nuffnang ads

May 15, 2011

kawan jadi kekasih?

orang selalu kata berkawan biarlah berjuta juta tapi berkasih biarlah satu. bukan pasal kekasih yg aku nk tekankan tapi pasal kawan yg boleh terdedah dan berisiko untuk menjadi kekasih kalau tak jaga limit. ramai yg berhadapan dengan situasi macam ni even diri sendiri pon dah alami. kadang kita tak sedar yg cara kita layan kawan kita buat dia tertarik, then mula la luahkan semua dekat blog. bagi mereka yg nak elakkan semua ni dari terus berlaku, tak ada kesudahan, sila habiskan bacaan anda :)


1. normally orang perempuan (bagi yg single) mudah jatuh hati lagi lagi bila kawan lelaki selalu layankan dia, selalu buat lawak dengan, mula la dia tangkap cintan, rasa selesa then bertitik tolak dari tu la mula nk convert daripada kawan ke kekasih. yg tak ok bila kawan lelaki tu dah berpunya, siapa yg sakit? diri sendiri jugak.

2. bagi yg lelaki, sila jaga limit anda. nak melawak ke apa boleh tapi jangan sampai melibatkan perasaan. macam mana? tak perlu rasanya bergurau senda dengan menggunakan perkataan sayang or yg sewaktu denganya. yela perempuan bila kita dah selalu panggil sayang macam tu, nanti dia yg fikir macam2 plak.

3. bagi perempuan yg dah berpunya, boleh berkawan dengan lelaki macam dulu dulu tetapi macam biasa, LIMIT. ini bukan soal bf nk mengongkong atau dikongkong tapi takut, takut bila layanan yg maybe kita rasa biasa je tapi bagi kawan lelaki tu special.

4. sentiasa ingat dalam kepala otak yg dia hanya sekadar kawan, tak boleh lebih dari tu. niat kena penting. kalau tiba tiba terlintas nak lebih dari tu cepat cepat istighfar.

5. kurangkan atau buang terus perkataan2 yg korang rasa boleh buat perasaan cinta tu membuak buak. contohnya "miss u" dan perkataan yg sewaktu dengannya. kalau dah setiap masa "aku rindu kau la" memang makin menjadi jadi la kan.

6. dah tahu kawan kita tu suka kita janganlah still bagi harapan palsu. layan macam biasa tapi pada masa yg sama elakkan untuk berbual pasal cinta dan kemungkinan untuk korang bercinta. yg pelik bila still texting banyak2 even dah tahu semua ni akan buat sendiri makan hati dan pada masa yg sama bagi lagi harapan.

7. yg ni paling afdal la kot, face to face slow talk baik baik. beritahu yg diri dah berpunya dan kalau boleh taknak benda ni jadi penghalang untuk terus berkawan. jujur dengan diri sendiri dan kawan kita tu. daripada terus buat dia tertanya tertanya dan tertunggu tunggu, kejam sangat kan?

bagi situasi dua dua single aku rasa tak ada masalah kot. yg jadi masalah bila salah sorang dah ada someone special. seriously rasa lain bila nak menghadapi kawan yg kita tahu dia suka kita then kita reject cinta dia. tak pon dia yg reject cinta kita. tak gitu? lepas tu mula la nak jauhkan diri, sebab? segan. so kesimpulannya cara layanan tu penting. tak sama macam korang layan bf or gf. selamat mencuba!


4 comments:

  1. I like baca perspektif seorang lelaki.. Awak betul. Tapi serius, walaupun dua-dua single tetap ada risiko untuk transfer dari title kawan kepada kekasih tu. Takut nanti bila sesuatu buruk berlaku dalam hubungan cinta tu kita bukan takat hilang kekasih, kawan baik kita dulu pun kita hilang juga..

    ReplyDelete
  2. susah bila dah bercinta dgn kawan then lepas putus, teruskan dgn berkawan. jarang org boleh hadapi. senang niat bercinta sampai ke jinjang pelamin jela hahaha :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...