nuffnang ads

May 27, 2011

"kita DL sama sama k?".

sepanjang 4 semester aku tak pernah niat dalam hati untuk DL (dean list) walhal orang lain berlumba lumba nakkan DL. kalau dah tak pernah niat korang rasa akan dapat ke? kejayaan bukan datang bergolek macam tu je even orang yg kaya menang nombor ekor pon kena pergi kedai 4D or magnum then beli nombor apa yg dia nk tikam, dia dah niat nak menang. semuanya bermula dengan niat. aku pernah je hampir hampir DL dapat 3.43 tapi tu la maybe sebab niat tak ada, maka tak DL. atas sebab tertentu aku dengan ini berniat untuk DL next sem even ramai cakap part 5 susah. aku kena DL sebab;

1) mak and abah aku tak pernah tahu apa itu makna DL sebab aku tak pernah beritahu dorang.selalunya aku akan cakap result biasa je maintain 3 pointer. tapi next sem aku nk mak aku tahu apa itu makna DL. parents dah hantar kau belajar, dah banyak keluarkan duit tapi kau tak mampu nak bagi parents kau bangga sebab anak dorang dapat anugerah, sijil tanda pengiktirafan.

2) nak merasa macam mana perasaan bergelar seorang pelajar DL, check result then post banyak banyak kat facebook mengatakan yg diri kau DL, canang satu dunia. opps sori, aku takkan buat macam tu, itu riak ye kawan kawan. aku just nak merasa pengalaman tu sendiri.

3) buat pertama kali semester ni my girlfriend DL, mungkin rezeki dia berkat usaha keras. and then she said "next sem kita DL sama sama k?". bukan semua percintaan buat manusia sesat, kadang ia satu motivasi untuk diri kita capai sesuatu yg kita boleh dapat sebenarnya. tiba tiba rasa nak DL tu makin membuak buak bila dia cakap macam tu. btw congrates SAYANG. :)

disebabkan nak DL aku fikir banyak benda, assignment kena berkualiti, test kena score, dah tak boleh main main lagi, kurangkan facebook and blogging maybe. yg penting USAHA kena lebih wan mohamad shaharudin. -.-

**please jangan hangat hangat tahi ayam, cakap tak serupa bikin.

masin mulut abah aku, scotty mccreery menang american idol.


6 comments:

  1. alala, so sweet! heee.
    semoga dapat Dl next sem! :)

    ReplyDelete
  2. insyallah boleh tu. hehe. gud luck

    ReplyDelete
  3. bukan last sem ko ckp kat aku ko nak DL sem ni ke? haha

    ReplyDelete
  4. eh ada ke aku cakap mcm tu? hahaha lupa -.-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...