nuffnang ads

Feb 11, 2011

desperate kah anda? ya!

siapa je sebenarnya nak single? siapa je sebenarnya suka hidup sorang sorang? siapa je yg rela diri di'single' kan? siapa? semua orang ada naluri untuk disayangi tapi keadaan memaksa untuk terus single. so nak tahu adakah anda betul betul desperate serta memerlukan seorang girlfriend/boyfriend? belog wawan ada jawapan:

sebelum tu entry ni khas untuk mereka mereka yg rasa diri dia single la, yg tak single digalakkan jugak untuk baca.

1) bila semua lelaki/perempuan yg korang nampak tu kelihatan tampan/cantik, tu maknanya korang dah terkena sindrom desperate serta memerlukan teman hidup. so cepat cepat la cari gf/bf sebelum nenek or atok yg umur 70 tahun pon kau cakap HOT.

2) bila status facebook anda berunsur kejiwangan, kecintaan disamping boleh membuatkan pembaca terasa geli geliman, dan ada plak yg komen "kau dah kenapa status semua jiwang je," maka tu tanda anda sangat sangatlah desperate.

3) bagi yg berblogging, entry entry mostly cerita tentang lelaki idaman, perempuan pilihan, jatuh hati dengan orang ni, tertarik dengan si dia, dan paling tak boleh blah seolah olah sedang bercinta, padahal tak pon. nampak sangat anda sunyi.

4) setiap masa nantikan someone untuk text atau call anda, bila text masok cepat cepat bukak tapi hampa sebab mesej dari HOTLINK. then bila ada number yg tak kenal call, "wah ni mesti secret admirer!" hampa jugak sebab yg call tu setiausaha persatuan suruh datang meeting.

so seberapa tinggikah tahap desperate anda?


2 comments:

  1. ohohooooooo,,,semestinya saya tidak desperate,,,
    enjoy my life so much!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...