, 2010

senyum


Apa yang mampu aku buat sekarang ialah senyum dan terus senyum. Jumpa orang ni senyum, jumpa orang tu senyum. Senyum merata-rata. Jiwa rasa tenang bila selalu senyum. Mungkin ni dinamakan kemanisan dalam senyuman.

Senyum tu sedekah, sedekah pula pahala, pahala pula syurga.


-rindu akan abah-
luangkan masa bersama
borak tentang ini semua

Aug 22, 2010

posto

dingin pagi sudah tiada erti
embun jadi teman
basikal tua merah lampu dynamo siap sedia terangi gelap subuh
kayuh.....kayuh......kayuh........terus kayuh
jiwa usang itu gagah

mahu disuap apa anak anak kecil jika tiadanya dia?
harap pada ehsan?
600 kali hidup belum pasti
tahu apa mereka tentang perit

"wak, surat untuk saya ada tak?"

jerit manusia
harapan tinggi pada tang tua ini meski suatu hari pasti sunyi jua
ya nama simpolan bin simpolan untuk kamu!
ramai yang berjaya kerana surat itu
ramai yang senyum
ramai yang kecewa
ramai yang kecundang
jadi apa lagi?
punya dia semua

hari ini cukup indah
perkhabaran yang bakal mengubah hidup
hati ayah gembira
seakan mahu teriak
dikayuhnya laju pulang petang
seakan nafas muda dulu kembali

tapi.....

dunia ini kejam!
mengapa perlu begini rupa
biarlah dia bersenang dahulu
tak cukup derita yang selama ini ditanggung dia?!
anak di rumah itu, apa jadinya nanti?
bersabar sabar lah
tuhan tolong
jangan biar dia pergi

"surat ini untuk anakku"


Aug 19, 2010

bongkak


dunia kita jauh beza sama sekali
pangkat
darjat
martabat
ahh memang orang berada angkuh!
baik lelaki dayus, perempuan jalang semua serupa
kemana harta yang kau banggakan tersimpan saat kau dihujung dunia kelak?
akan kami kafankan di liang lahad mu?
agar reput seiring jasad kotor itu?
mati hidup semula pun hanya amal jadi saksi
bongkak..

jiwa jiwa suci kalian hitam dek dunia
saat susah nangis tak berlagu
sujud tuhan minta arah
itu dulu....
saat bala....
kini syaitan yg kau puja,kau damba, kau hormati
tak apa kita tahu bila matinya diri
tak apa dunia masih muda
tak apa tuhan kenal aku
kau kenal tuhan??

hari ini,esok, lusa, tulat kau fikir
fikir dalam dalam.


tentang dunia sesat




Aug 16, 2010

awak sorang


*baca dengan mood gembira

hei awak senyum penuh girang, saya rasa awak cantik
ye mata biru laut itu paling indah antara mereka, hati kita tak penah tipu
alamak lesung pipit kat pipi awak!
awak chinese ke? putih suci biar saya jaga, itu pun kalau awak sudikn
melamun la kau!
masa tu nampak awak, petah bercakap entah apa dia, saya renung dalam mata lama gila tak puas
kantoi! awak pandang terus cover line, ok saya kalah
hati kata hati-hati, aku mudah menaut semua jenis perempuan
bila tanya kawan awak ada dia, memang jiwa luluh jatuh ke bumi tapi awak tak salah
tak apa esok harap ada awak yang nombor dua. harap sangat!

Aug 14, 2010

biar



"wahai ayahanda berhentilah walau sebentar dan renungkan mataku yang melaut:

fynn jamal :)

Aug 10, 2010

saya happy sekarang!

-malas nk mengupdate blog
-nak kata bz xde la bz sangat
-okay perot semakin membuncit tapi xpe puasa dah mula so boleh kuruskan semula *confident!
-assignment?!!! boleh gila fikir pasal tu
-girlfriend? 4tahun lagi kot baru ada, not ready for any relationship
-nak balik jb tapi x boleh *rindu mak
-sakit mata buat kali kedua, pergi klinik x dpt MC. keji pnye doc.
-saya happy sekarang!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...