nuffnang ads

Sep 28, 2011

sebab kenapa anda selalu kena remove.


try imagine yang korang tengah on9 facebook and then tiba tiba teringat salah sorg kawan korang, so dengan sepantas kilat buka wall kawan berkenaan tapi malangnya dah 'unfriend', dalam erti kata lain dia dah remove korang. agak agak apa yang bermain dekat kepala otak anda semua? hujan tak ribut tak tetiba dah kena remove. jangan cepat melatah, maybe ni antara sebab sebah dia remove kau:

1) kawan kau tu meluat dengan status status kau yang boleh dikategorikan sebagai ANNOYING tahap melampau. boleh jadi annoying dengan status kau yang menunjuk nunjuk, tak pon status yang feeling2 kau lah malaikat dan sebagainya. **lain orang lain jenis annoying dia, sila ambil perhatian.

2) kawan kau memang dah lama tak puas hati dengan kau, memang rasa tak puas hati yang membuak buak macam nak shoot je muka kau tapi disebabkan taknak masuk penjara, dia remove kau. nyah kau hantu jahat!

3) kawan kau tak suka boyfriend or girlfriend kau so dengan kau sekali dia remove. kira mangsa keadaan la ni?

4) kawan kau tu tak pernah rasa kewujudan kau dalam hidup dia, (maksud aku dalam hidup facebook dia la) tak pernah bertegur siapa di samping bongkak. daripada dia bagi kau stalker gambar gambar dia baik dia remove kau cepat cepat.

5) anda seorang yang tak supportive serta suka menjatuhkan orang. komen komen kau semua macam nak cari gaduh je sebagai contoh bila kawan kau update status "happy nya hari ni mama i belikan i blackberry", n then tiba tiba kau komen "KESAH?". tak ke kurang ajar di situ. kau patut komen macam ni "mintak no pin boleh?" even kau takde blackberry..hahahaha.. **gelak gelak jugak, siyes ni -,-"

6) kawan kau ada hati dekat kau tapi malangnya hati kau dah berpunya. daripada dia terus makan hati melihat status manja serta gambar kau bersama girlfriend or boyfriend kau baik dia remove awal awal. tak gitu?

renung renungkan dan selamat me'remove' dan di'remove'.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...