nuffnang ads

Dec 27, 2011

blog buruk lagi busuk

jenis jenis blog yg sangat annoying bagi pandangan mata seorang lelaki

1) "hari ni kita pergi mandi manda dengan my boyfie kat gunung everest. best sangat sebab kita mandi dari pagi sampai la petang. then malam kita pergi karaoke, lepas tu jalan jalan kat bandar alor gajah yg besar gila tu. esoknya plak kita main blablablalalala............."

seriously aku tak suka baca blog atau entry yg berunsurkan penceritaan kanak kanak tadika macam contoh dekat atas ni, tak tahu la rasa macam meluat sangat sebab aku dapat nothing bila baca cerita kau. motif la semua tempat kau pergi kau nak cerita dekat orang. cuba kau buat survey, tanya followers kau yg berjuta juta, dorang baca tak cerita kanak kanak kau tu?

2) CONTEST TAK KENAL MAKA TAK CINTA
ANJURAN ABANG BON ASHURA
CARA NAK JOIN? PROMOTE BLOG BLOG LAIN YG ANDA
RASA BAGUS TAPI HAKIKATNYA TAK

maaf sebab post kali ni agak sentimental tapi tu la hakikatnya, aku tak suka blog yg nak ber'contest2' bagai ni. untuk apa? nak promote blog? nak dapatkan 6 juta followers? atau sekadar nak tunjuk badan gedang kau tu?


3) aku akui banyak informasi yg berguna kita boleh dapat bila berblogging, yg kadang kadang kita boleh percaya kesahihan sesuatu cerita tu tapi tak sepenuhnya. yg menjadi persoalan sekarang ialah, isu yg dah 3 4 hari lepas keluar kau nak ulas dekat blog kau lg. dalam hati berbisik "apa motif dia ni nak share benda sama je".

**aku tahu aku pon amatur dalam dunia blogger ni tapi sudah sudah la mengharapkan blog kau tu terpilih or apa apa yg sewaktu dengannya. fokus pada matlamat kita untuk berblogging. maaf pada yg terasa. agak sentimental setelah berabad tak update kat sini.

to be continue (tetiba meluat)



badan saya tak segedang badan awak, muka saya tak se'gay' awak. saya taknak jadi blogger yg ada 20 ribu followers pon

Nov 26, 2011

376 shop

kepada followers blog aku jom like 376 shop reramai, kebetulan part 6 hanya ada 1 kelas seminggu so aku decide buat bisnes online.
siapa berminat boleh view page tu. support rakan2 blogger.
aku jual tshirt guess, evisu, superdry, ax, calvin klein. kualiti dijamin yg terbaik.
ni antara contoh baju.






Sep 28, 2011

sebab kenapa anda selalu kena remove.


try imagine yang korang tengah on9 facebook and then tiba tiba teringat salah sorg kawan korang, so dengan sepantas kilat buka wall kawan berkenaan tapi malangnya dah 'unfriend', dalam erti kata lain dia dah remove korang. agak agak apa yang bermain dekat kepala otak anda semua? hujan tak ribut tak tetiba dah kena remove. jangan cepat melatah, maybe ni antara sebab sebah dia remove kau:

1) kawan kau tu meluat dengan status status kau yang boleh dikategorikan sebagai ANNOYING tahap melampau. boleh jadi annoying dengan status kau yang menunjuk nunjuk, tak pon status yang feeling2 kau lah malaikat dan sebagainya. **lain orang lain jenis annoying dia, sila ambil perhatian.

2) kawan kau memang dah lama tak puas hati dengan kau, memang rasa tak puas hati yang membuak buak macam nak shoot je muka kau tapi disebabkan taknak masuk penjara, dia remove kau. nyah kau hantu jahat!

3) kawan kau tak suka boyfriend or girlfriend kau so dengan kau sekali dia remove. kira mangsa keadaan la ni?

4) kawan kau tu tak pernah rasa kewujudan kau dalam hidup dia, (maksud aku dalam hidup facebook dia la) tak pernah bertegur siapa di samping bongkak. daripada dia bagi kau stalker gambar gambar dia baik dia remove kau cepat cepat.

5) anda seorang yang tak supportive serta suka menjatuhkan orang. komen komen kau semua macam nak cari gaduh je sebagai contoh bila kawan kau update status "happy nya hari ni mama i belikan i blackberry", n then tiba tiba kau komen "KESAH?". tak ke kurang ajar di situ. kau patut komen macam ni "mintak no pin boleh?" even kau takde blackberry..hahahaha.. **gelak gelak jugak, siyes ni -,-"

6) kawan kau ada hati dekat kau tapi malangnya hati kau dah berpunya. daripada dia terus makan hati melihat status manja serta gambar kau bersama girlfriend or boyfriend kau baik dia remove awal awal. tak gitu?

renung renungkan dan selamat me'remove' dan di'remove'.

Sep 25, 2011

hai awak!

tak perlu cakap banyak, jerit sana sini. dia ni jiwa aku.
datanglah rozita che wan, neelofa, maya karin sekalipun aku taknak.

"pause" tapi kalau lisa surihani macam mana? takkan nak tolak kot. -,-"
juz kidding syg, taknak pon lisa surihani tu.






Sep 8, 2011

HAVING A COKE WITH YOU

is even more fun than going to San Sebastian, IrĂșn, Hendaye, Biarritz, Bayonne
or being sick to my stomach on the Travesera de Gracia in Barcelona
partly because in your orange shirt you look like a better happier St. Sebastian
partly because of my love for you, partly because of your love for yoghurt
partly because of the fluorescent orange tulips around the birches
partly because of the secrecy our smiles take on before people and statuary
it is hard to believe when I'm with you that there can be anything as still
as solemn as unpleasantly definitive as statuary when right in front of it
in the warm New York 4 o'clock light we are drifting back and forth
between each other like a tree breathing through its spectacles

and the portrait show seems to have no faces in it at all, just paint
you suddenly wonder why in the world anyone ever did them

I look
at you and I would rather look at you than all the portraits in the world
except possibly for the Polish Rider occasionally and anyway it's in the Frick
which thank heavens you haven't gone to yet so we can go together the first time
and the fact that you move so beautifully more or less takes care of Futurism
just as at home I never think of the Nude Descending a Staircase or
at a rehearsal a single drawing of Leonardo or Michelangelo that used to wow me
and what good does all the research of the Impressionists do them
when they never got the right person to stand near the tree when the sun sank
or for that matter Marino Marini when he didn't pick the rider as carefully
as the horse

it seems they were all cheated of some marvelous experience
which is not going to go wasted on me which is why I am telling you about it

—Frank O'Hara

Jul 31, 2011

miskin.




satu masa kau akan rasa kasih sayang semata mata tak cukup untuk bahagiakan seorang wanita



Jul 29, 2011

saya.

dulu saya ada kawan, macam orang lain ada kawan. saya kenal kawan saya tu dekat sekolah. kebetulan rumah kawan saya dekat dengan rumah saya. dia baik sebab tu saya suka berkawan dengan dia. dia selalu tolong saya buat homework. saya selalu pergi mana mana dengan kawan saya, buat apa apa kerja dengan kawan saya. makin lama saya makin suka berkawan dengan kawan saya.

bila saya susah, kawan saya selalu tolong saya macam tu jugak bila dia susah. makin lama saya dengan kawan saya makin rapat. saya kenal kawan saya lama sangat sangat sejak saya masuk sekolah tu lagi. saya tak ada kawan lain yang rapat macam saya kawan dengan dia.

satu hari saya kena pindah jauh dari kawan saya. saya memang tak nak pindah tapi saya dah kena halau dengan tuan rumah. hari tu saya terpaksa pindah rumah. saya sedih tapi saya terpaksa. sejak saya pindah rumah, saya pergi sekolah sorang sorang. saya balik sekolah sorang sorang. saya dah tak boleh jalan dengan kawan saya lagi

kadang kadang saya ada jumpa kawan saya dekat sekolah tapi dah tak selalu macam dulu. makin lama kawan saya macam dah tak nak kawan dengan saya. saya tahu kawan saya dah mula benci saya. saya tak tahu apa salah saya. saya sikit pon tak pernah benci kawan saya, saya ikhlas kawan dengan dia.

tapi tak apa, mungkin saya ni jahat,bodoh sebab tu orang dah tak suka kawan dengan saya. saya nak belajar pandai pandai sebab saya tak nak hilang kawan lagi. :)

mak cakap bukan selamanya kita akan dekat dengan orang yang kita sayang, satu hari nanti dia akan pergi.

Jul 16, 2011

bila lelaki beli barang untuk perempuan, ini lah jadi..

sangat puas hati bila mampu beli satu handbag berjenama guess untuk perempuan yg bergelar kekasih.
BUKAN sekadar gambar hiasan, memang handbag kaler biru ni lah aku beli untuk dia, sebijik semua sama. nantikan kemunculannya di Lendu!

*lawa tak? sorry tak pandai pilih :(



Jul 10, 2011

11 march

aku memang loser sebab aku mampu ingat segala macam moment yg melibatkaan dia walhal masa tu aku bukan siapa siapa bagi dia. aku still ingat, masa tu ada event fakulti dan secara tak sengaja kami satu group. tapi aku sedar aku bukan siapa siapa hanya sekadar mampu perhatikan semua gerak geri dia.

selang berapa bulan, sekali lagi kami ditemukan dalam satu event. waktu tu selesai event dan kami berjalan pulang ke blok, dia hanya selang beberapa langkah belakang aku. sekali lagi aku loser sebab mampu ingat benda remeh macam tu.

mengetahui dia terpaksa hadapi segala macam rintangan yg aku rasa tak adil bagi dia buat aku ingin dekat. bukan aku tak perasan yg dia banyak berubah disebabkan tekanan tu, tapi aku cuma perhatikan dari jauh. niat dalam hati ingin dekat tapi mungkin belum masanya.

banyak lagi moment yg aku rasa dia takkan pernah terfikir yg aku ingat semua perkara tu. bila aku cerita semua tu dia terkejut.

"kenapa awak boleh ingat semua tu?"

hari tu, november 2010, aku beranikan diri untuk bertegur. hubungan yg asalnya bermula dengan kawan akhirnya berjaya diubah ke satu tahap yg aku cukup cukup nantikan. bayangkan bila sesuatu yg kita nak dari dulu lagi jadi kenyataan. aku akan pastikan semuanya indah :)

kadang manusia tak sedar yg jodoh mereka betul betul dekat dan ada depan mata.

*happy birthday sayang :)
*esok 11 july 2011, 4 bulan kita bersama, love u :)

Jun 11, 2011

diari 1

selalu aku kesal sebab aku manusia yg paling tak sempurna atas bumi ni, aku tahu dia mahu segala macam perkara seperti perempuan lain tapi susah untuk aku dapatkan semua tu sebab aku manusia paling tak sempuna. aku cuba tapi aku tak ada keupayaan macam orang lain. dan bila dia dah dapatkan apa yg dia nak, aku kena fikir positif, mungkin aku tak mampu hadirkan semua tu tapi sekurang kurangnya ada yg mampu gembirakan dia :)

aku kena gembira dengan apa yg dia dapat dari orang lain, sebab aku tak mampu.

duit ptptn dah masuk

Jun 5, 2011

bau

sejarah diri aku memang tak suka pakai bedak sejak azali lagi, maybe tak pakai bedak nampak lagi maskulin kot. tapi since kenal sorang perempuan ni, dah tak berapa maskulin. bedak yg dulu benci sekarang sayang.

semalam dia bagi bedak grovvy grapeberry botol besar (teka la sendiri brand apa) . sebab kelmarin aku mengadu bedak before ni dah nak habis .gigih la dia pergi guardian beli yg baru. apa yg specialnya? bau kami sama! sebab kami SATU :)


May 30, 2011

huh

blog ni akan bertambah bosan dan jarang update sebab saya dah masuk semester baru. dengan lafaz bismillah saya melancarkan misi untuk mencapai DL bagi semester 5 ni. sekian terima kasih.

*sangat tension memikirkan rumah sewa yg tak kunjung tiba, dah tanya ramai orang semua full. rasa tension mcm nak makan kfc banyak2, biar gemok. huh, dah lama tak mengeluh :(

May 27, 2011

"kita DL sama sama k?".

sepanjang 4 semester aku tak pernah niat dalam hati untuk DL (dean list) walhal orang lain berlumba lumba nakkan DL. kalau dah tak pernah niat korang rasa akan dapat ke? kejayaan bukan datang bergolek macam tu je even orang yg kaya menang nombor ekor pon kena pergi kedai 4D or magnum then beli nombor apa yg dia nk tikam, dia dah niat nak menang. semuanya bermula dengan niat. aku pernah je hampir hampir DL dapat 3.43 tapi tu la maybe sebab niat tak ada, maka tak DL. atas sebab tertentu aku dengan ini berniat untuk DL next sem even ramai cakap part 5 susah. aku kena DL sebab;

1) mak and abah aku tak pernah tahu apa itu makna DL sebab aku tak pernah beritahu dorang.selalunya aku akan cakap result biasa je maintain 3 pointer. tapi next sem aku nk mak aku tahu apa itu makna DL. parents dah hantar kau belajar, dah banyak keluarkan duit tapi kau tak mampu nak bagi parents kau bangga sebab anak dorang dapat anugerah, sijil tanda pengiktirafan.

2) nak merasa macam mana perasaan bergelar seorang pelajar DL, check result then post banyak banyak kat facebook mengatakan yg diri kau DL, canang satu dunia. opps sori, aku takkan buat macam tu, itu riak ye kawan kawan. aku just nak merasa pengalaman tu sendiri.

3) buat pertama kali semester ni my girlfriend DL, mungkin rezeki dia berkat usaha keras. and then she said "next sem kita DL sama sama k?". bukan semua percintaan buat manusia sesat, kadang ia satu motivasi untuk diri kita capai sesuatu yg kita boleh dapat sebenarnya. tiba tiba rasa nak DL tu makin membuak buak bila dia cakap macam tu. btw congrates SAYANG. :)

disebabkan nak DL aku fikir banyak benda, assignment kena berkualiti, test kena score, dah tak boleh main main lagi, kurangkan facebook and blogging maybe. yg penting USAHA kena lebih wan mohamad shaharudin. -.-

**please jangan hangat hangat tahi ayam, cakap tak serupa bikin.

masin mulut abah aku, scotty mccreery menang american idol.


May 24, 2011

dah dapat lupa.

post ni maybe more to lelaki la kot, tapi perempuan pun boleh baca, tiada diskriminasi :) tentang apa yg patut lelaki ingat bila dah ada girlfriend sebab lelaki selalu lupa benda benda ni.

PELUANG: semua orang layak untuk dapat peluang dalam hidup masing masing tak kira apa jenis peluang. normally bila lelaki suka or minat perempuan dia akan mintak peluang dari perempuan tu. peluang yg kadang bagi perempuan tak layak pun sebenarnya lelaki tu dapat tapi disebabkan kesungguhan si lelaki maka si perempuan cuba untuk menanggung risiko dengan berkata 'YA'. dengan harapan peluang yg dia bagi dimanfaatkan oleh lelaki sebaik mungkin sebab si perempuan dah mula mempertaruhkan separuh daripada jiwa dia. semuanya bermula dengan peluang. kan?

BUKTI: dalam kes mahkamah bukti sangat penting untuk tentukan bagaimana perjalanan dan keputusan sesebuah kes sebab tanpa bukti yg bersalah boleh lepas dan yg tak bersalah jadi mangsa. sama dengan cinta, bila perempuan dah bagi peluang means dia mengharap pulak untuk lelaki tu buktikan something. something yg dia rasa patut dia dapat selepas peluang yg dia bagi. kadang time ni lelaki lupa tentang bukti sebab dia dah dapat perempuan yg dia nak,dia perasan yg perempuan akan stick dengan dia sampai bila bila dan bukti yg dia bagi just ala kadar. time ni jugakla perempuan mula rasa peluang yg dia bagi dulu salah.

kecewa tak bila bukti yg kita harapkan tak seindah peluang yg kita bagi?

ingat balik tanpa peluang yg perempuan bagi tak mungkin lelaki dapat buktikan sesuatu. just nak ingatkan balik yg mana dah lupa tu termasuk diri sendiri. terima kaseh ex's girlfriend tak kira la ex masa tadika ke or masa sekolah rendah sebab anda semua dah matangkan aku, tanpa anda semua tak mungkin aku jadi wawan yg hari ni.sebab kita belajar dari pengalaman :)

**i miss my girlfriend. not ex's

aduh saleha


May 22, 2011

belajar ikut kemampuan otak

berkenalan dengan orang yg tak berapa nak betul(gila rasanya) bagi aku satu pengalaman yg tak boleh beli dengan duit. pagi tu abah ajak follow dia pergi kerja, tak perlulah tahu kerja apa yg penting halal tak menyusahkan orang. memang niat aku nak tolong abah so maybe tuhan nak aku dapat something selain just tolong abah, aku dapat something yg boleh dipanggil ilmu dari someone yg kita tak pernah pandang pon.

so aku berbual dengan dia in english sebab dia chinese. ye dia gila tapi aku kagum dengan apa yg dia cerita and based on cerita cerita dia, aku dapat tahu yg dia ni dulu pandai belajar sampai masuk universiti tapi atas sebab sebab tertentu jadi gila. mak dia pon cakap macam tu. imagine lah sendiri macam mana aktiviti orang gila, tak reti dok diam, berjalan ulang alik mulut macam tengah bercakap. bila dia tahu aku boleh speaking, setiap masa follow aku, MATI LA. umur? 50!

tapi satu je. korang pernah aspect orang gila bercakap pasal kimia, biologi, and agama semua tu? dia bercerita pasal atom, neutron dan perkara yg sewaktu denganya, lepas tu bercerita pasal chromosome, and secara tak langsung refresh balik apa yg aku dah belajar dulu masa sekolah. lagi satu benda, improve english aku yg tunggang langgang ni.

tapi paling banyak dia bercerita pasal agama. dia boleh bercerita pasal Nabi Muhammad s.a.w, pasal kaabah, pasal Mekah semua tu. time tu aku la mula kagum dengan dia tapi pada masa yg sama otak ni still fikir kenapa dia jadi macam ni. bila masuk pasal politik dia cakap sekarang perdana menteri malaysia ialah anuar ibrahim, dia cakap tun abdullah slow sebab tu selalu kena tindas. najib plak dia tak kenal.

dah tu sempat lagi bagi motivasi, dia siap cakap dalam hidup ni kita yg tentukan hidup kita, tuhan hanya tentukan takdir kita yg selebihnya kita yg kena usaha sendiri. so aku nak cakap apa lagi? dia tambah lagi, kita kena sayang diri kita dulu baru boleh sayang orang lain.

abah cakap yg dia ni maybe gila sebab masa dia belajar ilmu agama (buddha) dulu dia tak ada guru or someone yg boleh ajar dia. mungkin jugak otak dia tak dapat terima ilmu yg dia belajar sebab tu jadi macam ni. kadang kadang kesian tapi nak buat macam mana dah ini takdir hidup dia. orang ada cakap belajar tanpa guru ibarat belajar dengan syaitan.

**semua ni kisah benar yg aku lalui sendiri selama 2 hari. actually banyak lagi cerita dia tapi tak patut aku tulis semua nanti korang bosan. moral of the story, belajarlah ikut kemampuan otak kita.


May 17, 2011

tak pernah benci.

cuba ingat balik before korang ada gf/bf yg sekarang ni, mesti dulu dulu dah pernah ada kan?tak kesah la penah bercinta 16 kali ke sebelum ni tapi apa apa pon dorang semua tu still bergelar ex's jugak. biasa lah maybe tak ada jodoh dengan yg dulu dulu tu, yela umur 13 tahun dah bercinta memang tak tahu apa la kan, apa makna "sayang" pun tak tahu, main cakap je time tu. dulu masa bercinta bukan main lagi sayang tapi bila clash wajar ke untuk membenci satu sama lain? so antara sebab anda tak patut benci ex anda:

1. jangan penah lupa yg dulu dia lah orang yg paling ambil berat tentang kita, kalau boleh semua benda nak korbankan untuk kita. dia jugaklah yg selalu melayan kerenah kita yg kadang kadang tak masuk akal.

2. manusia berubah. kena terima benda ni sebab manusia punya perasaan yg boleh berubah ubah mengikut keadaan. kalau dulu dia janji nak sehidup sehati tapi alih alih dia ada orang lain means dia dah berubah. bercinta lah dengan tiang lampu kalau nak kekal macam tu sampai bila bila.

3. sampai bila nak benci sesama sendiri? bayangkan tiba tiba terjumpa dekat pasar malam or yg sewaktu denganya then mula tarik muka, dalam hati tak payah cakap la dok sumpah seranah. cuba kalau rasa benci tu tak ada, terserempak je senyum, kan dah dapat pahala sebab senyum tu sedekah.

4. sebab ex kau tu dah membuktikan dia bukanlah yg terbaik untuk diri kau, secara tak langsung dia bagi peluang untuk kau cari someone yg lagi better, yg lagi ok daripada dia. normally tuhan akan temukan kita dengan orang yg salah dulu then baru yg betul sebab Dia nak kita belajar dari kesilapan dan pengalaman.


**tapi bagi ex yg memang sengaja jahat, selalu sakitkan diri kita, yela saja nak tengok diri ni sengsara, aku sarankan potong je 14 then bagi je anjing ni makan.


May 15, 2011

kawan jadi kekasih?

orang selalu kata berkawan biarlah berjuta juta tapi berkasih biarlah satu. bukan pasal kekasih yg aku nk tekankan tapi pasal kawan yg boleh terdedah dan berisiko untuk menjadi kekasih kalau tak jaga limit. ramai yg berhadapan dengan situasi macam ni even diri sendiri pon dah alami. kadang kita tak sedar yg cara kita layan kawan kita buat dia tertarik, then mula la luahkan semua dekat blog. bagi mereka yg nak elakkan semua ni dari terus berlaku, tak ada kesudahan, sila habiskan bacaan anda :)


1. normally orang perempuan (bagi yg single) mudah jatuh hati lagi lagi bila kawan lelaki selalu layankan dia, selalu buat lawak dengan, mula la dia tangkap cintan, rasa selesa then bertitik tolak dari tu la mula nk convert daripada kawan ke kekasih. yg tak ok bila kawan lelaki tu dah berpunya, siapa yg sakit? diri sendiri jugak.

2. bagi yg lelaki, sila jaga limit anda. nak melawak ke apa boleh tapi jangan sampai melibatkan perasaan. macam mana? tak perlu rasanya bergurau senda dengan menggunakan perkataan sayang or yg sewaktu denganya. yela perempuan bila kita dah selalu panggil sayang macam tu, nanti dia yg fikir macam2 plak.

3. bagi perempuan yg dah berpunya, boleh berkawan dengan lelaki macam dulu dulu tetapi macam biasa, LIMIT. ini bukan soal bf nk mengongkong atau dikongkong tapi takut, takut bila layanan yg maybe kita rasa biasa je tapi bagi kawan lelaki tu special.

4. sentiasa ingat dalam kepala otak yg dia hanya sekadar kawan, tak boleh lebih dari tu. niat kena penting. kalau tiba tiba terlintas nak lebih dari tu cepat cepat istighfar.

5. kurangkan atau buang terus perkataan2 yg korang rasa boleh buat perasaan cinta tu membuak buak. contohnya "miss u" dan perkataan yg sewaktu dengannya. kalau dah setiap masa "aku rindu kau la" memang makin menjadi jadi la kan.

6. dah tahu kawan kita tu suka kita janganlah still bagi harapan palsu. layan macam biasa tapi pada masa yg sama elakkan untuk berbual pasal cinta dan kemungkinan untuk korang bercinta. yg pelik bila still texting banyak2 even dah tahu semua ni akan buat sendiri makan hati dan pada masa yg sama bagi lagi harapan.

7. yg ni paling afdal la kot, face to face slow talk baik baik. beritahu yg diri dah berpunya dan kalau boleh taknak benda ni jadi penghalang untuk terus berkawan. jujur dengan diri sendiri dan kawan kita tu. daripada terus buat dia tertanya tertanya dan tertunggu tunggu, kejam sangat kan?

bagi situasi dua dua single aku rasa tak ada masalah kot. yg jadi masalah bila salah sorang dah ada someone special. seriously rasa lain bila nak menghadapi kawan yg kita tahu dia suka kita then kita reject cinta dia. tak pon dia yg reject cinta kita. tak gitu? lepas tu mula la nak jauhkan diri, sebab? segan. so kesimpulannya cara layanan tu penting. tak sama macam korang layan bf or gf. selamat mencuba!


May 11, 2011

6 dalam 1

sepanjang final exam hari tu aku puasa lebih kurang 10 jugak . banyak sebab sebenarnya aku puasa, cuba kau google kebaikan kebaikan berpuasa even bukan bulan puasa. banyak kan? benda ni lebih kurang macam sembahyang jugak, nombor 1 wajib then dia ada kebaikan kebaikan dia yg lain mcm untuk bersihkan diri, baik utk kesihatan dan lain lain. so bila bila fikir balik banyak manfaat kalau aku puasa.antaranya:

1. ofcos la untuk kutip pahala pahala yg mana tahu boleh tolong aku nak masuk syurga nanti, melainkan kau dah tahu kau memang confirm masuk syurga. even yg wajib tunggang terbalik tapi at least ada jugak effort untuk kutip pahala sunat ni. ok la kan dari tak ada langsung?

2. bagus untuk ingatan terutamanya untuk yg tengah final, nak menghafal tu senang gila, benda ni aku akui berkesan. tak percaya nanti kau try sendiri.

3. seperti biasa hujung semester duit pun dah kering, disebabkan malas nak menyusahkan ibu bapa serta kaum keluarga, jadi puasa la. betul betul saving sebab makan sekali sehari. yg sebenarnya tak mati pon makan sekali sehari je.

4. perut pun dah membesar so sesuai sangat la kalau aku berpuasa. sumpah rasa kurus sebab dalam pukul 5 or 6 petang sebelum berbuka aku akan tengok perut, peh kempis. 2 pack! (bukan six)

5. yg ni paling ketara sekali, dapat mengawal nafsu. hadis pon ada beritahu dengan berpuasa dapat mengawal segala macam nafsu so macam tu jugak la aku. tak ada rasa nak marah marah rileks je sepanjang hari. hati pun rasa tenang je.

bila mak aku tahu je aku puasa dia dah menggelabah dah ingat aku tak ada duit ke apa, ada mak tapi nak saving. so peringatan untuk diri sendiri, duit ptptn gunakan lah dengan sewajarnya, rancang kewangan anda. btw ada hikmah semua ni jadi.

**opss! nombor 6, teman orang yg tersayang berbuka. :)



May 9, 2011

terima kasih saya tahu saya femes.

tetiba rasa nak blogwalking then nak dijadikan cerita terjumpa blog blog ni, apa yg menarik? dorang copy ayat aku! ok jangan cepat melatah. actually aku penah kenal n sangat kenal orang yg copy paste ayat aku ni. tapi takpela, chill sudah. (click image untuk besarkan)

blog 1: tak baik aibkan orang so aku dah blurkan nama blog dia, btw nice blog! keep it up!

blog 2: yg ni plak aku dah cut gambar2 dorang, nama pon dah bagi blur. nice blog too!

kau mampu orang copy paste ayat kau then letak dekat blog dia? TAK MAMPU! simple, bila orang buat macam ni means ayat kau tu not bad la.



May 8, 2011

tak ada benda yg kekal

Menyedari diri dah gemuk adalah satu perkara yg sangat menakutkan. Entah kenapa lately ni banyak sgt benda yg tetiba baru nak sedar, maybe sebab terperap je dekat rumah macam anak dara yg dalam proses nak putihkan kembali kulit. Dalam dunia ni tak ada benda yang kekal, manusia pun berubah, so biasa la tu kalau dulu kurus tetiba gemuk, dulu handsome sekarang tetiba macho. tettt!

so gambar dekat agak latest la jugak, yg biasa korang tengok hari hari dekat lendu, bagi yg dah lama tak tengok, inilah wan mohamad shaharudin. see, tak nak gemuk plak kan? dalam proses membina six pack tapi tinggal harapan jela bila dah cuti sem, makan makan makan dan makan.

ini sebelum masuk uitm, lebih kurang 2 tahun lepas. time ni berat aroud 60 la kot but now? rahsia kerajaan. orang selalu cakap badan makin berisi sebab bahagia la konon tapi baru je dua bulan aku bahagia so? tak ada benda yg kekal dalam dunia ni.

kadang kadang aku keliru bila ada yg cakap "kau makin gemuk la", lepas tu ada yg tambah "kau makin taff", "kau kurus la", "kau tak gemuk pun,biasa biasa je". yang mana satu sebenarnya ni? tolong comment sikit!

*BELOG BURUK LAGI USANG HANYA ADA JIWA *tak sangka ada orang guna aku punya ayat then letak kat header blog dia. terima kasih saya tahu saya femes.

kata orang melayu..

kenapa selalunya dalam movie or drama melayu, bila tak puas hati dengan someone tu mesti pergi jumpa bomoh then mintak tok bomoh jampi, hantar setan? even kau duduk kat bandar sekali pun tapi still gigih pergi cari bomoh dekat kampung. kalau bomoh tu tinggal dekat bulgaria pun dorang still pergi cari kan? yela dengki punya pasal sanggup buat apa saja, eh kita kan orang melayu so memang basic la dengki dengki ni. dah jadi macam darah daging kot.

pengarah yg buat cerita ada unsur unsur bomoh ni bukan dorang pakai tangkap muat je, dorang buat based on realiti sebenar orang melayu yg tak boleh terima hakikat bila kalah or tak dapat something yg dia nak. aku tak tahu la apa yg mak dorang bagi makan masa kecik dulu sampai sanggup nak bomoh bomoh orang, sanggup tengok orang menderita.

sakit kot kena cucuk cucuk macam ni

dengan kes buang bayi yg tak penah settle, kes rogol yg makin hari makin banyak, isu sosial libatkan remajanya lagi, cukup cukup la berbomoh bomoh. biar datuk nenek kita dulu dulu je amalkan semua ni tak payah bawak ke zaman moden. banyak cara lagi nak berjaya or nak dapatkan something yg kita nak.

sesama melayu pun nak dengki dengki ke? eh, kata orang melayu. basic la.

**tadi sempat luangkan masa tengok cekerama dekat tv3, ada satu scene tok bomoh sedang melayan customer dia. tok bomoh tu tanye, "kau dah bersedia nak tanggung dosa untuk perbuatan kau ni?" si customer lantas menjawab, "ye saya sedia tanggung tok!" apa motif tok bomoh tu tanye macam tu? dia bodoh ke bangang yg dia berdosa jugak sebab dah tolong orang buat jahat. moral of the story: penulis skrip tu tolong la cerdik sikit.


May 7, 2011

biaq pi la..

menyedari diri sendiri sudah berpunya adalah satu perkara yg sukar untuk percaya. benda ni datang tiba tiba, kadang kadang tengah makan nasi dengan tomyam time tu jugak boleh terfikir, "aku dah ade girlfriend rupanya". tak cukup dengan tu, ni tengah bawak bola ni tinggal nak score je tapi tiba tiba pause "aku dah ada girlfriend". so any idea?

im ur M.I.C.A. rite? :)

kadang otak ni terfikir, over sangat ke aku ni? peduli la apa orang nak kata as long tak salah, bapak aku pun tak pernah marah. biaq pi la orang nak kata apa.

*a short post but take a long time to finish. imy.

May 5, 2011

saya bukan gay, saya okay

sekarang ni sibuk kes video seks anuar, kes liwat si saiful pun tak settle lagi. cuba fikir logik akal, kenapa lepas kes liwat timbul kes video seks? sebab dia nak buktikan yang dia tu straight. see, ni semua mainan politik, budak budak apa tahu..

masalah sekarang ialah bukan pasal anuar, bukan juga saiful. tapi lelaki yg secara zahirnya straight, kat mata orang wah kacaknya kau, macho gila sial, siap ada awek cun melecun tapi hakikat yg orang tak tahu kau bengkok.aku just imagine macam mana la respon girlfriend mereka yg tak berapa nk straight ni bila tahu badan yg dia peluk tu dikongsi oleh LELAKI lain.

kejap, kes macam ni boleh diklasifikasikan sebagai curang ke? kalau pencegah maksiat datang ketuk pintu bilik hotel then kat dalam tu ada dua orang lelaki je, tak kena tangkap kan? tak kena tangkap sebab pada zahir semuanya okay, tak ada orang nampak. *bodoh, buat apa sewa hotel, kat rumah pon boleh, kata sama jantina.

ni boyfriend kau?

SEKALI LAGI DIINGATKAN NI CERITA LELAKI STRAIGHT YG ADA GIRLFRIEND TAPI PADA MASA YG LAYAN LELAKI, GAY KOT. TAK ADA KENA MENGENA DENGAN PONDAN, NYAH OR SEBAGAINYA. *takut misunderstanding..

"ala rileks la bro bukan haram pun lelaki dengan lelaki sentuh sentuh, sama jantina apa." memang la tak haram tapi kalau dah pegang tu pegang ni, berbalas lovebites, tu kira tak ada apa apa? tak nak cakap pasal halal haram? okay ketepikan.. yg penting tak kesian ke kat girlfriend kau tu.

hanya jauhari yang mengenal manikam. jangan judge buku based on kulit dia. kepada perempuan perempuan kat luar sana, nak cari boyfriend bukak mata luas luas melainkan korang SUDI berkongsi kasih dengan partner GAY boyfriend kau tu. macam mana nak detect gay ke tak? tunggu next post..

sekali lagi,
saya bukan gay, saya okay.


Apr 22, 2011

kesian kau.

jangan view blog ini kalau kau just nak kutuk kutuk. kadang2 kesian tapi nak buat macam mana kau pun manusia, tak sempurna. tapi satu je, memang la kita tak sempurna tapi simpan2 lah bodoh tu buat apa tunjuk dekat orang.

budi bahasa budaya kita
kalau berani tunjuk la muka.

kesian, kesian, kesian....betul betul simpati ni.


Apr 16, 2011

no trust no love

aku tak persoalkan segala macam benda yg rutin bagi dia sebab aku percaya,
aku percaya dia sudah cukup matang untuk menilai yg mana baik untuk dirinya.

aku pertaruhkan semua hati, jiwa, perasaan atas dasar kepercayaan,
aku percaya dia juga seperti perempuan lain, impikan hanya seorang lelaki yg mutlak miliknya.

aku biarkan dia ketawa seharian sebab aku selalu percaya,
aku percaya dia berhak untuk selalu gembira selepas banyak rintangan yg terpaksa dia lalui.

aku yakinkan dia tentang apa yg sedang dan bakal kita lalui sebab aku sangat percaya,
aku percaya dia faham betapa aku tak pernah berniat buruk dalam hubungan ini.

aku pekakkan telinga bila ada yg bercerita itu ini tentang dia sebab aku percaya dia,
aku percaya dia seperti yg aku kenal, bukan dari mereka yg kenal hanya pada nama.

aku benarkan dia pasang angan tentang masa depan kami sebab aku percaya,
aku percaya dia untuk aku.


Apr 8, 2011

sebab kenapa anda tak perlu single.

hari ini hari yg paling lembab sekali dalam dunia, masa seolah tak nak bergerak. menunggu sesuatu yg tak kunjung tiba membuatkan otak jadi dungu, semua benda tak kena. satu benda buat aku terfikir.

kenapa kalau sebelum kau boleh survive hidup sorang sorang, bangun pukul berapa tak ada yg kesah, dah makan ke belum orang tak kesah, sihat ke sakit tak ada yg peduli tapi kenapa sekarang kau gelisah bila dalam 1 hari tak ada yg text, tak ada yg call? sebab aku tak single...

bukan senang sebenarnya nak convert dari status 'single' ke 'in relationship' . kalau dulu kau boleh melayan segala jenis makhluk kat dunia ni tapi sekarang tak ada masa untuk semua tu. yg mana boleh memudaratkan relation aku, aku akan buang jauh jauh. kenapa? sebab aku tak single...

once kita dah cakap 'i love u' means kita dah heret diri kita ke dalam satu lagi masalah yg mana melibatkan hati dan perasaan. semua benda kena consider,yela tak nak bagi ada mana mana hati yg terluka. kalau dulu kau boleh buat segala macam benda tanpa hiraukan orang lain, tanpa beritahu orang lain. tapi kenapa sekarang perlu beritahu at least dua tiga patah perkataan? sebab aku tak single...

apa yg ada pada single sebenarnya..couple lebih melengkapkan aku.. sometime.


Mar 30, 2011

touch n go...

kawan,
untuk waktu yg genting macam ni, kau tak perlu tunggu masa datang sembah depan kau, kau yg kena pergi cari masa, kenal masa tu apa, manfaatkan sebelum terlambat. susah kalau semua benda orang kena hulur, orang kena suap. kita hidup bukan untuk orang tapi untuk diri sendiri. kau fikir orang lain sehari ada 38 jam, 45 jam, 56 jam?

kawan,
kau dah hidup lama dekat dunia ni, dah cukup lama untuk matangkan otak, dah cukup lama untuk pandai bezakan yg mana baik buruk. kadang kau rasa kau dah cukup baik tapi dari dimensi yg lain, ramai sebenarnya yg tak suka kau. sebab? sama ada memang kau salah atau memang sifat manusia suka dengki. jadi yg mana satu kau?

kawan,
kau pernah jatuh tersungkur, pernah sakit. masa tu mungkin takkan berulang lagi tapi kau jangan lupa, siapa yg sibuk sibuk nak gembirakan kau? siapa yg sibuk sibuk nak selesaikan semua masalah kau? KAWAN! adat manusia orang berbudi kita berbahasa. orang dah berjasa kau nak dia binasa?

kawan,
kau kata kita di sini sama rasa, sama tujuan. kau kata juga kita bakal berjaya sama sama. tapi bila di sana kau belot, kau buang semua kenangan, kau hina, kau berpaling demi maruah kau yg hanya tercalit sedikit tu sedangkan kawan kau bermatian matian percaya kau lah kawan sejati. bodohnya manusia sebab selalu kena tipu termasuk kau?

kau pergi beli kamus dewan, cari maksud apa itu kawan dan cuba faham. nescaya kau tak kan pernah faham. sebab? kau bukan seorang kawan........


Mar 25, 2011

20 tahun, cerita baru.


terima kasih mak sebab 20 tahun lepas sudi bertarung nyawa kat hospital sultanah aminah johor bahru untuk lahirkan orang. terima kasih jugak abah sebab masa tu sudi azan kat telinga orang. terima kasih tak terhingga jugak kat kaklong, kak fidah, kak lina sebab terima aku seadanya time tu even aku tahu korang jeles sebab aku anak lelaki first..haha.


genap umur aku 20, tak ada lagi belas belas. kadang kadang aku rasa yg hidup ni cepat sangat berlalu. lebih kurang 2 tahun yg lepas masuk UITM, lebih kurang 3 tahun yg lepas tinggalkan zaman sekolah. hari ini umur dah 20, tahun depan dah 21, entah 4 5 tahun lagi korang dapat tahu yg aku dah kahwin.

syukur alhamdulillah, aku masih hidup.
buat mereka mereka disekeliling aku, terima kasih.


Mar 19, 2011

second stage

alhamdulillah masih lagi dibangunkan dari tidur seperti biasa disamping orang yg tersayang, family tercinta serta rakan taulan.

sebelum tu,maaf if apa yg aku tulis ni buat korang jeles, makan hati, or apa apa yg sewaktu dengannya. wawan memang jiwang.

kalau sebelum ni dia selalu tanya awak sayang saya ke tak, kenapa awak nak saya dan sebagainya, kali ni kami sedang melalui stage yg kedua. stage dimana untuk mendapatkan kepercayaan serta percaya antara satu sama lain. selalu aku pesan, "as long awak percaya saya, awak jujur dengan saya and macam tu la jugak saya, insyallah apa yg kita harapkan, apa yg kita buat sekarang ni tak sia sia".

even kami dah lulus dengan cemerlang stage yg pertama, korang ingat dia akan diamkan diri? tidak sama sekali. akan wujud soalan soalan yg baru yg memang ada kewajaran untuk dia tanya. sebagai contoh:
bila aku cakap nak pergi lunch then selaju yg mungkin akan ada soalan, "lunch dengan siapa. dekat mana?".

dan time bila aku ke library (pergi baca suratkhabar je pon), selaju yg mungkin jugak akan ada text masuk, "pergi library dengan siapa, buat apa?".

bila ke kelas dia akan tanya jugak, " pergi kelas dengan siapa?". so aku akan cakap pergi dengan simpolan bin simpolan. *lately ni dah tak tanya soalan ni sebab dia dah tahu aku akan pergi kelas dengan siapa. tak pon sorang sorang.

seperti sedia maklum uitm baik hati sediakan pasar malam dekat dalam area uitm ni, so bila kelas habis destinasi yg dituju ialah pasar malam. sepantas kilat tett..tett..tett.. "awak pergi pasar dengan siapa?"

dan bila dia tanya, "awak buat apa tu?", aku jawab "tengah on9". cuba teka soalan apa yg dia akan tanya..
"on9 dengan siapa je?".

aku tak pernah meluat dan bosan dengan soalan soalan dia sebab dia berhak tanya dan itu fitrah manusia. bila kita sayang someone, kita akan ambil berat pasal orang tu, dan kalau boleh nak tahu semua. alhamdulillah dia dah kenal mcm mana aku.

"as long kita saling percaya satu sama lain"

*okay from now wan mohamad shaharudin dah ada girlfriend yg sah! :) GIRLFRIEND! sila hapuskan segala perasaan anda terhadap saya sebab saya ada dia.



Mar 18, 2011

Mar 8, 2011

love note untuk comot

Peringatan: jangan baca entry ini kalau anda sedang loya loya or pregnant, bimbang anda akan termuntah serta memudaratkan bayi dalam kandungan.

disebabkan hari tu ada buat satu kesalahan, yakni dah terbuat dia sedih, aku kena denda. sila buat love note untuk 7 hari berturut turut start from 1 march untill 7 march. btw dah siap and dah submit! *blushing sudah..


1 March 2011,
No one has the right to judge us. They might have heard the stories but they didn't feel what you and i felt in our heart. :)
P/s: I see u

2 March 2011,
I'm jealous of every girl that has ever hugged you, because for those two seconds, she held my whole world in her arms. *I’m jealous! :)
P/s: I like U

3 March 2011,
I'm not the one who wants to hurt you, believe me dear. :)
P/s: I want U

4 March 2011,
I'm sure there are many other guys out there better than me. But there’s one thing that separates us apart. Every time I say I love you, it is from the bottom of my heart. ♥ :)
P/s: I need U

5 March 2011,
I love you because when you hold my hand, I'm float. *naik kayangan :)
P/s: I have U

6 March 2011,
I write & write things about you, just so i feel closer to you. :)
P/s: I miss U

7 March 2011,
No matter what it’s always gonna be about you .today, tomorrow, forever! I'll always be with u dear. :)
P/s: I love U

p/s: bila hati dah sayang, suruh la buat love note untuk 30 hari pon tak apa.. peh berlagak!

Mar 5, 2011

tak perlu takut dengan sesuatu yang tak salah

tak perlulah rasanya bercerita dengan semua orang tentang bahagia yg aku rasa, yg dia rasa.
tak perlulah rasanya buat press conference dekat dewan kuliah or dataran keris(uitm melaka) tentang apa yg kami pendam.
tak perlulah rasanya hebahkan pada satu malaysia bahawa kami bukan sekadar kawan biasa.
tak perlulah rasanya show off pada khalayak ramai, berdua sana sini jika memang dah berpunya.

aku bukan menafikan tetapi cukup jika perasaan ini hanya aku yg rasa (hanya di belog ni) dan lebih manis jika tidak ditokok tambah oleh mereka yg bermulut busuk.
aku bukan artis, bukan pujaan ramai. so tolong luputkan aku dari minda kalian.

yang lepas tu biarlah berlalu pergi. pandang depan, fikir tentang hari esok.

no matter what happen, i here with u, to love u.


Feb 25, 2011

abah

abah ajar aku untuk tenang dalam semua perkara, baik kecil mahupun besar.
memang dia bukan jenis yg mudah berkata kata tapi dengan cara itulah kami dibesarkan dan kami belajar tentang dunia.
aku dididik dari kecil oleh abah untuk berfikir, kenapa sesuatu perkara itu terjadi dan apa kesan kejadian itu. dia ajar bagaimana guna pancaindera.kau kena duduk diam diam dalam satu bilik, pejam mata rapat rapat, lihat guna mata hati.
dulu aku lembab, aku tak peka semua benda, aku ingat abah tak marah, tak pukul sebab aku baik dan apa yg aku buat semua betul tapi tak..dia sedang ajar aku.
dalam dunia ni bukan semua benda orang kena hulur.

*aku dididik bukan untuk benci orang yg baik dengan aku, aku juga tak pernah dididik untuk menjatuhkan orang yg sedang naik.



Feb 17, 2011

diri yang hilang..

aku dilahirkan sempurna sihat tubuh badan, punya akal, punya hati sama jiwa. aku juga dibesarkan dengan kasih sayang, dengan belaian serta cinta ibu. semua tentang kita sama, apa ada pada engkau itu lah pada aku. tapi manusia selalu lupa aku manusia biasa, mampu rasa sakit.

kekadang kecewa bila niat yg ikhlas sering disalaherti

kekadang remuk bila niat untuk menyayangi dikotak katik.

kekadang rasa diri tak diperlukan sedangkan setiap masa selalu ada.

dan,

paling kecewa apabila kepercayaan yg seluruh itu dibalas dengan penipuan.

aku tak pernah minta diri dihargai, disanjung, cuma layan aku seperti manusia biasa, yg punya perasaan. *aku tak pandai mengadu sakit pada siapa siapa tp blogspot selalu ada untuk aku.


Feb 11, 2011

desperate kah anda? ya!

siapa je sebenarnya nak single? siapa je sebenarnya suka hidup sorang sorang? siapa je yg rela diri di'single' kan? siapa? semua orang ada naluri untuk disayangi tapi keadaan memaksa untuk terus single. so nak tahu adakah anda betul betul desperate serta memerlukan seorang girlfriend/boyfriend? belog wawan ada jawapan:

sebelum tu entry ni khas untuk mereka mereka yg rasa diri dia single la, yg tak single digalakkan jugak untuk baca.

1) bila semua lelaki/perempuan yg korang nampak tu kelihatan tampan/cantik, tu maknanya korang dah terkena sindrom desperate serta memerlukan teman hidup. so cepat cepat la cari gf/bf sebelum nenek or atok yg umur 70 tahun pon kau cakap HOT.

2) bila status facebook anda berunsur kejiwangan, kecintaan disamping boleh membuatkan pembaca terasa geli geliman, dan ada plak yg komen "kau dah kenapa status semua jiwang je," maka tu tanda anda sangat sangatlah desperate.

3) bagi yg berblogging, entry entry mostly cerita tentang lelaki idaman, perempuan pilihan, jatuh hati dengan orang ni, tertarik dengan si dia, dan paling tak boleh blah seolah olah sedang bercinta, padahal tak pon. nampak sangat anda sunyi.

4) setiap masa nantikan someone untuk text atau call anda, bila text masok cepat cepat bukak tapi hampa sebab mesej dari HOTLINK. then bila ada number yg tak kenal call, "wah ni mesti secret admirer!" hampa jugak sebab yg call tu setiausaha persatuan suruh datang meeting.

so seberapa tinggikah tahap desperate anda?


Feb 4, 2011

soalan wajib setiap hari

seperti sedia maklum kami pelajar UITM sedang bercuti selama seminggu, bermakna terlepas sikit bebanan sebagai seorang pelajar, tak ada test mahupun quiz tapi aku tak. hari hari aku kena jawab quiz seorang makcik ni. even soalan tu dah lama kantoi tapi dia still akan tanya , tanya, tanya, dan tanya sampai dia rasa dia puas hati dengan jawapan aku. antara soalan soalan yg sering dan wajib aku jawab setiap hari sekarang ni ialah:

1. "AWAK SAYANG SAYA?" so kalau aku jawab "YE SAYA SAYANG AWAK" then akan timbul lagi soalan lain yg berkait;

2. "KENAPA AWAK SAYANG SAYA?" dan bila aku jawab "SEBAB SAYA NAK AWAK". cepat cepat dia akan tanya lagi soalan yg sewaktu dengannya;

3. "KENAPA AWAK NAK SAYA?" dan kalau aku jawab lagi "SEBAB SAYA PERLUKAN AWAK", maka dia tak kan duduk diam, dia akan kemukan soalan soalan lain yg dia rasa patut dia tanya lagi;

4. "KENAPA AWAK PERLUKAN SAYA?" aku pun jawab "SEBAB SAYA DAH TAK NAMPAK ORANG LAIN, SAYA ADA AWAK, SAYA PERLUKAN, SAYA NAK DAN SAYA SAYANG AWAK SORANG JE." jangan ingat dia akan diam macam tu je sebab banyak lagi soalan yg dia akan tanya.

bila dah selalu sangat hadapi situasi macam ni aku sedar yg bukan senang untuk seseorang perempuan tu accept someone as a teman hidup dia, perempuan tu akan pastikan lelaki tu betul betul nak dan hargai dia. aku suka dengan soalan soalan dia tu sebab benda ni akan buat otak aku alert, setiap hari akan refresh balik yg aku hanya ada dia :D

*jangan tamak, syukur dengan apa yg ada sekarang ni. orang tamak selalu rugi.


Feb 1, 2011

wasiat gila gila

bila dah hari hari baca paper ada je pasal mati, tengok berita pon kes kes kematian, setiap saat, masa, jam ada berlaku kematian. siapa sangka kalau esok lusa kita plak yg mati. kita pon tak tahu bila, dekat mana dan kenapa kita mati nanti, kepada mak, abah, akak, adik, ni wasiat orang;

*biasanya kalau cakap pasal wasiat ni tentang harta tapi aku tak kaya, tak ada semua tu.

1. laptop orang yg buruk, yg tak ada brand tu mak jual la, duit tu simpan untuk belanja adik kalau kalau dorang boleh further study kat university nanti. orang dah beritahu adik apa password laptop orang tu.

2. dslr yg kak lina belikan tu terpulang kat dia nak buat apa, sorry kalau aku tak sempat nak bayar balik duit kau, haha.. ouh duit broadband kau ni nanti aku bayar k.

3. sony playstation2 orang tu bagi jela budak budak ni main, handphone nokia uzur orang tu pon bagi jela kat budak budak ni, kalau jual dah tak ada harga.

4. aku tak tahu apa prosedur bagi peminjam ptptn yg meninggal, adakah family kena tolong bayarkan or settle macam tu je, so kalau kena bayar, mak jual semua barang barang orang then guna duit tu untuk bayar ptptn. dah la mati lepas tu menyusahkan ibu bapa, korang nak ke macam tu?

5. oh lagi satu, duit duit orang yg kat dlm maybank dengan bank islam tu mak keluarkan la even ada 3 4 ringgit je. tengok ic orang then pusing2 la nombor dia, itulah nombor pin.

jangan pelik sebab ni normal, semua orang mesti mati, just dorang tak tahu betapa pentingnya wasiat. sebab tu banyak je kes adik beradik bergaduh sebab parents dorang yg banyak harta tak tinggalkan wasiat. jangan risau wan mohamad shaharudin okay. entry ni saja suka suka. enjoy your life dude!


Jan 28, 2011

diari bosan seorang lelaki single yg perasan ada girlfriend.

tanya sama bulan apakah sebenarnya erti cinta?
tanya sama bintang adakah aku ditakdirkan untuk dicinta?
siapa? di mana? dan bila?
terujanya ku teruja
dan hatiku berkata
hey tak sabar ku untuk bertemu dengan dirinya
tak sabar aku nak merasai indahnya bercinta
ohh di mana,,ohh di mana dia?


lately blog ni selalu je kena bahan, ada yg suka baca, ada yg maki. bila ada yg maki tu maknanya korang semua baca la kan? terima kasih! selamat tiba di johor bahru, dan dpt job pertama since jadi owner DSLR, ambil gambar wedding untuk dua hari..wish me luck okay? yes im single.

*aku dah try yg terbaik yg aku mampu untuk dia, now tiba masa untuk tawakal, bersedia akan sebarang kemungkinan. :)



Jan 24, 2011

hati aku.

gambar gambar ni susulan daripada entry terima kasih comot hari tu. motif letak gambar aku sendiri? mana gambar dia? btw atas sebab sebab tertentu dia tak bagi letak gambar dia. aku faham and hormat semua keputusan dia. gambar kat bawah ni pun dah menunjukkan siapa dia and betapa dia penting dalam hidup aku. so ini gambar DIA. :D

curi curi snap..

imy! *jgn tengok lama lama.

**kadang kadang orang cakap aku ni jiwang. sampai bila kita nk peduli apa orang cakap? as long benda tu betul, teruskan jela.


Jan 23, 2011

sama sama baik sama sama jahat

lepaking with my abg ipar, banyak benda yg dia share. start dari cerita tempat kerja dia sampai la pasal perempuan. saya ulangi PEREMPUAN. dia cakap 'perempuan ni sebenarnya sama je dengan lelaki'. apa yg sama??

kalau lelaki boleh main kayu tiga, perempuan pun boleh, kalau lelaki boleh tinggalkan gf dia macam tu je, perempuan pon boleh tinggalkan bf dia tanpa belas kasihan. kalau lelaki boleh tipu gf dia, perempuan lagi la boleh tipu bf dia. so nampak tak dua dua sama je.

korang mesti selalu dengarkan statement ni "semua lelaki sama je" **sama tu refer kepada something yg tak elok, penipu, kaki perempuan and so on. selalu ke korang dengar statement yg macam ni plak "semua perempuan sama je". tak selalu kan? sebenarnya dua dua sama je, cuma kita yg tak nampak.

bila ada yg baik maka ada la jahat. dalam kes perempuan ditinggalkan bf dia or lelaki ditinggalkan gf, hanya 1 conclusion je patot korang rumuskan. orang yg tinggalkan kita tu tak cukup baik untuk diri kita dan percayalah yg tuhan dah aturkan pertemuan kita dengan someone yg jauh lebih sesuai, jauh lebih baik. macam mana kita hari ni macam tu la jodoh kita nanti.

then kalau lelaki boleh setia dengan gf dia, perempuan pun boleh, kalau lelaki boleh sayang gf dia, perempuan pun boleh, kalau lelaki boleh bahagiakan gf dia, perempuan 10 kali ganda boleh bahagiakan bf dia jugak. so memang lelaki dengan perempuan sama je.

next time berfikir sebelum bercakap, tak payah nak salahkan satu pihak je. sebab kita ni sama sama baik and sama sama jahat. mungkin bukan kita yg jahat, tapi orang lain? dan mungkin jugak bukan kita yg baik, tapi orang lain?



Jan 21, 2011

terima kasih comot!

hari ni jumaat, hari ni jugak merupakan kali yg kedua kami date di kuala lumpur.aku rasa yg aku betul betul dekat dengan dia. sweater ni still bau perfume dia lagi. aku hanya mampu senyum bila lihat gelagat dia.

bila dia seronok bercerita tentang semua benda, aku senyum.

bila dia terjerit jerit masa tengok cerita khurafat, aku senyum.

bila dia buat muka comel, aku senyum.

bila dia paksa aku untuk habiskan semua makanan, aku senyum.

bila dia banyak kerenah masa shopping tadi, aku senyum.

dan aku senyum sendiri bila tengok balik semua gambar gambar dia yg kami snap tadi.

ily!



Jan 19, 2011

nak kahwin artis tak?

kebetulan hari ni ada kelas advertising and semua kena bawa newspaper, aku tak beli, just bawa last week punya. berita paling sensasi paper yg aku baca hari ni dalam kosmo, metro, berita harian, semua ada publish pasal abg sport kahwin artis, AGAIN!. nampak tak betapa tingginya market harga abg abg sport sampai artis pon tergila gila kan dorang.

dulu masa dekat sekolah memang aku main sport. aku wakil sekolah sukan bola sepak, aku wakil sekolah dalam acara trek. agak agak la kan kalau sekarang aku still main sport, dapat tak aku kahwin dengan diana daniel, lisa surihani? agak agak ada tak kerabat diraja yg datang meminang? aku tak nak biarkan 'isu' ni berlalu macam tu je. post motem kena dilakukan, kenapa artis taste sangat dekat abg abg sport ni? :

1. menjaga standard keglamouran mereka sebagai seorang artis. dah sah sah footbal player macam zaquan tu famous, so memang taste dorang la yg famous2 ni. kalau masuk paper pon sama sama. bayangkan kalau satu hari nanti market artis artis ni dah jatuh, dah tak famous, macam mana? jawapannya ialah tumpang populariti husband dorang yg sedia maklum famous ni. long term punya planning kot.

2. gemar akan lelaki yg mempunyai badan taf, six pack, pendek kata menggiurkan. kita sedia maklum abg abg sport ni hari hari turun gym, so automatik badan pon mantop. perempuan mana yg tak nak lelaki macam ni?

3. abg abg sport ni mudah didekati dan mudah terpedaya dengan kecantikan artis perempuan. korang rasa la kan dalam kes cinta artis dengan abg sport ni kan, siapa yang cari siapa? siapa yg contact siapa dulu? siapa yg menggedik? just fikir secara logik , normally artis ni akan keluarkan statement dekat paper, "SAYA SUKA LIHAT @%#%%^^%$# BERAKSI DI PADANG." time ni si abg sport ni dah mula cair..

4. sebab cinta? yg ni sebab yg terakhir selepas melalui semua stage stage yg kat atas tu. *baca balik kalau tak faham.

so concusion nya korang buat la sendiri. apa yg aku tulis kat atas ni merupakan apa yg aku nampak. tak betul? suka hati la ni belog wawan, beliau bebas untuk tulis apa saja..hahaha,,

*thanks kepada mereka mereka yg support blog ni, x lupa jugak pada yg benci blog ni, tanpa anda siapalah saya.



Jan 8, 2011

tak salah pon kalau tahu.

hari ini aku nak bongkar rahsia yg selama ni mungkin perempuan kat luar sana tak tahu tentang lelaki. aku sebagai seorang lelaki pon aku rasa aku ni complicated, sangat! nah ambil ni: betul betul dari seorang lelaki!

1. lelaki biasanya akan start conversation dengan bertanya "awak dah makan"? "awak buat apa?", sebab? nak hilangkan rasa nervous and pada masa yg sama tu tanda dia ambil berat tentang perempuan tu cuma perempuan selalunya tak perasan pon benda ni.

2. lelaki akan berpeleseran seharian tetapi hanya memikirkan perempuan yg dicintai sebelum tidur. tak percaya tanya boyfriend korang betul ke tak. berani kerat jari kalau dia jawab tak.

3. lelaki sebenarnya paling TAK SUKA bila perempuan cerita pasal ex-boyfriend dorang. so AWAS jangan pernah gatal pergi cerita kenangan manis kau dengan ex ex yg sebelum ni.

4. lelaki akan jump to conclusion dia sendiri kalau perempuan tak bagi jawapan yg lengkap. apa susah sangat ke ambil masa sekejap untuk explain perkara sebenar?

5. lelaki suka usik, kacau dan bergurau dengan perempuan yg dorang cinta atau sayang. sebab dengan cara ni lelaki akan rasa lebih rapat dengan pasangan dia. betul tak?

6. lelaki mungkin tegas dengan kawan kawan or family tapi percayalah lelaki sangat sangat MANJA bila bersama dengan perempuan yg dia cinta.

**kepada simpolan binti simpolan, sila take note!


Jan 5, 2011

cantik dalam cantik luar.

mula semester baru mata akan kembali sihat, segar dek pemandangan indah dekat uitm lendu ni. sebab? anda akan nampak bersepah sepah junior yg baru masuk, perempuan la kan kalau dah mata segar tu. dengan yg free hair nya, yg bertudung, yg rambut karat, mata colour biru, macam macam lagi dan time tu jugak la otak ni akan mula berfikir, laa ramai lagi rupanya perempuan 'cantik' kat dunia ni? so korang mesti nak tahu macam mana perempuan yg 'cantik' pada mata lelaki yg tulen macam aku ni, maksud aku lelaki yg tak ada kecelaruan gender.

1. rupa paras yg sejuk mata memandang, bila tengok muka perempuan tu hati akan rasa lagi tenang even before ni memang dah selalu tenang pon. aku tak mention pasal lawa or tak lawa sebab apa yg penting bagi aku ialah taraf keselesaan kita bila bersua muka dengan seseorang perempuan tu.

2. tingkah laku dan percakapan yg relevan. tak payah gelak sampai guling guling, tak manis. perempuan akan nampak sweet bila bercakap dengan nada yg sepatutnya, tak ada la slow sangat dan tak terlalu kuat sangat, sederhana.

3. pemakaian yg baik serta tidak menyalahgunakan anugerah tuhan. tak bermakna yg tak pakai tudung tu perangai dorang teruk dan tak bermakna jugak yg pakai tudung tu perangai dorang elok. kalau nk cakap pasal aurat, halal haram, semua orang dah tahu dari mana sampai mana, hukum dia macam mana so cukup la aku cakap kat sini, perempuan tu cantik bila pakai pakaian yg menutup segala macam khazanah serta aset yg dorang miliki. tak payah nk expose sangat.

melentur buluh biarlah dari rebungnya. yela kot?

tapi lain orang lain citarasa, ada je yg lelaki yg suka perempuan tindik kat hidung, lidah semua tu, ada je lelaki yg suka perempuan pakai baju masa dorang tadika dulu, ada je lelaki yg suka perempuan kaki clubbing. kalau dah macam tu sesuai ke nak buat bini nanti? tuhan dah tentukan siapa kita dan kita untuk orang yg macam mana. orang selalu cakap jangan nilai seseorang tu berdasarkan luaran je tapi percayalah faktor luaran sebenarnya bergerak seiringan dengan faktor dalaman. macam mana? jom sama sama fikir.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...