nuffnang ads

Mar 30, 2011

touch n go...

kawan,
untuk waktu yg genting macam ni, kau tak perlu tunggu masa datang sembah depan kau, kau yg kena pergi cari masa, kenal masa tu apa, manfaatkan sebelum terlambat. susah kalau semua benda orang kena hulur, orang kena suap. kita hidup bukan untuk orang tapi untuk diri sendiri. kau fikir orang lain sehari ada 38 jam, 45 jam, 56 jam?

kawan,
kau dah hidup lama dekat dunia ni, dah cukup lama untuk matangkan otak, dah cukup lama untuk pandai bezakan yg mana baik buruk. kadang kau rasa kau dah cukup baik tapi dari dimensi yg lain, ramai sebenarnya yg tak suka kau. sebab? sama ada memang kau salah atau memang sifat manusia suka dengki. jadi yg mana satu kau?

kawan,
kau pernah jatuh tersungkur, pernah sakit. masa tu mungkin takkan berulang lagi tapi kau jangan lupa, siapa yg sibuk sibuk nak gembirakan kau? siapa yg sibuk sibuk nak selesaikan semua masalah kau? KAWAN! adat manusia orang berbudi kita berbahasa. orang dah berjasa kau nak dia binasa?

kawan,
kau kata kita di sini sama rasa, sama tujuan. kau kata juga kita bakal berjaya sama sama. tapi bila di sana kau belot, kau buang semua kenangan, kau hina, kau berpaling demi maruah kau yg hanya tercalit sedikit tu sedangkan kawan kau bermatian matian percaya kau lah kawan sejati. bodohnya manusia sebab selalu kena tipu termasuk kau?

kau pergi beli kamus dewan, cari maksud apa itu kawan dan cuba faham. nescaya kau tak kan pernah faham. sebab? kau bukan seorang kawan........


Mar 25, 2011

20 tahun, cerita baru.


terima kasih mak sebab 20 tahun lepas sudi bertarung nyawa kat hospital sultanah aminah johor bahru untuk lahirkan orang. terima kasih jugak abah sebab masa tu sudi azan kat telinga orang. terima kasih tak terhingga jugak kat kaklong, kak fidah, kak lina sebab terima aku seadanya time tu even aku tahu korang jeles sebab aku anak lelaki first..haha.


genap umur aku 20, tak ada lagi belas belas. kadang kadang aku rasa yg hidup ni cepat sangat berlalu. lebih kurang 2 tahun yg lepas masuk UITM, lebih kurang 3 tahun yg lepas tinggalkan zaman sekolah. hari ini umur dah 20, tahun depan dah 21, entah 4 5 tahun lagi korang dapat tahu yg aku dah kahwin.

syukur alhamdulillah, aku masih hidup.
buat mereka mereka disekeliling aku, terima kasih.


Mar 19, 2011

second stage

alhamdulillah masih lagi dibangunkan dari tidur seperti biasa disamping orang yg tersayang, family tercinta serta rakan taulan.

sebelum tu,maaf if apa yg aku tulis ni buat korang jeles, makan hati, or apa apa yg sewaktu dengannya. wawan memang jiwang.

kalau sebelum ni dia selalu tanya awak sayang saya ke tak, kenapa awak nak saya dan sebagainya, kali ni kami sedang melalui stage yg kedua. stage dimana untuk mendapatkan kepercayaan serta percaya antara satu sama lain. selalu aku pesan, "as long awak percaya saya, awak jujur dengan saya and macam tu la jugak saya, insyallah apa yg kita harapkan, apa yg kita buat sekarang ni tak sia sia".

even kami dah lulus dengan cemerlang stage yg pertama, korang ingat dia akan diamkan diri? tidak sama sekali. akan wujud soalan soalan yg baru yg memang ada kewajaran untuk dia tanya. sebagai contoh:
bila aku cakap nak pergi lunch then selaju yg mungkin akan ada soalan, "lunch dengan siapa. dekat mana?".

dan time bila aku ke library (pergi baca suratkhabar je pon), selaju yg mungkin jugak akan ada text masuk, "pergi library dengan siapa, buat apa?".

bila ke kelas dia akan tanya jugak, " pergi kelas dengan siapa?". so aku akan cakap pergi dengan simpolan bin simpolan. *lately ni dah tak tanya soalan ni sebab dia dah tahu aku akan pergi kelas dengan siapa. tak pon sorang sorang.

seperti sedia maklum uitm baik hati sediakan pasar malam dekat dalam area uitm ni, so bila kelas habis destinasi yg dituju ialah pasar malam. sepantas kilat tett..tett..tett.. "awak pergi pasar dengan siapa?"

dan bila dia tanya, "awak buat apa tu?", aku jawab "tengah on9". cuba teka soalan apa yg dia akan tanya..
"on9 dengan siapa je?".

aku tak pernah meluat dan bosan dengan soalan soalan dia sebab dia berhak tanya dan itu fitrah manusia. bila kita sayang someone, kita akan ambil berat pasal orang tu, dan kalau boleh nak tahu semua. alhamdulillah dia dah kenal mcm mana aku.

"as long kita saling percaya satu sama lain"

*okay from now wan mohamad shaharudin dah ada girlfriend yg sah! :) GIRLFRIEND! sila hapuskan segala perasaan anda terhadap saya sebab saya ada dia.



Mar 18, 2011

Mar 8, 2011

love note untuk comot

Peringatan: jangan baca entry ini kalau anda sedang loya loya or pregnant, bimbang anda akan termuntah serta memudaratkan bayi dalam kandungan.

disebabkan hari tu ada buat satu kesalahan, yakni dah terbuat dia sedih, aku kena denda. sila buat love note untuk 7 hari berturut turut start from 1 march untill 7 march. btw dah siap and dah submit! *blushing sudah..


1 March 2011,
No one has the right to judge us. They might have heard the stories but they didn't feel what you and i felt in our heart. :)
P/s: I see u

2 March 2011,
I'm jealous of every girl that has ever hugged you, because for those two seconds, she held my whole world in her arms. *I’m jealous! :)
P/s: I like U

3 March 2011,
I'm not the one who wants to hurt you, believe me dear. :)
P/s: I want U

4 March 2011,
I'm sure there are many other guys out there better than me. But there’s one thing that separates us apart. Every time I say I love you, it is from the bottom of my heart. ♥ :)
P/s: I need U

5 March 2011,
I love you because when you hold my hand, I'm float. *naik kayangan :)
P/s: I have U

6 March 2011,
I write & write things about you, just so i feel closer to you. :)
P/s: I miss U

7 March 2011,
No matter what it’s always gonna be about you .today, tomorrow, forever! I'll always be with u dear. :)
P/s: I love U

p/s: bila hati dah sayang, suruh la buat love note untuk 30 hari pon tak apa.. peh berlagak!

Mar 5, 2011

tak perlu takut dengan sesuatu yang tak salah

tak perlulah rasanya bercerita dengan semua orang tentang bahagia yg aku rasa, yg dia rasa.
tak perlulah rasanya buat press conference dekat dewan kuliah or dataran keris(uitm melaka) tentang apa yg kami pendam.
tak perlulah rasanya hebahkan pada satu malaysia bahawa kami bukan sekadar kawan biasa.
tak perlulah rasanya show off pada khalayak ramai, berdua sana sini jika memang dah berpunya.

aku bukan menafikan tetapi cukup jika perasaan ini hanya aku yg rasa (hanya di belog ni) dan lebih manis jika tidak ditokok tambah oleh mereka yg bermulut busuk.
aku bukan artis, bukan pujaan ramai. so tolong luputkan aku dari minda kalian.

yang lepas tu biarlah berlalu pergi. pandang depan, fikir tentang hari esok.

no matter what happen, i here with u, to love u.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...