nuffnang ads

Jan 30, 2012

keluarga.

masa kita kecil dulu kita tak faham apa itu konsep keluarga, bagaimana keluarga berfungsi dan pentingnya mempunyai sebuah keluarga. mungkin bagi kanak kanak yg berumur 7 tahun dia hanya faham konsep asas keluarga, ada ayah, ada emak, kakak, abang dan adik. menjelang umur 12 tahun dia semakin faham yg ayah perlu kerja untuk sara keluarga, emak pula kena tolong ayah besarkan anak anak, kakak dengan abang kena ajar buat kerja sekolah.

tapi bila umur dah 17, dia semakin sedar ayah bukan hanya sekadar kerja nak sara keluarga, ayah nak kan yg terbaik untuk keluarga, mak pula tak henti henti bagi sokongan dekat anak anak dia untuk berjaya. masa ini kakak dengan abang dah masuk universiti, satu kebanggaan bagi sebuah keluarga.

bila umur masuk angka 21, akan timbul rasa satu hari nanti nak balas segala titik peluh ayah selama ini, nak hadirkan semua macam benda yg mungkin mak sendiri tak mampu capai sebelum ini.



bagi aku sebuah keluarga itu ibarat satu team bolasepak, saling menyokong antara satu sama lain kerana bagi mereka itu tanggungjawab bersama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...