nuffnang ads

Aug 28, 2010

bosan barangkali

aku rasa dalam bilik ini aku la yg paling banyak habiskan masa terperap je. Yang sorang tu YDP komed ofkos la bz memanjang je kuar pagi then malam baru balik, lagi sorg ada komitmen besar jugak maklum la ada awek 24 jam i miss u, miss u 2, biar la janji kau bahagia aku pun tumpang bahagia and lagi sorang tak tahu nak explain camne. jap ada jap tak. lastly aku sorang la mengadap laptop ni sambil perhatikan bulan kat luar. cantik sungguh bulan malam ni. susah nak tengok semua ada dalam bilik pada masa yang sama melainkan masa tidur. entah kenapa lately aku rasa sunyi gila macam aku sorg je hidup kat dunia ni, on facebook pon macam tak ada function and start hari ni aku tak kan main myspace lagi. sebab? aku dah besar untuk semua tu. apa yang penting sekarang ni aku rasa aku dah berubah jadi orang lain bukan yang dulu lagi. apa yang berubah pun aku tak tahu maybe cara aku melihat dunia ni kot. buat baik dengan orang then orang akan buat baik dengan kita. jangan bongkak.



mana tumpah kuah kalau tak ke nasi, yang ni paling ketara sekali, aku rasa aku dah sama macam abah aku (gambar *gangster tak ayahanda?). masa aku mention pasal abah aku ni tetiba bau dia datang tah dari mana. mungkin angin sampaikan semua ni. terima kasih angin. abah aku sebenarnya banyak cerita. pasal nabi2, pasal para wali dan something yang mistik. dah ditakdirkan tuhan dia belajar semua ni. hari tu tah kenapa aku bukak cerita pasal nenek moyang, abah pun cerita la kami ni keturunan siapa dan datang dari mana. nenek moyang aku semua hebat hebat dan berketurunan jawa. apa yang aku maksudkan hebat tu ialah ilmu yang dorg ada. semoga roh mereka aman kat sana. amin.

masa aku baru masuk uitm dulu aku penah kene tindih masa tidur, bukan orang yang tindih tapi benda yang tak nampak. aku sedar sedar je x boleh gerak. lama la jugak dalam 5 minit. apa yang seram 'benda' tu siap berbisik lagi kat aku apa benda tah, suara mendayu dayu je macam orang baca syair. yang paling clear aku dengar benda 2 cakap nak jaga aku. entah. mimpi memang mainan tidur tapi tak bagi aku. dulu aku selalu mimpi pasal ular sawa putih. ular tu selalu datang dalam mimpi aku then aku cerita la kat abah aku, dia cakap mungkin ular tu nak berkawan atau dia nak jaga aku. lagi sekali, entah. pernah satu malam aku lalu kat tasik uitm tetiba bau wangi gila tapi sekejap je, aku toleh tepi patut la pokok besar tu. so hati2 la warga uitm melaka especially perempuan. kita sebenarnya berkongsi dunia ni dengan ramai lagi makhluk.

tah apa yang buat aku nak cerita semua ni, bosan barangkali?

gila


malam tu dia datang lagi dalam mimpi aku, entah kenapa aku buntu sekarang ni. memori dulu datang tapi aku mesti kuat. tapi aku gila. gila! masih tergila gila cari dia, dgn harapan dia baik selalu. aku salah. sepi. takkan terganti.
I LOVE U.. just 3 words, nothing...anybody can say it to everybody..stop pretend that u want me but in fact u know that u wont love me, u doesn't need me as much as i need u..as much as i love u.
*saya still simpan mesej ni.

Aug 27, 2010

puasa hati


menu berbuka hari ini ialah bihun pama.
tu dah kira cukup, ada juga makanan.
mereka kat sana susah, kebulur.

syukur alhamdulillah :D

Aug 26, 2010


i'm done with YOU!
and i can't wait for another YOU! seriously......

The Vampire Diaries
9 September 2010
Season 2


Aug 24, 2010

senyum


Apa yang mampu aku buat sekarang ialah senyum dan terus senyum. Jumpa orang ni senyum, jumpa orang tu senyum. Senyum merata-rata. Jiwa rasa tenang bila selalu senyum. Mungkin ni dinamakan kemanisan dalam senyuman.

Senyum tu sedekah, sedekah pula pahala, pahala pula syurga.


-rindu akan abah-
luangkan masa bersama
borak tentang ini semua

Aug 22, 2010

posto

dingin pagi sudah tiada erti
embun jadi teman
basikal tua merah lampu dynamo siap sedia terangi gelap subuh
kayuh.....kayuh......kayuh........terus kayuh
jiwa usang itu gagah

mahu disuap apa anak anak kecil jika tiadanya dia?
harap pada ehsan?
600 kali hidup belum pasti
tahu apa mereka tentang perit

"wak, surat untuk saya ada tak?"

jerit manusia
harapan tinggi pada tang tua ini meski suatu hari pasti sunyi jua
ya nama simpolan bin simpolan untuk kamu!
ramai yang berjaya kerana surat itu
ramai yang senyum
ramai yang kecewa
ramai yang kecundang
jadi apa lagi?
punya dia semua

hari ini cukup indah
perkhabaran yang bakal mengubah hidup
hati ayah gembira
seakan mahu teriak
dikayuhnya laju pulang petang
seakan nafas muda dulu kembali

tapi.....

dunia ini kejam!
mengapa perlu begini rupa
biarlah dia bersenang dahulu
tak cukup derita yang selama ini ditanggung dia?!
anak di rumah itu, apa jadinya nanti?
bersabar sabar lah
tuhan tolong
jangan biar dia pergi

"surat ini untuk anakku"


Aug 19, 2010

bongkak


dunia kita jauh beza sama sekali
pangkat
darjat
martabat
ahh memang orang berada angkuh!
baik lelaki dayus, perempuan jalang semua serupa
kemana harta yang kau banggakan tersimpan saat kau dihujung dunia kelak?
akan kami kafankan di liang lahad mu?
agar reput seiring jasad kotor itu?
mati hidup semula pun hanya amal jadi saksi
bongkak..

jiwa jiwa suci kalian hitam dek dunia
saat susah nangis tak berlagu
sujud tuhan minta arah
itu dulu....
saat bala....
kini syaitan yg kau puja,kau damba, kau hormati
tak apa kita tahu bila matinya diri
tak apa dunia masih muda
tak apa tuhan kenal aku
kau kenal tuhan??

hari ini,esok, lusa, tulat kau fikir
fikir dalam dalam.


tentang dunia sesat




Aug 16, 2010

awak sorang


*baca dengan mood gembira

hei awak senyum penuh girang, saya rasa awak cantik
ye mata biru laut itu paling indah antara mereka, hati kita tak penah tipu
alamak lesung pipit kat pipi awak!
awak chinese ke? putih suci biar saya jaga, itu pun kalau awak sudikn
melamun la kau!
masa tu nampak awak, petah bercakap entah apa dia, saya renung dalam mata lama gila tak puas
kantoi! awak pandang terus cover line, ok saya kalah
hati kata hati-hati, aku mudah menaut semua jenis perempuan
bila tanya kawan awak ada dia, memang jiwa luluh jatuh ke bumi tapi awak tak salah
tak apa esok harap ada awak yang nombor dua. harap sangat!

Aug 14, 2010

biar



"wahai ayahanda berhentilah walau sebentar dan renungkan mataku yang melaut:

fynn jamal :)

Aug 10, 2010

saya happy sekarang!

-malas nk mengupdate blog
-nak kata bz xde la bz sangat
-okay perot semakin membuncit tapi xpe puasa dah mula so boleh kuruskan semula *confident!
-assignment?!!! boleh gila fikir pasal tu
-girlfriend? 4tahun lagi kot baru ada, not ready for any relationship
-nak balik jb tapi x boleh *rindu mak
-sakit mata buat kali kedua, pergi klinik x dpt MC. keji pnye doc.
-saya happy sekarang!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...