nuffnang ads

Apr 29, 2010

pelangi

Nice ending, gudluck! Semoga berbahagia and kekal ke anak cucu hendaknya(macam dah kahwin je).Mesti korang semua blur kan apa lah yang aku merepek ni. Tetiba je! Saja ambil masa kejap untuk wish beliau. Siapa? Kawan! Okay sesi meluahkan perasaan dah habis, let move on to next story (sama sekali bukan love story ye kawan2).

Anak: Kenapa tetiba hujan ibu? Tadi panas je.

Ibu: Adik tak suka ke hujan turun?

Anak: Camni,adik dah janji dengan kawan2 adik nak main sama2 petang ni.

Ibu: Takpe la esok kan ada lagi.

Anak: Taknak2, adik benci hujan!

Ibu: Adik dengar cakap ibu ni, kadang2 Allah hilangkan matahari, Dia datangkan rebut dan petir, puas kita cari dimana matahari rupanya Dia nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Adik kena ingat, mesti ada hikmah disebalik Allah buat sesuatu perkara 2.

So based on dialog dekat atas apa yang korang faham? Yup! Betul la 2 apa yang korang semua tengah fikirkan. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya even kita tak suka benda or perkara 2 berlaku. Of coz tak ada manusia nak kehilangan orang yang mereka sayang, tak nak hidup serba kekurangan, tak nak hidup dalam kegagalan(sebagai contoh) atau lain2 lagi la. Hidup mesti diteruskan walaupun kita frust dengan apa yang dah berlaku. Lastly jangan lupa untuk muhasabah diri! Kita renung2 kan lah bersama ye kawan2. Aku sebenarnya tak layak pun nak bagi motivasi ni, diploma pun tak habis lagi, degree and phD jauh sama sekali tapi hanya berbekalkan sijil PRS masa sekolah dulu. PRS 2 apa? Pembimbing rakan sebaya,hahahahaha…ok la 2 kan ada jugak pengiktirafan tanda aku ni bertauliah. Risiko untuk kena tangkap berkurang la sikit. Tak macam ada satu kes 2 sampai naik mahkamah bagai. Ah! Mainan politik! (tetiba).

Before I ending my speech to inform, i (*mood public speaking-tq Miss sebab bagi cary mark yang agak memuaskan) continue semula, aku excited yang teramat sangat sebab after 5 years loss contact akhirnya jumpa semula dengan someone ni, cinta monyet masa kecik2 dulu. Dah besar panjang rupanya beliau, siap mintak belanja pizza lagi and she in a relationship, sekali lagi gudluck juga untuk kamu. Adakah Chelsea akan menang EPL season 2009/2010? Tidak sama sekali Shailey!

Apr 26, 2010

Mereka




Melaka sudah tiba, sudah tiba ke melaka. Mana2 pun boleh la asalkan aku dah selamat sampai. Agak penat tapi gigihkan diri pergi tengok carry mark dengan petto jee (bukan nama sebenar) dan odah (juga bukan nama sebenar). Tetiba jumpa Cinta Kosong(dah memang sah bukan nama sebenar). Niat di hati memang nak je letak nama dorang tapi untuk mengelakkan daripada disaman or something like that, terpaksa pakai nama samaran, hahahaha.

"Kau letak picture aku confirm blog kau femest," said Petto jee.

Boleh caye ke? Ah! pedulikan beliau. Petto peace...kenapa aku hyperactive sangat ni? korang rasa? ha? dah ada awek baru? uish memang takla kan. Muka tak ensem nak ada awek, boleh jalan la waWan! Maybe sebab carry mark yang aku rasa boleh dibanggakan, entah time bila aku study. Tuhan 2 maha memberi kan lagi maha mengasihani. As long kita tak lupa Dia, Dia akan ingat kita (tazkirah pagi isnin).
Still teringat lagi kata2 anak buah aku pagi tadi before bertolak balik melaka.

"Pak Uda dah nak balik ke? "

Semalam dorang dah pesan janganlah balik hari ni,ahad kan cuti, balik jela isnin. Hm..so korang dah tengok rupa mereka camne kan, ade made in China, Jepun dan sewaktu dengannya. Nakal takyah cakaplah, memang stok nakal tahap gaban (yela dah nama kanak2). So titles 'mereka' kat atas ditujukan untuk anak2 buah aku. Cepatlah besar!! Penat melayan korang.


Apr 24, 2010

cinta


Setelah hampir 4 hari 'bertapa' di Klang, kebosanan mula melanda diri. Makan makan makan dan terus makan (patut la kau makin gemuk wawan!). Next destination is JB, rasanya dah 2 bulan lebih aku bergelar musafir, merantau ke negeri orang demi ILMU. Kata orang setiap kejayaan perlukan pengorbanan and tanpa kegagalan kita takkan berjaya, betul ke? On9 punya On9 sekali terbaca 1 madah cinta yang agak mencabar diri dan menusuk jantung den. Ah! Ayatnya berbunyi begini: (Ala2 klasik F.M)
"Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya."

Memang ni la masalah aku dari dulu, jatuh hati kat someone tapi fail bab2 luahkan perasaan. memang dasar lelaki pengecut! (terlebih emo plak). Lastly aku prefer untuk buang perasaan ni bila tengok dia mula bahagia dengan orang lain. Maybe 1 hari nanti akan ada yang lebih baik dari yang b4 ni. Yang penting aku dah dapat pengajaran dari ayat kat atas ni. So jangan jadi pengecut sangat la lelaki!!!

Wan Mohamad Shaharudin


Assalamualaikum, hye, salam 1Malaysia (cliche gila). Rasanya elok la aku perkenalkan diri dulu. Nama aku seperti yang tercatat kat atas, bagi aku agk panjang walaupun tak termasuk nama abah lagi. Takpela memang dah tertulis sejak azali lagi kan,takkan nak melawan ketentuan tuhan pulak and absolutely aku bangga dengan nama aku 2. Member ramai yang panggil aku wawan, ada juga panggil wan and kadang2 ada gak yang gatal panggil sudin, klasik gila kot nama 2. Nak panggil pak uda pon boleh gak, actually pak cik ni dah ada 5 orang anak buah, hahahahaha, takde la tua sangat umur baru 19. Single and available katanya. Niat dalam hati ni dah lama nak start jadi blogger tapi alhamdulillah tercapai juga hasrat yang tak penting pun aku rasa. Aku tengah fikirkan apa yang aku nk post kat blog ni, so u guys any idea??? Takkan la setiap masa nak citer pasal diri aku je, LAME giler kot, mesti ramai yang menyampahkan. At least my readers can gain something from my blog right?? Memandanglan ni post aku yang pertama so korang terpaksa la pekakkan telinga sikit sebab apa yang aku citer suma pasal diri aku. If taknak baca pon takpe tapi support la beb, kata member, ni 1st post kot. Apa lagi yang korang nak tahu pasal aku?? Aku study kat UiTM alor gajah Melaka, entah macam mana boleh tercampak ambil masscom. Masscom 2 apa? Komunikasi dan pengajian media la. Mamat kat sebelah ni tuan kepada blog ni. Sorry pipi lagi sebelah terpaksa di sensor atas sebab2 yang munasabah. Mesti korang da gelabah kan, apa kena dengan pipi mamat ni, kena tuang asid ke? Ke ada parut? Hah ni mesti jerawat. Wei! Takde kena pape la, picture ni candid. Motif la kan aku nak tutup pipi semua. Bersyukur rasanya sebab aku dilahirkan sempurna sihat tubuh badan. Semalam ada la aku baca 1 new kat kosmo, seorang bayi dilahirkan tanpa mata and hidung, kaki tangan dia pon ada cacat sikit. Ya Allah, kesian. Paling sedih bila parents tak boleh terima hakikat anak dorang dilahirkan cacat. So kawan2 bersyukur la dengan apa yang kita ada sekarang ni. Di sebalik kegembiraan kita ni, ramai lagi kat luar sana yang hidup serba kekurangan. Oh ye, terima kasih kepada 'makcik kepoh yang cantik' (bukan nama sebenar) kerana sudi teman aku menaip post ni, yela untuk tidak menghampakan beliau, katanya penat jaga kedai hari ni (siapa makcik kepoh ni??) jeng jeng jeng..hahaha..wasalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...