nuffnang ads

Sep 23, 2010

saya amatur

saya tak pandai edit gambar. setakat text tu boleh la..disebabkan gambar gambar semakin banyak kat laptop ni, da tak tahu nak campak mana so terimalah persembahan daripada saya.. enjoy it!

ni gambar favourite aku..hope sir kimi approve.

batu

lapang je bila tengok gamba ni

nak mandi laut!
*baru sedar yang aku dgn ammar ada hobi sama; mata memandang perempuan berjalan di luar kelas tatkala lecturer sedang mengajar! chow~~


Sep 22, 2010

Paksu

ini paksu, adik bongsu aku merangkap pak cik kepada anak anak buah beliau yang lebih kurang sebaya je semua. 1st time dia makan steambot.

aiskrim cempedak

apsal liat sangat ayam ni.amek kau!


kalau bab makan bagi dia


makan ayam guna penyepit?

wei apa tengok tengok lagi? suka hati aku la nk makan mcm mana..sebok!

*tengok perut dia macam perut aku tak? haha gemok..

Sep 16, 2010

Sep 14, 2010

raya sengsara

dear diary,
(ala ala cerita the vampire diaries)

Setelah berkurun lamanya tak menyumbangkan suara untuk me'sumbang'kan lagi lagu,at last sumbang semua lagu lagu yang aku karaoke tadi. 1st song suara merdu la jugak, jangan pernah berubah by st12, 2nd song merdu serta lunak, selamat malam by faizal tahir, last song hancur! tinggal kenangan by saleem.. si safwan sengal tu tak habis habis suruh aku jgn sedih..gila!
Idea asal nk lepak mamak je tapi tu la bosan plak tengok muka baiya yang sepesen tu, mee goreng aku dah la tawar. mahal! apa lagi pergi karaoke pekena dua tiga lagu. sampai je tengok pondan tengah menjaja kat situ,maksiat la gila! masyallah...
Okay jadual untuk esok dijangka pack, tentatif program seawal jam 9 pagi. nama program ni ialah BERAYA TAK INGAT DUNIA. dijangka dalam 10 rumah akan kami lawati, jangkaan sahaja.
Lusa pulak mendapat undangan oleh cik eika untuk menonton wayang bersama beliau dan rakan rakan, turut mendapat pelawaan cik honey untuk lepaking bersama beliau, rindu barangkali??
Alamak inas! tengokla kalau sempat esok aku pergi rumah kau dgn aizat, sumpah lupa!
Assignment entah kemana. wawan wawan.

*menyampah dengan wawan ni, selalu tangguh kerja. bodo tu aku la!

Sep 13, 2010

ending yang buruk

3 hari dapat rm270? bukan duit raya tapi duit aku kerja ye. orang lain gigih beraya aku gigih bekerja. raya tetap raya. ada la dalam 3 bulan aku tak kerja so boleh tahan penat, berdiri 9 jam scan barang tak berhenti henti, jumpa macam macam jenis manusia yang baek mahupun lahanat n paling penting, yang amat penting sekali and yang sangat penting, cun gila cashier baru ni! puteh tak ingat dunia. tak leh concentrate aku kat kaunter. cepatlah approve aku puteri! *gedik nk mati... sebab: single memang macam ni
ok raya tetap raya so ade la buah tangan sikit, apa dia? ni ha gambar gambar kanak riang abad ini. sementara tunggu gambar upload, storyboard? wow terbaik kot tapi tak start lagi,huh. idea dah ada. kena cari rumah banglo buruk, tak kesah la banglo ke tak janji BURUK, sorang gurl free hair and boy,tilam, kipas. okay tu je! cerita ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat, kau ingat aku buat cerita 18sx ke siap ada tilam bagai? haish yang penting excited sial....yang laen kena tunggu ok.
esok nak gi bank aku nk bank in semua duit tu, simpan untuk kemudian hari. agak berwawasan disitu. untung siapa dapat aku ni, akan ku belikan sebuah banglo besar, kereta besar, semua besar tapi for sure wife aku tu kecik orangnya. ni bukan angan angan tapi perancangan masa hadapan,dia layak dapat apa yang patut dia dapat. ada faham? bagus sebab layankan aku.. sebab apa aku single skrg? sebab
"AKU RASA AKU TAK DAPAT BAGI APA YANG PATUT DIA DAPAT"
takpe aku akan usahakan untuk dapat semua tu! bodo apa aku merepek melalut ni macam orang ilang bini je. weyh awk tu single. suka hati aku la kan.haha sumpah bangang post aku kali ni...nampak sangat desperate. atas sebab sebab yang tertentu ganbar tak dapat di upload.. gila, tidur -_-

happy but need someone. weird!

Sep 10, 2010

hilang


"mungkin aku tidaklah sempurna tetapi hatiku memiliki mu sepanjang umurku,mungkin aku tak bisa memiliki dirimu seumur hidupku"

percaya lah hati ini
masih ada awak.

Sep 9, 2010

diam

Diam sebenarnya bukan bererti setuju, bukan pula tanda gembira mahupun mengiyakan,

diam ini dalam diri,

diam yang tahu mana baik buruk, tahu sebab dan akibat, tahu hujung pangkal,

dan diam ini juga,

diam yang mungkin sampai mati hanya Dia yang tahu,

diam itu indah jika manusia mengerti,

aku diam.

Tetapi,

kenapa ada mulut mulut bagai murai, kenapa ada mata mata yang sinis, kenapa ada tangan tangan gatal,mengapa perlu ada hati hati yang dusta!

kenapa?

apa memang tinggi seseorang manusia berdasarkan pangkat?

kau tuan director, kau kaya, kau petah berkata, kau disegani, itu kau ini kau segala gala nya kau. begitu takrifan tingginya pangkat manusia?!

habis yang lain bagaimana kawan…

kita memang manusia, semua ini manusia,

pada zahir kita mungkin serupa tetapi batinnya jauh berbeza,

yang membezakan kita ini, dalam hati,

hari ini aku berpesan,

pesan tanda sayang.


Jangan dijolok sarang tebuan.

Kelak diri jadi taruhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...