nuffnang ads

Jul 10, 2011

11 march

aku memang loser sebab aku mampu ingat segala macam moment yg melibatkaan dia walhal masa tu aku bukan siapa siapa bagi dia. aku still ingat, masa tu ada event fakulti dan secara tak sengaja kami satu group. tapi aku sedar aku bukan siapa siapa hanya sekadar mampu perhatikan semua gerak geri dia.

selang berapa bulan, sekali lagi kami ditemukan dalam satu event. waktu tu selesai event dan kami berjalan pulang ke blok, dia hanya selang beberapa langkah belakang aku. sekali lagi aku loser sebab mampu ingat benda remeh macam tu.

mengetahui dia terpaksa hadapi segala macam rintangan yg aku rasa tak adil bagi dia buat aku ingin dekat. bukan aku tak perasan yg dia banyak berubah disebabkan tekanan tu, tapi aku cuma perhatikan dari jauh. niat dalam hati ingin dekat tapi mungkin belum masanya.

banyak lagi moment yg aku rasa dia takkan pernah terfikir yg aku ingat semua perkara tu. bila aku cerita semua tu dia terkejut.

"kenapa awak boleh ingat semua tu?"

hari tu, november 2010, aku beranikan diri untuk bertegur. hubungan yg asalnya bermula dengan kawan akhirnya berjaya diubah ke satu tahap yg aku cukup cukup nantikan. bayangkan bila sesuatu yg kita nak dari dulu lagi jadi kenyataan. aku akan pastikan semuanya indah :)

kadang manusia tak sedar yg jodoh mereka betul betul dekat dan ada depan mata.

*happy birthday sayang :)
*esok 11 july 2011, 4 bulan kita bersama, love u :)

2 comments:

  1. so sweet la wan!! bagus la ko ni...btw..CHAIYOK2!! :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...