nuffnang ads

Dec 31, 2010

2011


awak sebenarnya tak perlukan saya pon. betul.
saya yg sibuk sibuk nak jaga awak, ambil berat pasal awak.
awak,
saya pun manusia.

~happy new year~


Dec 29, 2010

marry you-bruno mars


it's a beautiful night,
we're looking for something dumb to do,
hey baby,
i think i wanna marry you.


Dec 26, 2010

5 sifat kebodohan diri.

berikut ialah senarai kebodohan aku:

aku paling bodoh sekali tentang meminta minta. tiga semester di lendu tak pernah aku telefon parents semata mata, "mak, nak duit nak beli tu. " abah, duit da habis, tolong bank in." sama sekali tak pernah. biarlah susah sakit kita yg rasa sendiri. nak apa apa usaha sendiri.

aku paling bodoh sekali tentang marah. biar perit mana aku simpan, even dah sah sah kau kutuk aku depan depan mata, aku dungu, diam, senyum seolah tiada apa apa. dan bila aku marah, seumur hidup aku menyesal dengan marah tu tadi. sungguh.

aku paling bodoh sekali tentang memaafkan. macam mana pon salah orang aku senang memaafkan. niat untuk berdendam, tarik muka atau lawan balik memang aku tak pernah amalkan.

aku paling bodoh sekali tentang berkorban. kau tak suka cara aku? aku pergi. kau nak dia? kau ambil. sebab aku tak pernah fikir kebahagiaan diri sendiri, tengok orang sekeliling aku bahagia tu dah cukup.

dan aku paling bodoh sekali tentang mengadu. sedih ni, kecewa ni tak pernah menyusahkan orang lain. tapi mana mana manusia yang pernah aku mengadu, pernah aku luahkan sedikit rasa ini, kalian sangat istimewa.

aku bukan nak mengangkat konon aku lah rasul, aku lah malaikat, aku lah dewa, aku cuma manusia bodoh. cukup bodoh. kalau badan ni lutsinar nescaya kau boleh tengok hati aku, betapa remuk, renyuk, hidup hanya atas ehsan tuhan semata mata.

aku manusia biasa, ada perasaan yg kadang mati disebabkan keadaan.

buruk sebenarnya lelaki kalau menangis


Dec 24, 2010

putus-melda ahmad

aku duduk sendirian di kamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yang lain,
tergamakmu merobek hatiku.

tapi setelah kau pergi aku,
mendapat lebih baik darimu,
dia hargai aku,
dia sayangi aku,
lebih daripadamu,
aku ingin kau tahu betapa aku gembira,
tidak lagi bersamamu,
namun pastinya nanti kau akan sedari,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku.


*btw tak ada siapa tinggalkan siapa. rindu awak. :'(
buruk kan perangai saya?



Dec 22, 2010

harap akan esok

bila adik tinggikan suara dengan mak, cepat aku cantas
"kau dah besar sangat nk lawan ckp orang tua?"

bila mak suruh beli itu ini tapi adik malas, aku tegur
"pergi la kejap bukan jauh pon, jangan jadi pemalas sangat boleh tak?"

bila adik mintak macam macam pada mak, aku jawab
"ye nanti ada duit lebih orang belikan la, cuba bersyukur dengan apa yang ada sekarang, faham?"

dan bila adik buat muka, aku senyum
"kalau kita ni kaya, kita takkan rasa semua ni, esok lusa mungkin hari kita."

bahu aku mula berat
kadang hati tak larat
tapi bila fikit akibat
aku kena kuat


Dec 21, 2010

Dec 19, 2010

awak perlukan saya tak?

entry kali ni dinukil di temani oleh lagu lagu saleem. abah aku borong sekali 3 cd tadi. percaya la yg saleem ni ada pakai hantu sebab tu lagu lagu dia best. tak percaya? tanya bomoh paling handal kat kampung korang tu betul ke tak. ouh lupa kalian semua hidup kat bandar. saleem bukan la cerita aku malam ni, hanya pendahuluan. cikgu bm aku dulu penah cakap kalau nak orang baca karangan kita make sure pendahuluan tu menarik. ye cikgu sy still amalkan petua cikgu tu sampai sekarang even tak ada kena mengena pon dengan cerita nanti.

apa yang aku nk cerita malam ni ialah tentang kenapa aku hidup dekat dunia ni sedangkan berjuta juta sperma lagi yg cuba bersaing. yang ni pulak kata kata aku petik dari cikgu biologi masa belajar bab 4 chapter reproductive dulu. saya ulangi, KENAPA AKU HIDUP DEKAT DUNIA NI.

sebelum keluar dari rahim mak aku lagi tuhan dah bagi sebab yang pertama kenapa aku diberi peluang hidup dekat dunia ni. sebab roh aku dah berjanji untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah dekat bumi Allah ni. tapi bila saat mak kita bersalin syaitan dah tunggu awal awal, dah bersedia nak sesatkan cucu cucu Adam. saat tu jugak lah roh kita tadi tu dah goyah. kesannya tengok manusia manusia sekarang ni, yang haram berdosa tu jugak lah dia nak buat. alhamdulillah dulu abah azan dekat telinga aku dengan penuh rasa kasih sayang.

sebab kedua ialah tuhan tahu aku lah yg bakal bahagiakan kedua ibu bapa aku nanti, aku lah yang akan jaga dorang bila dorang sakit nanti, itu ini aku. besarkan tanggungjwab sebagai seorang anak? tak! nk dibandingkan dengan apa yg mak bapa korang dah korbankan selama ni? tak terbalas. cikgu agama ada ckp imam shafie penah berpesan berbuat baik lah kepada ibubapa even dorang dah tak ada. so kita yang still ada ni buktikan kenapa kita hidup dekat dunia ni. apa? BERBAKTI kepada ibu bapa.

dan kenapa aku still hidup dekat dunia ni ialah sebab orang orang sekeliling memang perlukan aku, ini cerita tentang harapan. harapan yg kalian kalian bagi buat aku terus hidup. kalau mak bapa aku tak perlukan aku dari dulu lagi dorang dah bunuh aku, kalau kakak kakak aku tak perlukan aku dah lama dorang bakar je aku, kalau kawan kawan aku tak perlukan aku dah lama dorang sepak terajang aku. tapi tak!

hidup mati kita atas dasar tanggungjawab dan keperluan, sama lah kalau kita mati maknanya tuhan lagi perlukan kita, dia lagi sayangkan kita :)


Dec 18, 2010

blog wawan bosan

aku tahu blog aku ni bosan. nak something yg gila gila? hardcore? nah ambil ni blog 6belas9. jangan terkejut bila baca entry entry dia yg kontroversi tu.

selamat menambah dosa! haha!


Dec 15, 2010

baik abah

ABAH: walau buruk atau jahat macam mana pon perangai makcik or pakcik kau, kau tetap kena hormat.

AKU: baik abah -__-

*aku dah maafkan apa yang kalian penah buat dekat parent aku. dendam sial ni tak kemana pon kalau simpan.


Dec 13, 2010

jodoh

orang cakap kalau mimpi ular tu maknanya jodoh kita dah nak dekat.dekat sangat ke? yang peliknya selalu je aku mimpi ular, maknanya jodoh aku dah lama dekat cuma tak sampai je lagi. hope esok lusa sampai la ye kesian saya dah lama tunggu :)

muka jodoh aku macam ni la kot, ada iras iras sikit pon tak apa. lesung pipit tu penting! haha!

bila aku search dekat google ni, mimpi ular kebanyakan nya mempunyai maksud yang baik selain jodoh tu. betul la cakap ayahanda selama ni. kadang kadang mimpi ni mainan tidur je tapi kadang kadang juga petunjuk dalam kehidupan kita. nak percaya ke tak, terpulang. okay tu je!

**dia dah mula tegur kenapa aku rajin sangat update blog.



Dec 12, 2010

macam ni pon boleh ke?

AMARAN! entry kali ni MUNGKIN terdapat unsur unsur riak, bongkak dan sebagainya tetapi percayalah penulis tak berniat pun untuk membangga diri. sekadar berkongsi cerita.

disukai oleh "lelaki" atau dalam bahasa org putih 'taste' bukanlah sesuatu yang baru dalam hidup aku, dah 3 sem! mula mula sorang lepas tu dua, tiga dan seterusnya. dulu memang geli geleman bila dengar, naik bulu roma tapi sekarang ni suka hati kau la nak suka ke tak. yg penting mak straight nok!! haha.. so sampai sekarang aku still fikir lagi apa sebab dorang ni taste. mesti ada yang tak kena dengan diri aku ni. antaranya:

1. aku ni handsome ke? yela takkan suka suka hati dia je nak taste, kalau macam tu semua lelaki dia boleh taste. korang tak yah la jawab soalan aku ni, tak dapat hadiah pon, aku just tertanya tanya. nak kata handsome girlfriend pon tak ada. so tang mana yg hangpa dok suka sangat ni?

kalau la muka aku macam paul wesley ni, agaknya makin ramai "lelaki" yg taste agaknya -.-

2. muka aku ni macam perempuan ke? if dorang lelaki mesti naluri untuk bercinta tu kearah kaum yg berlawanan iaitu perempuan tapi aku ni LELAKI! jambu sangat ke muka aku ni? tak cukup jantan lagi ke aku ni? so aku mula fikir sebenarnya siapa yang confused? dorang ke aku?

*saya mungkin tak ada girlfriend tapi seriously i'm taken. PEREMPUAN okay bukan "lelaki" !!!!

Dec 11, 2010

motivasi 1

hari ni aku dapat fikir satu benda yang aku rasa tak semua orang dapat fikir. tak ada la menarik sangat tapi renung renungkan. aku bukan la pakar motivasi or pakar perunding imej ke apa, yg mana baik kau ambil, yg mana buruk kau buang okay?

HADIRKAN KEJAYAAN DALAM SETIAP PERKARA YANG KITA LAKUKAN. maksudnya? bila kita buat apa apa make sure benda tu disudahi dengan kejayaan, lebih kurang macam tu la kot. setuju?

*tak ada mood nak ulas dengan lebih lanjut lagi, sendiri fikir la ye tak kan setiap masa nak kena suap je, kadang kadang kena juga berdikari.




Dec 7, 2010

target

aku ni dah besar rupanya. dah cukup besar untuk fikir pasal masa depan. tahun depan umur wan mohamad shaharudin akan genap 20 tahun, tak ada lagi belas belas so dalam kepala otak ni dah fikir macam macam pasal masa depan. apa kerja yg sesuai untuk aku nanti, rumah jenis apa patut aku beli, patut ke aku pakai proton inspira atau mercedes je, and yang sangat paling penting siapa jodoh aku nanti. oh time tu lisa surihani dah tua, aku takkan tunggu dia lagi. -..-

fikir punya fikir aku dah tetapkan target yg wajib aku capai. umur ni aku kena dapatkan ni, umur ni aku kena dapatkan tu, serius! aku tak nak jadi loser.

study punya study insyallah pada umur 23 tahun aku kena selesaikan semua, tak boleh repeat paper or apa apa jela yg sewaktu dengan nya. MASA memang kejam dia tak pernah kesiankan kita, merayu lah sampai air mata darah sekali pun, yg lepas tetap berlalu. nak reverse balik? kau pergi duduk planet marikh, maybe kat sana boleh.

umur dah 24 kena cepat cepat cari kerja. kalau boleh aku nak buat dua kerja sekaligus, 1 kerja tetap 1 lagi bisnes mayb. susah? okay sekadar nk recall balik, dulu umur 15 tahun lepas pmr aku jadi pak guard dekat kondominium, 12 jam kerja dapatlah rm30, kerja memang senang tercongok macam tunggu durian jatuh. umur 16 tahun masa cuti sekolah tu aku kerja dengan pakcik aku, tercegat kat tengah tengah panas angkat tu angkat ni ketuk tu ketuk ni, kerja apa? buruh binaan! selang berapa hari lepas paper spm habis aku terus cari kerja, kali ni cashier dekat carrefour sampai la sekarang even study aku buat part time. susah lagi ke? melayu jangan lembik sangat boleh tak?

umur 25 dan keatas hidup dah bertambah rumit. so guys jom pasang target dalam hidup kita! yg mana tengah mimpi tu bangun pls. usaha dulu lepas tu baru boleh tawakal.

aku tak sentuh lagi pasal jodoh and apa yg aku nak sumbangkan pada mak bapa. bersambung...........

*okay esok, lusa dan tulat aku kerja! jangan lupa rindu :)


Dec 1, 2010

jujur

baru nk berangan angan macam dalam cerita cerita melayu yg berkisahkan tentang student university or college yg bercinta. pergi kelas sama sama then lunch sama sama dekat cafe. study pon sama sama dekat library. petang lepak dekat tasek tun fatimah tengok sunset. semua yg indah indah. tapi... angan tu mungkin tak kan penah muncul dalam dunia nyata..susah. betul la cinta tak semestinya memiliki, klise sgt ke?

bukan aku tak try, aku try! memang orang selalu ckp susah nak dapat sesuatu yg berharga, or bernilai. kita kena usaha lebih, usaha, usaha, usaha biar lah penat ke, sakit ke, demi nak dapatkan yg satu tu. tak apa aku suka dengan semua tu. aku cuba semua. aku cuba jugak baiki kelemahan aku demi yg satu tu.

bukan bermakna aku give up. tapi percayalah wan mohamad shaharudin ni manusia biasa. bila dibanding bandingkan aku dgn yg lain, aku jadi lemah, ye aku kalah, ye aku tak ada semua tu, ye aku tak perfect. mereka lagi layak. aku apa yg ada? *huh.......
tapi aku tak pernah lupa untuk bersyukur dengan apa adanya aku hari ni.

kalau diberi peluang untuk bersua muka, tatap la dua mata buruk ni dalam dalam. tengok apa ada. keikhlasan atau pembohongan?

jujur, jika kamu masih sayang dia, teruskan dengan niat tu. apa apa yg terbaik untuk kamu, itu jugak la yg terbaik untuk aku. mungkin saat ni aku patut dengar lagu samson~tak bisa memiliki. yg pasti jauh dalam hati ini inginkan kamu.

whether u love me or you dont, life keeps going on. suatu hari nanti pasti bahagia tu milik aku jua. :)

monolog sangat dalam tapi tulus


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...